Rabu, 24 November 2010

duhai surat cinta; dulu, kini dan selamanya...



Usai membacanya, ku cium surat itu.. terdengar seseorang disebelahku berbicara sendirian, “Huh(gelak perlahan), perlu ke?” soalnya tanpa meminta jawapan dari ku.

“Perlu lah” jawabku tunduk tanpa melihat wajahnya. Dia segera berpaling, terkejut dengan tindakanku. Tidak menyangka aku mendengarnya. Lantas ku mengangkat wajahku dan memandangnya tepat pada matanya. Senyum.

“Ish, jangan terasa. Bukan apa, just terfikir, kita boleh rasa lagi tak kemukjizatan al-Quran pada zaman kita ni?” . aku terkedu mendengar kata-kata tersebut. ‘syidah! Betul ke kau tengah hadapi situasi macam ni? Masalah aqidah ni. ’ monolog hati.

Takut-takut aku menjawab. “kan al- Quran bawak perkara lepas dan akan datang. Dah jelas terbukti….”

“Ya, ya, ya, saya tahu tu. Kalau benda-benda yang lepas pasal kisah-kisah nabi terdahulu. Kalau benda-benda yang akan datang tu pasal hari kiamat, syurga neraka…” pintasnya. Aku hanya senyum sumbing kepadanya. Hati ku tidak lekang istighfar takut-takut termelenting, termenangis, dan ter-ter lagi.

“OK-OK, Kadang-kadang setiap yang kita terima kita kena ada bukti. Kita baca dan baca je. Tapi secara jujurnya kita tak rasa pun benda tu satu mukjizat. Yelah, mungkin time al-Quran tu diturunkan, mungkin terasa mukjizatnya sebab time tu zaman syiir-syiir meningkat. Mustahil mereka akan kata bahawa al-Quran tu rekaan kan? Kan nabi seorang yang ummi”. Kelihatan tangannya melayang-layang sewaktu menjelaskannya.

Aku memegang tangannya “Jangan lah buat saya takut…. Macam ni lah, jangan sempitkan dengan perkara tu je. Macam awak cakap tadi. Al-Quran ni satu mukjizat. Dan sesuatu mukjizat bagi seseorang nabi adalah mengikut waqi’(keadaan) umat dia ketika itu”. Handset di tangannya ditekan-tekan tanpa tujuan. Aku tahu dia mendengar.

“Kalau zaman nabi Isa contohnya, zaman tersebut hebat dalam bidang perubatan. Maka Allah memberikan baginda mukjizat menyembuhkan orang yang buta. Buta bukan maksud buta macam orang-orang yang kita jumpa ni. Tapi buta yang tiada mata. Buta sejak azali lah. Kalau difikirkan secara logik mana boleh seseorang mencelikkan seseorang yang buta azali melainkan ianya satu jenis mukjizat”. Sambