Memaparkan catatan dengan label falicity. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label falicity. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Disember 2011

tempoh uzlah sudah tamat

13/12/11, STPM dah pun tamat, Alhamdulillah


oley!



15/12/11, sedia berkhidmat kembali untuk Maahad yg terchentha,in shaa Allah
Sedikit rasa gementar apabila menuju ke Masjid An-Nur Wakaf Bharu tempoh hari, ye lah, 2 tahun ketidakpedulian saya terhadap BADATI (Badan Dakwah sekolah) cukup membuat hati meronta ingin melepaskan kerinduan.


Melangkah masuk ke dalam masjid An-Nur yang tersergam indah itu, semua mata-mata yang sedang khusyu’ ber’brainstorming’ perancangan bagi setiap lajnah itu menala ke arah susuk tubuh yang kecik ni yang melangkah sipu-sipu malu. Eceh!


Ada yang masih cam saya, ada yang cam-cam tak cam.


“mana bos?”, Tanya ku kepada Waheeda yang santun menyalami ku.


“Nuh dokko (itu dia)… oloh, cari Nasywa laluh dio,”



Nasywa, semasa saya masih di tingkatan 5, beliau lah pembekal barang untuk di pinjam; jubah, selimut, tudung, bantal lebih-lebih lagi selipar Korea . Tak sangka 2 tahun berlalu, sekarang beliau telah pun diamanahkan sebagai pengerusi BADATI. Nasiwa…oh Nasiwa…



Sepanjang berada bersama mereka, satu ketenangan dapat dirasai (Alhamdulillah), lantas tangan ni galak menaip sms kepada Adnin


“Nin, aku bahagio loni,”

“Tahniah2!”


Tempoh uzlah ku telahpun tamat. Saya melangkah keluar dari Maahad pada hari pertama Tamrin Tingkatan 4 yang ketika itu saya sebagai pengarah bagi tamrin tersebut. Disebabkan sesuatu telah berlaku keatas saya pada waktu peserta-peserta tamrin sibuk mendaftarkan diri mereka, saya dalam keadaan blurr pulang tanpa bertemu dengan Sarah, timbalan pengarah tamrin ketika itu. Kejam sungguh! Allah…


Rasa bersalah itu menyebabkan satu virus kemurungan dalam diri. Semua benda jadi tak kena, yang tahu hanyalah mem’badmood’kan diri. Apabila menapakkan diri ke bumi Naim, saat itu lah saya telah pun berniat untuk melakukan uzlah. Dan, saya berhajat, tempoh uzlah saya akan tamat usai saya STPM, dan sekarang,……..



Menyingkap tabir perjalanan Rasulullah S.a.w, baginda juga pernah ber-uzlah iaitu mengasingkan diri daripada hingar-bingar masyarakat. Tempoh yang diambil oleh Rasulullah saw untuk ber-uzlah memakan masa hari, dan ada juga mencecah satu bulan untuk beribadah kepada Allah, sehinggalah Baginda di berikan wahyu Allah oleh Jibril as di sana.


Ber-uzlah adalah antara cara Rasululullah mencari ketenangan jiwa dan merasai ‘kehadiran’ penjagaan Allah di dalam hati Baginda. Cara ini lah merupakan jalan untuk menempatkan diri para pejuang untuk sentiasa tabah dan thabat dalam perjuangannya.



Di sinilah, kita akan mengasingkan diri, bermuhasabah dan kembali membina keyakinan diri yang baru serta mencari titik-titik kelemahan selaku hamba Allah di tempat yang sunyi dan di daerah asing dari perkara-perkara yang mengusutkan fikiran supaya terus menapakkan diri di jalan ini, jalan dakwah. Dengan kata lain, uzlah adalah merupakan pintu untuk bertaqarrub kepada Allah swt.


Pentingnya uzlah itu bagi setiap pemikir Islam itu membuktikan bahawa, manusia ini tidak akan mampu menangani sesuatu ujian atau perkara bersendirian tanpa bantuan daripada-Nya.





Dalam tempoh uzlah ringan saya, sedaya upaya saya memenuhi hati dengan perkara-perkara yang membolehkan saya sentiasa tetap di jalan ini. Dan Alhamdulillah, apa yang terjadi keatas diri saya semenjak saya di Naim apabila difikirkan balik, sungguh cantik perancangan Allah. Walaupun ombak rindu yang melanda, eh2 ombak ujian yang melanda, PASTI akan ada ‘buah tangan’ daripada Allah yang tidak disangka.


Subhanallah.



Dalam setiap titipan doa, pasti saya tidak pernah meninggalkan permintaan supaya saya tetap berada di dalam sibghah Allah (acuan Allah). *walaupun kadang-kadang berdoa dalam keadaan lalai.HEHE!
Mesyuarat perancangan tahunan BADATI kelmarin merupakan pembukaan semula nafas baru dalam hidup saya. Moga saya istiqamah!






***


Kata ustaz Hasrizal dalam bukunya yang baru saya beli-Secangkir Teh Pengubat Letih


“Carilah satu dunia asing… untuk kamu keluar dari diri kamu yang sudah rapuh dan kering itu. Basahkan kembali dengan bersunyi-sunyi dengan Allah; sama ada di tikar sejadah, atau hamparan bumi dan alam yang tekun dengan zikrullah,”



Tersenyum sendirian apabila bola mata saya bergerak seiring dengan bait-bait yang dibaca ini. Kena lah! HEHE~


Belum masuk separuh lagi saya baca, tapi ada dua yg saya rasa(setakat ni lah), saya mahu pergi ke Turki dan Jordan!!!


“…hanya kamu dan Dia… tiada yang ketiga.”


Sekurang-kurangnya, letih saya sudah terubat.HUHU. read and heed~





*sila bersemangat dan terus istiqamah ye Rasyidah yg baru!

Rabu, 27 Julai 2011

setiap luka pasti berparut






Luka di tangan...


...masih berparut. Biar pun vasseline, Bio Oil, dan macam-macam krim anti-parut yang disapu, tetap meninggalkan bekas.

***


"Hell is the best place for you!"


...قل موتوا بغيظكم....

"...Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu..."

-Ali Imran: 119


Aku dihentam, diprovok secara lantang demi memuaskan nafsu mereka. Sedaya upaya aku cuba mendiamkan diri dengan semua ini kerana bagi aku, semakin lantang mereka berbicara, hakikatnya itu merupakan penghormatan bagi ku. Cukup saja aku diam seribu bahasa dan cuba membaiki kelemahan yang ada. Aku tiada upaya untuk menahan lidah mereka. Aku hanya mampu memendamkan kritikannya sedalamnya supaya ia akan terkubur suatu hari nanti.


sedaya upaya aku menyembunyikan tangisan daripada awam. Namun tangisan itu kadangkala tumpah jua.


"Dah orang paling sabar,"


itulah ungkapan semangat sahabat yang setia memapahku kembali.

Memang sunnah dalam perjuangan jika kita ingin membaiki sesuatu, pasti akan berhadapan dengan kritikan yang pahit, malah cemuhan dan hinaan perlu jua ditelan.

Disebalik ujian ini pasti ada sesuatu yang tersirat. Ujian ini telah menambahkan pengaduanku kepada Yang Maha Berkuasa. Tangisan ketika di hadapanNya lebih laju daripada esakan didepan manusia. Terasa 'InayahNya lebih dekat daripada salur darah. Allah...Allah...Allah...



Pergilah kamu wahai kesedihan...Tuhanku sudah pun melarangku daripada bersikap lemah dan bersedih hati. Kesedihan itu tidak mendatangkan apa-apa faedah bagi hatiku. Malah makin mengundang bisikan syaitan untuk melarangku daripada melaksanakan perintahNya.




Hanya kerana diuji, kamu ingin bersedih, wahai hati?

Lihatlah para Sahabat akan bersedih jika mereka tidak dapat turut berjihad bersama Rasulullah saw. Dan itulah hakikatnya mereka yang berhak mendapat pujian daripada Allah dan peringatan bagi mereka yang bergembira kerana terlepas daripada ujian dan bebanan.


ولَا عَلَى الَّذِينَ إِذَا مَا أَتَوْكَ لِتَحْمِلَهُمْ قُلْتَ لَا أَجِدُ مَا أَحْمِلُكُمْ عَلَيْهِ تَوَلَّوْا وَأَعْيُنُهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ حَزَنًا أَلَّا يَجِدُوا مَا يُنْفِقُونَ

"Dan, tiada (dosa) atas orang-orang yang apabila mereka datnag kepada mu, supaya kemu memberikan mereka kenderaan, lalu kamu berkata, "Aku tiada kenderaan untuk membawamu," lalu mereka kembali sambil bercucuran air mata kerana kesedihan, lantaran mereka tidak memperolehi apa yang akan mereka nafkahnkan."

-at-Taubah:92

Itu lah kesedihan yang terpuji...



***


Baruku sedar bahawa manisnya sabar itu;

  • sabar untuk melakukan maksiat
  • sabar dalam mentaati Allah
  • sabar tatkala ditimpa ujian


***

Tengok Iman dah buat Cek Dah senyum :)


p/s: bbolok la Iman nih, Selamat ulang tahun Hari Lahir pertama!

Jumaat, 3 Jun 2011

Sindrom ‘tak pedulisme’

Bismillah wassolatu wassalam lirasulillah,



Ya! MoOd muktamar! :)

Mengamati teks ucapan perasmian Muktamar Muslimat kali ke 51 cukup membuat diri ini tersuntik kembali semangat yang lama terkubur. (credit to kakngah membangkitkan Dah kembali.luv ya!)



Kenapa muslimat sentiasa di tasybihkan sebagai sayap kiri perjuangan?


"Mereka adalah sayap pengimbang di dalam perjuangan menegakkan agama Allah SWT. Sebagaimana seekor burung tidak mungkin terbang dengan sebelah sayapnya, demikian juga sebuah jemaah yang berentap di pentas demokrasi seperti di Malaysia, sudah tentu berfungsi dengan baik dengan adanya sayap yang bernama muslimah."-TG Nik Abd Aziz


-gambar hiasan-





Beberapa bulan yang lepas, kerap juga rasanya diri ini berulang alik ke library merujuk kitab-kitab tafsir merujuk beberapa ayat dalam mata pelajaran usuluddin-membahaskan methologi al-quran dalam menerapkan unsur aqidah. (masuk exam baru ni. Alhamdulillah.hoho)


Sempat diri ini membelek kitab 'Yas-aluunak fiddin wal hayah' antaranya menceritakan tentang peranan pemuda dalam peristiwa hijrah. Saya ingin mengenengahkan tentang peranan wanita dalam hijrah Baginda ke Madinah-Asma' binti Abu Bakar.



Kisah (1):

Sebelum Rasulullah ingin memulakan misinya bersama Abu Bakar, baginda telah mengatur strategi misinya di rumah Sayidina Abu Bakar r.a. semua hamba dan orang yang berada di dalam rumah tersebut diarahkan supaya keluar kerana ingin membicarakan perkara sulit tersebut.



Namun, baru sahaja Rasulullah ingin memulakan perbincangan bersama Abu Bakar, Baginda terdengar suara dari tabir dan bertanya kepada Abu Bakar siapakah itu.

Abu Bakar memberitahu baginda supaya baginda tidak perlu curiga kerana suara itu ialah suara Asma' dan Aisyah.


Maka, Rasulullah terus memulakan perbincangan tersebut bersama Abu Bakar-menunjukkan Asma' dan Aisyah r.huma diberi kepercayaan oleh Baginda untuk tidak menghebahkan perancangan tersebut.


Kisah (2):

Saat Rasulullah saw dan sahabat baginda, Abu Bakar r.a berada di Gua Thur, sekali lagi Asma' dan Aisyah menjalankan peranannya. Mereka telah menyediakan bekalan makanan kepada Rasulullah saw dan ayah mereka, bekalan yang cukup banyak untuk menampung mereka di sepanjang perjalanan.


Asma' telah menghantar makanan tersebut kepada Rasulullah dan Abu Bakar di gua Thur. sperti yang kita lihat dalam 'Jejak Rasul', Gua Thur merupakan tempat yang berbatu dan sukar untuk sampai ke gua kecil itu.

Maka, untuk mendaki batu-batu besar tersebut dengan membawa makanan, mungkin disebabkan keadaan cemas, beliau terlupa untuk mengikat makanan tersebut. Dengan menggunakan kebijaksanaannya dalam keadaan cemas itu, beliau telah membelah selendangya menjadi dua dan mengikat makanan tersebut untuk memudahkan menaiki bukit tersebut. Disebabkan peristiwa itu, Rasulullah saw telah menggelarkan Asma' sebagai 'Dzatun Nithaqaini', pemilik dua selendang di syurga.


Kisah (3):

Sekembalinya Asma' ke rumahnya, beliau di datangi oleh Abu Jahal dan beberapa orang Quraisy yang bertanyakan dimana ayahnya berada.


"Demi Allah aku tidak mengetahui kemana ayah pergi," Tenang.


Abu Jahal merasa tidak puas hati dengan jawapan itu lantas menampar pipinya sehingga anting-anting yang dipakainya tercabut. Kekentalan Asma' jelas terpancar dan keimanan yang kukuh dalam mempertahankan kelancaran misi hijrah tersebut.


………………………………..



"Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah:71)


-gambar hiasan-


Realitinya, para muslimah yang mengaku intima' dengan mana-mana harakah selalu sahaja diibaratkan mengalami sindrom 'tak pedulisme'. Kenapa?


Tengok sahaja diri ini, halangan dan ujian yang 'mencabar' datang, terus membongkokkan badan menyerah dan mengaku seorang yang lemah. Pokok utama sindrom ini berlaku kerana kurangnya thaqofah(pengetahuan) tentang 'mengajak kearah makruf dan menegah kemungkaran'.


Ya kan?


Kita telah lihat peranan wanita yang pernah mewarnai sejarah yang hebat. (itu saya hanya menutarakan contoh Asma' shj). Maka muslimah mursyidah sekalian perlu melakar sejarah bagi peneruskan peranan beralaskan iman dan taqwa kepada Allah swt.


"Hakikatnya taqwa itulah yang mencetuskan kesabaran dalam mengorbankan kepentingan diri demi kemaslahatan ummah. Taqwa itulah yang mencetus kesyukuran kemudian dizahirkan dengan kesetiaan menjalankan hukum-hukum Allah SWT."

"Keyakinan akan syariat Islam yang bersifat universal dan sikap optimis akan masa depan Islam yang dijanjikan kemenangan ini mesti dimiliki oleh tiap Muslimah. Seharusnya refleksi diri dilazimi dan usaha membersihkan hati daripada sikap mementingkan diri serta malas dijadikan keutamaan."


P/s: sistem khalifah itu tidak akan terjadi dengan sendiri tanpa usaha para muslimah yang bersama-sama muslimin untuk merealisasikannya.

"Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana."

p/s: semoga semangat ini takkan pernah luntur, amen.


"Muslimah sebagai nadi jemaah"

"Muslimat cakna!"

Wallahua'lam bissowab


Khamis, 28 April 2011

AWAS, zon selesa!

bismillah..

Awas, zon kunci tayar!

Awas, zon tolak bising!

Awas, dilarang masuk!

Awas, peperiksaan sedang dijalankan!

Semua uslub (gaya bahasa) diatas dinamakan ‘ijazul hazfin’ jika dari sudut balaghah Arab. Jika dilihat dari segi nahunya,(tatabahasa Arab) dipanggil ‘taqdim al-khabar’ iaitu mendahulukan pradiket. Tujuan men’taqdim’kan khabar adalah untuk mentaukidkan khabar (memberi penekanan terhadap pradiket). Meaning to say, nak menegaskan atau mendapatkan perhatian keapada apa yang ingin disampaikan. Ayat mudah;

“zon selesa ni, hati-hatilah sikit!”

Eroninya, bukanlah diri ini mahu mensyarahkan balaghah dan qawaid arabi. Bahkan masih jahil dalam perkara itu. Sahabat di sana mungkin lebih arif kan?

…………………….

Baru ini saya dipanggil oleh wakil naqibaat tingkatan 4 untuk menyampaikan muqarrar usrah (silibus usrah) dan diberikan 2 tajuk; malu dan zikir. Sempat diri ini menyentuh fenomena ‘malu’ yang paling hangat dalam kalangan pucuk baru iaitu fenomena malu untuk berubah.

Alasan hipokrit dijadikan benteng untuk membuat anjakan dalam hidupnya. Hakikat yang patut diterima bagi mereka yang malu untuk berubah (termasuk saya) ialah bukan malu utk berubah tapi PENGECUT! PENAKUT!

Takut utk dipandang pelik

Takut utk disakiti

Takut utk rasa letih

Mujahadah-lah sikit wahai diri. Nak Berjaya kena berubah. Jadilah orang yang berani!

Berani utk berubah

Berani utk kata ‘tidak’ kpd benda yg tak berfaedah

Berani utk mem’burn’kan masa rehat

Berani utk penat!

Seseorang itu tidak akan dapat satu natijah yg baik jika sentiasa dalam zon selesa.

Saya teringatkan pada peristiwa beberapa tahun lepas, sewaktu menghadiri satu tamrin. Dikejutkan kami seawall jam 4 pagi utk sesi muhasabah. Diprovokasi, kecam, cemuh dan pelbagai lagi utk membangkitkan reaksi peserta.

Namun….

..senyap..

Peserta pasif rupanya. Seorang coordinator program bersuara,

“seseorang itu tidak akan fikir dengan rasional jika berada dalam zon selesa! DUDUK SEPARUH!!!”


Satu kedudukan yang melenguhkan dan membuat otot-otot paha menjadi sakit L -perit: inilah zon mencabar. Lama kami berada dalam keadaan tersebut maka bangkitlah sang penyelamat ummah yang pasif ini.

Ya, berada dalam zon mencabar membuatkan kita berfikir dan bertindak secara matang dan rasional.

Sedar atau tidak, kita sekarang berada dalam zon selesa dan kita perlu menempuhi zon mencabar utk gapai natijah yang baik masa mendatang.

“no pain, no gain”

Kata nak redha Allah, buntu cinta Allah, tapi masih takut utk mujahadah (provokasi utk diri ini sendiri). Islam takkan gemilang jika ummatnya(kita lah) masih tidur.



Sahabat, iktibarilah perang Salib. Tujuh siri peperangan yang berlanjutan! Siapa yang terlibat dalam perang tersebut? Paling mashur, Salahuddin al-Ayyubi yg mana terlibat dalam siri ii dan iii-antara nama yang menyebabkan ahli sejarah Eropah mengangkat tangn mengakui kehebatannya. Ketinggian jiwa dan sifat kemanusiaannya membolehkan beliau mempertahankan kota Jerussalam di bawahh taklukannya seehingga akhir hayatnya.


Bermotifkan redha Allah di sepanjang jalan hidupnya, ‘Sultan al-Malikun Nasir’ (gelaran solahuddin) sentiasa berada dalam zon mencabar, walaupun eranya kaum Salib meminta satu pendamaian, namun sikap waspadanya sentiasa tersemat utuh dalam jiwanya. Zon mencabarnya dipenuhi dengan pemantapan rohaninya yang luar biasa. Natijahnya, banyak kota-kota yang dulunya dikuasai kaim Salib jatuh ketangan Yang diPertuan Mesir dan Syam ini, hasil kebersediaan beliau.



Jika dilihat dalam riwayat Eropah dan Islam, mencatatkan Solahuddin iaitu sultan yang mempunyai budi pekerti tang tinggi, hebat bersenjata, dan menjadi ikon kepada ummat. Luas wilayah takluknya, semakin luas matanya utk sentiasa bersiap siaga menghadapi cabaran mendatang.

“malam mu disinar solat munajat,

Siangmu dihias lonjakan jihad”

Itulah kekuatan Salahuddin Yusof bin Ayyub. Membina persediaan dan kekuatan rohani demi memburu redha-Nya.








Bagi kita yang takut utk bermujahadah, ingatlah, berjuang itu memang pahit kerana syurga itu manis. Jika kita merasakan hidup kita tidak pernah mahupun kurang dihiasi dengan duri-duri bisa, ingatlah, itu menandakan kita berada dalam zon selesa!


Nak full A’s dalam exam, kena mujahidah. Bangunlah, pintalah rahmat-Nya dan teruskan usahamu. Nak tegakkan daulah @ Negara Ilsam, mujahadahlah, bangkitlah, dan serulah nama-Nya agar merasai cinta-Nya serta bersiap siaga dari sudut rohani, intelek dan fizikal.



Analogi paling mudah.

Pernah rasa tak cukup persediaan sebelum masuk hall? Tapi masuk je hall, then tgk je paper sheet, terus je idea membuak-buak. Itulah zon mencabar. Nak kejar waktu. Dalam hall-lah idea paling bernas selalunya. Samalah dengan sesiapa pun. Mati sedang mengejar. Jadi rasanya tiada masa utk kita masih lena. Adalah lebih patut sikap kita lebih advance drp Salahuddin. Jika dahulu musuh-musuh Islam ada di depan mata. Tapi sekarang, musuh-musuh itu berada DALAM DIRI kita sendiri.



Sama-samalah kita mengimarahkan zon mencabar ini dengan membuat persediaan dalam semua sudut.

Wallahua’lam



Jumaat, 15 April 2011

in love with...DUNIA

Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّى

Sungguh beruntung orang yang menyucikan dirinya.


وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّى

Dan ingat akan Nama Tuhannya, lalu solat.


بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

Tetapi tidak! Engkau lebih suka pada kehidupan dunia ini!

وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَى

Meskipun kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.

إِنَّ هَذَا لَفِي الصُّحُفِ الْأُولَى

Sesungguhnya ini sudah tersebut dalam kitab suci yang terdahulu.

صُحُفِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى

Kitab sucinya Ibrahim dan Musa.


sedetiik menyemak bloglist ku, ada yang tekun berbicara tentang cinta. tertarik hati ini untuk menulisnya juga!

jari ini laju menulis 'in love with... DUNIA' = hubbuddunya!


sebelum mahu menyentuh apa itu cintakan dunia, suka ingin mengkhabarkan, surah al-a'la dibaca oleh Rasulullah SAW pada malam Jumaat dalam Isya'nya. diiringi dengan surah al-Ghasyiah pada rakaat keduanya. Moga sunnah ini menjadi hobi buat kita.


...................................


percaya atau tidak, semua orang cintakan dunia. saya, dia, dan kamu yang membaca entry ini juga mencintainya bukan?

cintakan bumi

cintakan alam

cintakan dunia

namun, cinta sebegitu tidaklah menjadi barah dalam iman. cintakan dunia yang disebut samada dalam al-Quran mahupun hadis baginda memberi maksud cintakan cara hidup.


Islam menggariskan kepada panduan. dinyatakan bahawa kita mempunyai 2 kehidupan; kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.


jika dikumpul hadis-hadis nabi, banyak yang menceritakan tentang dunia.

"Dunia itu tempat tanaman untuk akhirat"

ini merupakan acuan untuk orang Islam. ya, kita.



teringat sewaktu menunutut di bumi Maahad, sewaktu usrahku bersama kak Ummu. kami di beri homework untuk suatu bab dalam Maza ya'ni. saat mengutarakan hadis ini, semua tercengang kehairanan. pelik dan pening memikirkan maksud hadis ini:

“Seandainya dunia ini bernilai di sisi Allah seberat sayap nyamuk, tentu Dia tidak akan sudi memberi minum pada orang kafir meskipun hanya seteguk air.”

lihatlah dunia yang kita banggakan ini, hanya semurah itu nilainya di sisi Allah. [percambahan pendapat dan ruh juang dikongsi bersama.usrah kami diakhiri dengan suatu perasaan iman yang bahagia dihiasi ukhuwwah dan thaqofah. (aku rindukan semua itu!)]


kenapa mencintai?





kerana ianya memberi. dunia memberi kita kesenangan, harta benda, pangkat, dan kesakitan sebagai perencah dalam hidup. namun, kita lupa siapa pemberinya. ini lah yang dikatakn cintakan dunia. Aneh...


lebih aneh lagi saat menyedari bahawa semua ini adalah pemberian Yang Maha Pemurah, ucapan syukur sebagai pelengkap bicara ketuhanan. namun, tidak digambarkan dan diuraikan perasaan syukur itu. Cinta dalam pembohongan? Layakkah untuk mendapat kasih sayang dan redhaNya?!


memang itu hakikat cintakan dunia iaitu melupakan akhirat!


mengambil sesuatu yang haram, menipu, merampas hak orang lain, tidak amanah, adakah tatkala memperlakukan semua ini terlintas dihati ini bahawa Allah itu Maha Melihat dan Mendengar?


maka itulah yang dikategorikan sebagai cintakan dunia. itu belum lagi berbicara tentang zina, tolak hukum tuhan, rasuah, riba, dsb.


~tubna ilallah...

nabi menyampaikan pesannya kepada kita,

"cintakan dunia punca segala kejahatan"


penyakit yang amat parah virusnya yang lahir dari perasaan cintakan dunia ialah DENGKI


satu-satunya penyakit yang diwarisi sejak berkurun lama. Zaman nabi berdakwah di Mekah, walaupun nabi bukanlah lahir dalam keluarga yang kaya, tiada kelebihan dari segi harta, ayahnya juga bukan dalam kalangan sheikh(ketua suku kaum)-walaupun datuk baginda pemimpin Quraisy, secara logiknya tiada alasan kepada orang Quraisy untuk memiliki perasaan dengki terhadap baginda.


ini kerana tidak lain Rasulullah SAW datang dengan membawa ajaran yang mempercayai adanya dunia lain selepas kematian. oleh kerana sifat cintakan dunia, maka, adalah peristiwa-peristiwa penentangan kaum Quraisy sendiri menentang orang dari kalangan mereka sendiri-Rasulullah SAW.


lihatlah Ummu Jamil (Arwa bintu Harb) isteri kepada Abu Lahab, pasangan ini telah diturunka satu surah khusus mengecam mereka dek kerana sifat dengkinya mereka kepada baginda. mereka dikhabarkan oleh Allah bahawa akhirat kelak mereka akan memikul kayu-kayu api dalam neraka.


[ulama' menafsirkan ayat ini sebagai pembawa kayu api keran di dunia, Ummu Jamil pernah memikul kayu-kayu yang berduri untuk diletak di perjalanan nabi. ada juga ulama' berpendapat bahawa perkataan "Hammaa latal-hatob" sebagai bahasa kiasan kepada si batu api yang menyebarkan cerita-cerita untuk menjatuhkan Rasulullah.]


apabila sampai ke pengetahuan Ummu Jamil bahawa turunnya ayat yang mengutuknya dan suaminya, terus dia pergi mendapatkan Abu Bakar dan mengadu kepada Abu Bakar,



"sesungguhnya turunnya ayat untuk aku yang mengutuk aku, aku akan berbuat sesuatu. aku mempunyai seutas kalung dan membelanjakannya untuk menjatuhkan nabi"



dikatakan Arwa telah membayar seseorang dengan kalung tersebut untuk mengkhianati nabi.

"maka dilehernya tali(kalung) daripada api neraka"


itulah salah satu pengakhiran mereka yang terlalu mencintai dunia.


adapun kita, ambillah dunia untuk keperluan akhirat. sama-sama kita manfaatkan dunia untuk menuai di daerah yang bakal dijejaki kelak.





cintakan dunia=bencikan akhirat

cintakan akhirat=tidak semestinya bencikan dunia


wallahua'lam





Jumaat, 11 Februari 2011

Falsafah Biri-biri

Assalamualaikum wbt,


'Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang biri-biri mengembek'

"Untuk mendakwah biri-biri, kita mestilah menjadi biri-biri dahulu. Kalau kita datang dalam bentuk serigala, pasti biri-biri akan lari"- Pendapat ini pernah diutarakan kepadaku suatu ketika dahulu.

"Tak perlu menjadi biri-biri, nanti sama-sama hanyut dengan dunianya. Jadilah pengembala biri-biri yang akan membimbing biri-biri supaya tidak terkeluar daripada ladangnya,"

Dan pengembala tetap juga berbau seperti biri-biri, walaupun dia bukan biri-biri.

Nabi pernah berpesan, "Berbicaralah dengan seseorang mengikut kadar pemikirannya" Nabi tidak pula berpesan supayamengikut cara mereka.

Seorang penceramah yang bijak, yang ingin menyampaikan kuliahnya di sebuah surau kecil di kampung, beliau tidak menggunakan bahasa falsafah yang tinggi, namun digunakan method berdasarkan norma penduduk di situ. Al-hasilnya, kuliah yang disampaikan, terkesan di hati penduduk kampung itu. Tidak pula beliau mengubah dirinya, namun sekadar mengubah cara penyampaiannya sahaja.

Begitu juga dengan al-Imam al-Ghazali yangmembencikan ilmu falsafah terutama ilmu mantik. Namun hakikatnya, beliau adalah seorang ahli falsafah! Sehingga beliau mengeluarkan pendapat bahawa mempelajari ilmu mantik adalah harus dan berkata, "Sesiapa yang tiada pengetahuan tentang ilmu mantik, ilmunya tidak boleh dipercayai,"

Jadi, mengapa seorang yang membenci ilmu falsafah, merupakan ahli falsafah?

Ya, memang ulama' berselisih pendapat mengenai hukum mempelajari ilmu mantik. Namun, majoriti ulama' berpendapat bahawa hukum mempelajari ilmu mantik ini adalah fardhu kifayah. Ini kerana ilmu mantik berperanan menolak syubhat golongan multahid, athies, ataupun anti-agama.

Maka tujuan al-Imam menguasai ilmu tersebut tidak lain kerana ingin mematahkan hujah golongan falsafah lain yang menggunakan akal sepenuhnya dalam perkara agama terutama aqidah. Beliau juga menggunakan ilmu mantik sebagai salah satu cara pembahasan ilmu yang boleh membawa manusia kepada keyakinan terhadap sesuatu perkara.

[Sebab itulah hubungan akal dan wahyu adalah saling melengkapi. Jika diperhatikan dalam kitab-kitab tauhid, selain mengutarakan hujjah daripada al-Quran dan al-Hadith, turut diketengahkan hujjah aqliah memandangkan fitrah manusia akan berfikir menggunakan akal pada asasnya.]

Maka bagaimana pula dengan kita da'ie pasca moden ini? Jangan lah pula da'ie ini dikatagorikan sebagai ortodoks. Islam itu fleksibel tapi Islam itu juga tetap dengan konsepnya.

Tidak salah untuk hangout bersama 'mereka', asalkan hangout itu memberi faedah kepada 'mereka' dan diri sendiri. Agen 'kekreatifan' amat diperlukan oleh da'ie!

si A: kenapa pakai inner dalam telekung?(telekung solat) Tak panas ke?
si B: Oh, telekung saya berwarna putih, takut nampak leher. Nanti tak sah pula solat kalau ternampak aurat.

-Hakikatnya, telekung untuk solat biasanya semua berwarna putih. Si B tidak menegur si A dengan mengatakan telekung si A menampakkan lehernya(auratnya). Malah Si B mengajak si A menggunakan akal untuk berfikir.-


Boleh saya rumuskan disini, dalam mengajak 'mereka ke arah mengamalkan cara hidup Islam, bukanlah sekadar mengaajaknya mengikuti ceramah dan kuliah semata-mata, namum pelbagaikanlah cara kita menyampaikan sesuatu kepada 'mereka'.






"Jangan salahkan cara Islam dakwah kita tidak membuahkan hasil, tapi salahkan method kita sendiri"



wallahua'alam.


Rabu, 2 Februari 2011

فقط لأنه مسلم - because he is a muslim


Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, sebelum masuk tempoh saya kembali ke 'd-TERASING', suka untuk saya kongsikan apa yang terbuku dihati ini.

Dan, -i've got this video-

moga sedikit sebanyak boleh memberi motivasi dan semangat untuk kita untuk jadi ummat Nabi Muhammad yang patuh dan berjaya! ^o^





(11) وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لاَ تُفْسِدُواْ فِي الأَرْضِ قَالُواْ إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ

:: Dan bila dikatakan kepada mereka, "Janganlah engkau membuat kerusakan di muka Bumi," mereka menjawab, "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang ingin mengadakan perbaikan."::
(12) أَلا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِن لاَّ يَشْعُرُونَ
::Sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak menyadari.::

-al-Baqarah:11,12


semoga Allah swt menjadikan hati kita lebih mencintai Islam dan selalu mendakwahkan serta memperjuangkannya!

salam perjuangan,

Isnin, 20 Disember 2010

Ops… kopiahku tercabut

Angin… seorang wanita sedang memegang hujung tudungnya mengelakkan susuk tubuhnya kelihatan memandangkan angin terus menerus menerjah kearahnya.


‘Dah tiba musim tengkujuh. Patut angin kuat pun.’ Bisik sang lelaki. Dia bingkas bangun daripada bangku masjid tersebut. usai solat Asar tadi lagi beliau berada di situ. Keseorangan. Kelihatan memikirkan sesuatu.


‘bagaimanakah keadaan dia sekarang? Agak-agak dia tengah buat apa ya sekarang?’ monolognya itu disusuli dengan pandangannya kepada seorang gadis sedang membuka sandalnya menaiki serambi masjid.


***


-Flashed back-


Salam, fb: nikki balqyss. I love ue! Hahakx!



Sekeping nota telah menggugat dirinya. Kali pertama seorang gadis mengaku perasaannya dengan berani.


‘Gadis ini… memang cantik. Sayangnya akhlaknya sahaja. Perlu ke aku dekatinya sebagai mad’u ku?’ getus hati sang lelaki. Tangannya segera mencapai secebis kertas. Tangannya teragak-agak menulis sebaris perkataan tersebut.



I LOVE U TOO


Astaghfirullah, betul ke tindakan aku? Matanya masih terpaku dengan sebaris ayat itu. Diamatinya perkataan tersebut bermula huruf I hingga O. InshaAllah, kerja baik, Allah redha.



Haaah, nota kecil itu sudah bertukar tangan. Semoga Allah mempermudahkan urusanku.



***



First conversation(live):

“Tudung ni terlalu kecil. Cubalah pakai yang labuh sedikit, biar tutup ekor rambut kat belakang tu. Jagalah aurat tu sedikit” ngomel sang lelaki. Si gadis hanya mencebik.



Second conversation(letter):

nampak lebih macho letak kopiah kat belakang camtu. Style rambut pun nampak lebih cun.-si gadis



third conversation(live):

“Wanita kenalah jaga adab sikit. Biar kecantikan selari dengan akhlak kita. Kalau awak sopan sikit, pasti lebih cantik”-sang lelaki



Fourth conversation(live):

“nak nombor fon”


“Nah…”


Fifth conversation(letter):

Pakai purple jugak? OMG!! Sedondon. Kawan-kawan cakap cam ada jodoh je. HAHA.pape je la diorang-si gadis


Sixth conversation(live):

“nak bagi something ni…..”



“thanks, cantik.”



Maka berlakulah conversation demi conversation yang tak sepatutnya



…DATING…


On the way nak naik bilik-borak jap


Kelas dah habis-masa untuk bertegur sapa


Masa nak ambil makanan- being a ‘ramah-tamah’ person. “makan tu biar banyak-banyak la sikit…. Nah!”-sang lelaki


Pergi toilet- balas senyuman… (terserempak)


Malam: lepak kat parking lot-sang lelaki (usha dari jauh si gadis yang sengaja sentiasa lalu-lalang di situ) sama-sama mengusha =,=’



****



“Enta perasan tak mata-mata sekeliling sedang bercakap tentang hubungan enta dengan gadis tu?”


“Ana tak ada apa-apa pun dengan gadis tu. Enta sendirikan tahu macamana gadis tu. Takkanlah ana nak pilih yang macam tu. Ana tahu semua tu”


“Tak lah, tapi nampak ada yang tak kena antara enta dengan si gadis.”


“Ana buat, ana fikir semua tu. Ana buat bukan sekadar buat benda sia-sia. Orang sekarang, selalu je salahkan masyarakat kalau berlaku keruntuhan moral. Tapi tak pernah nak salahkan method dakwah masing-masing. Bagi ana, dengan cara ini lebih berkesan untuk membimbing si gadis, dengan cinta.” Hujah si lelaki.


“macam nil ah, mungkin keputusan enta untuk tarbiah si gadis dengan cinta itu tak kena sebenarnya. Ana bertanggapan penuh yang enta beraqidah bahawa couple tu haram. Malah sudah dijelaskan oleh imam yang enta sendiri kagumi. Tapi, melihat keadaan dah jadi macam ni, tanggapan ana meleset. Seronokkah perjuangan diiringi dengan maksiat? Sukakah kita jika terdapat hijab antara kita dengan Allah?”



***



This is my quote:-

Rasanya dah taknak sambung dah cerita tadi. Rasa macam mati kutu pulak. Lost. (Malas sebenarnya,ish) Memang rasa agak unlogical sikit kisah tu. Tapi benda ni possible terjadi dalam masyarakat kita kan?



Coupling is not a crime. Sokong? Yup, after get married. Seronok? Memang seronok… tiada siapa yang mengatakan couple tu tak seronok. Dalam lagu boys like girls ft. Taylor Swift pun berkata, well maybe two, is better than one. Diri ini turut mengakuinya. Tapi bukan dengan couple secara zina. Kasar? Couple tu salah satu daripada zina kan?



Ya, cinta boleh merubah segala-galanya. Hatta sewarak mana seseorang itu, jika terjerumus dengan cinta majazi, terpadam kewarakan itu. Bak kata orang ramai-“Jika si ustaz, tercabut kopiah-kopiahnya”.



C-I-N-T-A. Teori kuno ini yang digunakan oleh sang lelaki tadi yang berselindung disebalik agama. Mungkin sang lelaki tadi ingin menyintai si gadis dan membuat si gadis jatuh ke tangannya semata-mata untuk mentarbiah si gadis menjadi soerang gadis yang solehah.



Mungkin strategi seterusnya ialah berSMS dengan menghantar kata-kata ‘tarbiah’ yang kononnya menunjukkan cinta mereka berlandaskan cinta Allah. Statement ‘ukhuwwah fillah’ digunapakai untuk menutup maksiat yang dilakukan.



Percaya atau tidak, si gadis akan berkata, “saya jahil, saya mahu berubah, sila bantu saya untuk mengejar cinta Allah.”


Diri ini pernah remaja, dan masih remaja. Amat memahami kehendak nafsu seorang gadis.
Harus diingat! Nabi berpesan dalam hadisnya yang panjang:


“Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Namun diantara keduanya terdapat sesuatu yang samar/syubhah yang mana kebanyakan kita tidak mengetahuinya. Sesiapa yang berhati-hati dengan perkara syubhah bermakna dia berhati-hati dalam agamanya dan maruahnya. Sesiapa yang memasuki daerah syubhah bermakna dia sudah berada di dalam daerah haram…”


Satu quote yang saya ingin kongsikan, “there’s no friend between boys and girls”


Jika ada lelaki dan perempuan, pasti ada yang ketiganya. Bukan syaitan, tapi NAFSU.


Matlamat tidak menghalalkan cara! Yang halal tetap halal. Yang haram tetap haram. Menghalalkan apa yang haram itu bukankah kafir namanya? Kekafiran kita setiap hari walaupun diperbaharui dengan shahadah sekurang-kurangnya 9 kali sehari tidak menjamin keimanan kita kembali. Biarlah kita beraqidah kerana cintakan Allah, katanya waliah Allah Rabiah al-Adawiyah. Begitu juga dengan Sheikul Kabir al-Imam Hassan al-Basri yang berkata, taatilah Allah umpama kamu takut kepadanya.






Sewarak mana pun perhububgan tersebut, hukumnya tetap haram. Sekali lagi ingin menegaskan MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!


Janganlah disebabkan modal dakwah yang dicelup dalam cinta fana’ ini menyebabkan gugurnya rasa taqwa kepada Allah. Takutlah kita kepadaNya, pada azabNya. Tulisan ini bukan bertujuan menemplak mana-mana pihak, tapi sebagai koreksi diri yang sering alpa ini. Permintaan terakhir, bacanya dengan mata hati. Opps, dah tersilap baca dengan akal ke? Jadi, sila bacanya sekali lagi. Syukran lak!


tubna ya Allah, ya Sattar, ustur 'Uyubana~

..

Jumaat, 17 Disember 2010

jom merentas terowong masa!

“Eh, tengok…” ujar Nobita sambil membawa jarinya kepada gambar lama yang sedang ditatap oleh mereka berdua.

“Ini loceng kesayangan saya! Hadiah daripada nenek” sambungnya lagi. “Doraemon, tolong lah saya carikan balik loceng saya…”

“Nobita, kita kan bukan ada di rumah kita dahulu. Kan rumah tu sudah dijual.”

“Doraemooooon, tolong lah saya! Keluarkanlah alat-alat awak tu..”

“Baiklah-baiklah. Saya bantu. Awak ni terlampau mengada lah Nobita! Jomlah naik mesin masa”.





…….




Mesin masa ataupun taimu-mashin yang diistilahkan oleh Doraemon… hanya wujud dalam anime Doraemon dan Kiteretsu. Realitinya, mustahil untuk mencipta mesin masa. Paling-paling canggih manusia, hanya mampu ke ISS dan ke bulan(betul ke tidak, wallahu’alam).




Boleh aje! ‘Mesin masa’ zaman kita, SEJARAH! ^o^’



Kalau susah guna mesin, kita ikut terowong! Korek aje…. Bukan nak pergi jauh pun, terowong ni hanya mahu ke era 80-90-an sahaja.



..Terowong masa BERMULA!..



_Jika dahulu, bangun je pagi, terus tanya keluarga mereka—“nak makan apa ya hari ini?”. Bersiap sedia untuk mencari rezeki yang halal.

Sekarang, bangun sahaja dari tidur, perkara yang di tanya—“nak makan sape ya hari ini?”.

Sudah biasa… ‘Makan orang’ memang menjadi kegemaran manusia. Dulu agak sukar untuk mendengar berita tembak-menembak, kelar-mengelar, cincang-menyincang… dan banyak lagi. Kadang-kadang benda tersebut tidak terlintas difikiran untuk diperlakukan oleh seorang manusia.



Paling dahsyat, pembuangan bayi….tak… pembunuhan kejam bayi. Diri ini diterjah dengan perasaan ‘pelik’. Pelik kenapa manusia tidak ada rasa takut untuk melakukan sesuatu dosa? Mungkin amat susah untuk mendapatkan pakaian taqwa tersebut. Diri ini mengakuinya….



..Mari kita rentas lagi terowong masa kita, jauh lah sedikit….



_Jika dahulu Hijaz merupakan tempat yang memang maklum dengan statistik jenayah yang meningkat tinggi. Namun apabila kerajaan Arab Saudi menjalankan hukuman hudud kepada pesalah-pesalah samada mencuri, merompak dsb, kesannya, kerajaan Amerika telah memuji kerajaan tersebut apabila dalam masa 20 tahun, hanya 5 kes yang disabitkan kepada pesalah.



Ini bukan mahu pujian daripada mereka, point di sini adalah K-E-A-M-A-N-A-N.



Bandingkan dengan negara kita yang tercinta ini, bilangan anak luar nikah hanya pada tahun 2009 ialah sebanyak 17,303! Itu hanya yang berdaftar… dan ingin sangat menceritakan tentang seorang mad’u ku yang baru sahaja menggugurkan kandungannya di depan dua biji mata ini. Peristiwa yang takkan padam dalam kotak fikiran. Beliau baru sahaja mencecah umur belasan. Baru sahaja menjejak kaki ke dunia high school. Tapi……… baiklah, kita tinggalkan peristiwa ini. Diri ini masih trauma dengan peristiwa tersebut.




Berbalik tentang pelaksanaan hokum Allah di negeri Hijaz;


Terang dan jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan hukum Allah ini membawa kita kearah hidup yang lebih selamat, aman, dan bahagia. Ini yang lebih membuktikan bahawa tujuan undang-undang Islam sebenarnya adalah memelihara agama, jiwa, keturunan, akal, dan harta.




Baiklah, mari kita rentas sekali lagi terowong masa, buat kali terakhir bagi sesi ini. Kali ini kita pergi lebih jauh!! ^o^v




_Jika dahulu, sebut sahaja perkataan Ahad, Ahad, Ahad (Allah Maha Esa), batu besar menindas dadanya.




Tapi amat berbeza dengan kita, sebut sahaja Ahad, Ahad, Ahad, rupa-rupanya bantal empuk yang sedang menindas memujuk supaya menyambung tidur….




Hailah.. Aqidah rapuh, mudah untuk melakukan maksiat tanpa merasakan kehadiran dosa sedang melingkari kita. Ya kan? Saya kira inilah punca tercetusnya fenomena yang luar dari ruang lingkup fikiran kita.



Seorang lagi mad’u ku pernah berkata,


“Masjid kat sini (Kelantan) tiap-tiap waktu kan penuh jemaahnya.”
“Kenapa? “ Usul ku
“kat T********u jarang nak tengok masjid buat solat jemaah time Asar.”




Fikir ku sendirian, tak pelik jika masyarakat di sana runtuh moralnya memandangkan pihak atasan tidak berusaha memulihkan keadaan dengan cara yang disarankan oleh Islam. Di sini bukan mahu menyalahkan pihak atasan, walhal pihak individu ini juga mempunyai tanggungjawab dalam membendung hal-hal sebegini daripada berlaku.





………………….




Maaf lah. Merentas ni memerlukan tenaga yang cukup. Memandangkan diri ini masih terasa keletihan (Baru pulang dari program 21 hari) dan mata pun asyik mahu merapatkan kelopaknya. Rasanya setakat ini sahaja untuk kali ini.



Saya tidak mahu mengulas panjang. Tiada kata-kata untuk menulis panjang. Sekadar mahu mengajak merentas terowong masa bersama saya sahaja.



...Jadi, mana silap kita? Nobita dan Doraemon sudah menemui loceng peninggalan nenek kesayangannya. Kita?



Hanya sekadar ingin mengajak berjalan sambil berfikir. Sekadar mahu membuka mata ini terhadap revolusi manusia zaman ini.



Teruskan merentas!




“…Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri…” –ar-Ra’du:11

Rabu, 24 November 2010

duhai surat cinta; dulu, kini dan selamanya...



Usai membacanya, ku cium surat itu.. terdengar seseorang disebelahku berbicara sendirian, “Huh(gelak perlahan), perlu ke?” soalnya tanpa meminta jawapan dari ku.

“Perlu lah” jawabku tunduk tanpa melihat wajahnya. Dia segera berpaling, terkejut dengan tindakanku. Tidak menyangka aku mendengarnya. Lantas ku mengangkat wajahku dan memandangnya tepat pada matanya. Senyum.

“Ish, jangan terasa. Bukan apa, just terfikir, kita boleh rasa lagi tak kemukjizatan al-Quran pada zaman kita ni?” . aku terkedu mendengar kata-kata tersebut. ‘syidah! Betul ke kau tengah hadapi situasi macam ni? Masalah aqidah ni. ’ monolog hati.

Takut-takut aku menjawab. “kan al- Quran bawak perkara lepas dan akan datang. Dah jelas terbukti….”

“Ya, ya, ya, saya tahu tu. Kalau benda-benda yang lepas pasal kisah-kisah nabi terdahulu. Kalau benda-benda yang akan datang tu pasal hari kiamat, syurga neraka…” pintasnya. Aku hanya senyum sumbing kepadanya. Hati ku tidak lekang istighfar takut-takut termelenting, termenangis, dan ter-ter lagi.

“OK-OK, Kadang-kadang setiap yang kita terima kita kena ada bukti. Kita baca dan baca je. Tapi secara jujurnya kita tak rasa pun benda tu satu mukjizat. Yelah, mungkin time al-Quran tu diturunkan, mungkin terasa mukjizatnya sebab time tu zaman syiir-syiir meningkat. Mustahil mereka akan kata bahawa al-Quran tu rekaan kan? Kan nabi seorang yang ummi”. Kelihatan tangannya melayang-layang sewaktu menjelaskannya.

Aku memegang tangannya “Jangan lah buat saya takut…. Macam ni lah, jangan sempitkan dengan perkara tu je. Macam awak cakap tadi. Al-Quran ni satu mukjizat. Dan sesuatu mukjizat bagi seseorang nabi adalah mengikut waqi’(keadaan) umat dia ketika itu”. Handset di tangannya ditekan-tekan tanpa tujuan. Aku tahu dia mendengar.

“Kalau zaman nabi Isa contohnya, zaman tersebut hebat dalam bidang perubatan. Maka Allah memberikan baginda mukjizat menyembuhkan orang yang buta. Buta bukan maksud buta macam orang-orang yang kita jumpa ni. Tapi buta yang tiada mata. Buta sejak azali lah. Kalau difikirkan secara logik mana boleh seseorang mencelikkan seseorang yang buta azali melainkan ianya satu jenis mukjizat”. Sambungku sambil berharap beliau mendengarnya.

“Samalah dengan zaman nabi Musa. Saya taknak jelaskan lagi. Awak mesti lebih mengetahui daripada saya. Kalau zaman nabi Muhammad SAW pun, macam awak bagitahu saya tadi. Cubaan penyiir agung ketika itu untuk menandingi ayat-ayat al-Quran, memang tidak menjadi. Ingat lagi tak yang ustaz Sayyidi bagitahu kita tentang ayat yang cuba ditandingi—‘al-Fiil. Mal fil.wa ma adrokamal fil. Lahul hayawan al-khurtum…’—sebab time tu syiir tu sesuatu yang agung bagi bangsa Arab”. Dia mengangguk. Tersinggung sedikit senyuman dibibirnya.

“Jadi, Semua mukjizat-mukjizat tersebut didatangkan khusus untuk zaman seseorang nabi tersebut. Jadi, umat yang selepas itu tidak mendapat bukti yang kukuh tentang kemukjizatan tersebut.” Sambungku lagi.

Beliau merangkul bahuku sambil berkata, “hailoh-hailoh ustazah kita ni…panjang betul cerita pasal mukjizat. Kan macam saya cakap tadi lah. Kita yang umat yang tak sempat dengan nabi, tak dapat rasa macam mana ikjaznya al-Quran. Ni lah pointnya”. Tak biasa dengan keadaan ini. Mati kutu juga rasanya =,=’

Gerun juga ingin berkata lebih-lebih dan mencari bukti bahawa mukjizat Rasulullah SAW ini sebagai asas kepada iman. Takut-takut tersilap berkata. “Lah, kita kan umat Muhammad lagi kan.. kena ingat, al-Quran ni tak terikat pun dengan masa ataupun tempat. Al-Quran sesuai sepanjang masa. Sebab tu lah segala hukum syariat yang dibawa oleh baginda sesuai untuk semua, kan?” dia hanya sengih. Mungkin tidak terfikir tentang itu, fikirku.

“Oh, maksud awak, umat time nabi tu kagum dengan al-Quran sebab kebalaghahannya? Hum-hum! Dah nampak dah apa yang awak nak sampaikan tadi”. Badannya kembali tegak sambil kedua-dua belah tangannya digemggam kemas. “Eh ye ke? Tak sampai lagi ni.HEHE.. tadi kan cakap tak nampak mukjizat al-Quran zaman sekarang.” Usulku mengujinya. Dia hanya menampakkan giginya sahaja.

“OK-OK, teruskan-teruskan”

“Tak de lah, tadi kan cakap camtu. Nak jelas kan la, inshaAllah. Macam zaman al-Quran di turunkan, time keagungan syiir. Tapi sekarang, zaman revolusi ilmu. Jadi, banyak penemuan yang memang jelas sudah termaktub dalam al-Quran sendiri. Contohlah, penghasilan benih samada dihasilkan oleh lelaki atau perempuan, kejadian awan, tentang receptor-receptor bawah epidermis, tentang pasak bumi, kehebatan makan ikan...banyak lagi. Itu semua penemuan-penemuan sains yang mana selepas beratus-ratus tahun selepas kewafatan baginda. Tapi al-Quran dah pun mendahului revolusi pemikiran manusia!”

Beliau sekadar mengangguk.

“Tengok betapa hebat iman orang terdahulu kan? Mereka beriman tanpa melihat bukti. Tapi kita? Bukti dah ada, tapi masih ragu-ragu lagi. Lemahnya iman kita.” Jelasku lagi

Tangannya ligat memintal rambutnya. Seligat otaknya! “Hermm, tu lah, kalau dulu sahabat-sahabat mudah-mudah je beriman. Al-Quran cakap segala amalan akan dibentang kepada khalayak ramai. Kalau ikut logik zaman tersebut macam mana nak bentangkan. Tapi kita sekarang rasa benda tu tak mustahil sebab zaman kita dah ada webcam, pendrive, pendek kata teknologi pun membuktikan kebenaran al-Quran dan hadis”.

Jelasnya panjang. Aku mengaguminya yang bijak membuat kesimpulan.
Aku menyelati jariku dengan jarinya. Kemas. ‘manusia ini tidak akan ku biarkannya hanyut. Bantulah aku ya Allah’, doaku dalam hati.

“Betul-betul! Kalau dulu, Allah firman kitab yang mencatat segala amalan kita sebagai ‘kitaabun marqum’. Mybe kalau ikut logik akal, banyak lah yang malaikat kena tulis kan? Boleh ke nanti kat akhirat malaikat nak buka balik catatan yang banyak tu. Ya lah, sekadar ikut logik.. tapi benda tu dah tak mustahil dah zaman ni. ‘kitaabuun marqum’, kitab yang bertulis. ‘Roqmu’ maksudnya nombor. Boleh juga kita fikir sebagai digit. Mungkin juga kitab digital. Itu mengikut fikiran zaman ini. Tapi Allah Maha Bijaksana, Maha Luas PengetahuanNya. Dan lebih hebat daripada kitab digital kan?” hujahku untuk menguatkan lagi kepercayaannya terhadap kehebatan al-Quran.

Teringat saya artikel ustz Hasrizal dalam solusi(isu no.20) yang mengatakan bahawa Islam adalah agama yang paling menggalakkan berfikir dan bertanya. Namun ada batasnya. Jangan di biarkan akal berfikir sebebas-bebasnya.


“saya jahil..”


“saya pun, saya tak sebijak awak. Kita kena elakkan Islam ‘segera’”.


“Islam segera? haa.. ni mesti kuat baca Solusi ni…”


“HEHE.. Tu lah, Islam ni kena belajar peringkat-demi peringkat. Jangan cepat buat kesimpulan. Tak tahu tanya”. gumamku lagi.


Ya Allah, berilah kami taufik dan hidayah, thabatkan kami di jalan Mu. Hidup suburkan hati kami supaya lebih mencintai ilmuMu. Supaya kami lebih mengenaliMu lagi.


-Dakwah mesti mampu menangani cabaran semasa. Dakwah yang menggalakkan pertanyaan serta kompetan untuk mengemukakan jawapan sebagai satu penyelesaian. Saya mahu perjuangan kita sampai ke destinasinya. Saya mahu hujah kita relevan dan meyakinkan. Saya mahu seruan kita dipedulikan dan diberi perhatian. Teruskan menimbulkan pertanyaan. Pertanyaan yang jelas tujuannya.-Ustaz Hasrizal


DITULIS PADA 231110-11.29PM

Rabu, 9 Jun 2010

Uwais al-Qarnie...aku terkagum

assalamualaikum WBH..
menatapi gambar sahabat-sahabat ketika KPA(Kem Pimpinan ASPURI), sayu di hati teringatkan sahabat. Ditambah pula adnin meletakkan status ym-nya "Allah,,,sayunyer~"
memang sayu, sedih dan gumbira (=,=)/.

mengimbau kembali saat-saat di KPA. Aku teringat tentang kain pengikat kepala utk peserta yang di atasnya tertulis nama tokoh yang di kagumi. Maka ramailah yang menulis Sultan Muhahammad al-Fatih, solahuddin Ayub, 'Umar dll. Rata-rata peserta meletakkan nama yang sama. Hanya seorang...

apabila slot riadhah, riadhah berbentuk checkpoint. Tiba di checkpoint milikku(checkpoint thaqofah),

"kenapa Uwais al-Qarni?" duga ku
"orang suka dia, tp orang tak banyak tahu ttg beliau. yang orang tahu dia seorang yang taat kpd ibunya. orang tahu sabab kisah beliau ada dalam teks mutala'ah tingkatan 4"

SIAPA SEBENAR UWAIS?

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli membaca Al Qur’an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendangan, tiada orang yang menghiraukan, tak dikenal oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit. Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk surga, dia justru dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin dia untuk memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan surga tak ada yang ketinggalan karenanya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Ia tak dikenal banyak orang dan juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai tukang membujuk, tukang mencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.

Seorang fuqoha’ negeri Kuffah, karena ingin duduk dengannya, memberinya hadiah dua helai pakaian, tapi tak berhasil dengan baik, karena hadiah pakaian tadi diterima lalu dikembalikan lagi olehnya seraya berkata : “Aku khawatir, nanti sebagian orang menuduh aku, dari mana kamu dapatkan pakaian itu, kalau tidak dari membujuk pasti dari mencuri”. Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tak punya sanak famili kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa. Untuk mencukupi kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekedar menopang kesehariannya bersama Sang ibu, bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.

Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih, tapi apalah daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah sang ibu yang jika ia pergi, tak ada yang merawatnya Di ceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Kabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada beliau SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya.

Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu tak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, kapankah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dari dekat ? Tapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat membutuhkan perawatannya dan tak tega ditingalkan sendiri, hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa. Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memaklumi perasaan Uwais, dan berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”.

Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina ‘Aisyah r.a., sambil menjawab salam Uwais. Segera saja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata beliau SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi SAW dari medan perang. Tapi, kapankah beliau pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”. Karena ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi SAW. Ia akhirnya dengan terpaksa mohon pamit kepada sayyidatina ‘Aisyah r.a. untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan haru.

Sepulangnya dari perang, Nabi SAW langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahwa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar perkataan baginda Rosulullah SAW, sayyidatina ‘Aisyah r.a. dan para sahabatnya tertegun. Menurut informasi sayyidatina ‘Aisyah r.a., memang benar ada yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Rosulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.” Sesudah itu beliau SAW, memandang kepada sayyidina Ali k.w. dan sayyidina Umar r.a. dan bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali k.w. untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka. Diantara kafilah-kafilah itu ada yang merasa heran, apakah sebenarnya yang terjadi sampai-sampai ia dicari oleh beliau berdua.

Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahwa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qorni. Sesampainya di kemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan sholat. Setelah mengakhiri shalatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabatan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditelapak tangan Uwais, sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut, siapakah nama saudara ? “Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawaban itu, kedua sahabatpun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qorni”.

Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali k.w. memohon agar Uwais berkenan mendo’akan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah: “Sayalah yang harus meminta do’a kepada kalian”. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon do’a dan istighfar dari anda”. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qorni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdo’a dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar r.a. berjanji untuk menyumbangkan uang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan halus dengan berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.

Beberapa waktu kemudian, tersiar kabar kalau Uwais al-Qorni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan, “ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari mengantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat penguburannya guna memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan sayyidina Umar r.a.)

Meninggalnya Uwais al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya orang yang tak dikenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qorni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala domba dan unta ? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa “Uwais al-Qorni” ternyata ia tak terkenal di bumi tapi menjadi terkenal di langit.

DOA UWAIS:

يا سَلامُ، المُؤْمِنُ، المُهَيْمِنُ، الْعَزيزُ ،الجَبّارُ، المُتَكَبِّرُ ،الطاَّهِرُ ،المُطَهِّرُ ، القادِرُ، القاهِرُ ، المقتَدِرُ ، يا مَنْ يُنادى مِنْ كُلِّ فَجِّ عَمِيقٍ بأَلْسِنَةٍ شتى، وَ لُغاتٍ مُخْتَلِفَةٍ، وَ حَوائِجَ أُخْرى ، يا مَنْ لا يُشْغِلُهُ شَأنٌ عَنْ شَأْنٍ، أنتَ الّذي لا تُغَيِّرُكَ الأَزْمِنَةُ، و لا تُحِيطُ بِكَ الأمْكِنَةُ، و لا يَأخُذُكَ نَوْمٌ ولا سَنَةٌ، يَسِّرْ لي مَنْْ أَمْري ما أََخَافُ عُسْرَهُ ، وَ فَرِّج لي مِنْ أَمْري ما أَخافُ كَرْبَهُ، وَ سَهِّلْ لي مِنْ أَمْري ما أخافُ حُز


p/s: post ini khas utk adik ten(fatin fatihah) yg ingin mengenali Uwais al-Qarni yang dikagumi.

Sabtu, 20 Mac 2010

takpe..takpe..

TAKPE..TAKPE..
Dunia .. zaman islam dicabar. Di mana kita sebagai umat islam? Mampu melihat dan mendengar saudaranya ditindas? Mampukah kita sekadar meratap? Jika semua umat berpendapat “takpe.. kita mampu berdoa sahaja” (sungguh-sungguh kah kita berdoa?) Nescaya siapa lagi yang akan menolong mereka?
Hal ini telah diramal oleh Rasulullah SAW 14 abad yang lau
“Umat lain (musuh-musuh islam) akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana mengelilingi hidangan makanan. –Adakah kerana bilangan umat islam yang sedikit? Sahabat bertanya. Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan banjir. Allah mengikis perasaan gerun dalam hati musuh terhadap kamu dan Allah campakkan dalam hati kamu AL-WAHAN.
Apa itu al-wahan, Ya Rasulallah?
“CINTAKAN dunia dan BENCIKAN akhirat”
Hamba teringat semasa hamba mengikuti satu pelajaran bersama Pak Su Hamid (time ajar kitab penawar bagi hati; kitabul zuhdi). Pak su sempat mengalunkan satu bait syair yang maksudnya:
-sesiapa yang cintakan dunia, mudharatlah akhirat # sesipa yang cintakan akhirat, mudharatlah dunia-
Nahh, inilah yang menyebabkan umat islam lemah dan mudah diperkotak-katikkan. Terlalu ramai bilangannya mencapai lebih 1 billion, tetapi..
“takpe.. ramai lagi yang akan tolong mereka. Aku tolong kat sini je lahh” ya, memang amat diperlukan pertolongan kita di sini. Tapi, sungguh-sungguh kah kita menolong?
Kalau generasi islam dahulu cintakan mati kerana dapat bertemu dengan Allah dengan segera. Dan tatkala datang seruan jihad, mereka segera menyahut dan merelakan diri beradu tenaga dengan musuh Allah dan tidak timbul pun rasa takut bertemu dengan mati
-orang Yahudi dan Nasrani sekali-kali tidak rela terhadap kamu buat selama-lamanya sehingga kamu ikut cara hidup mereka-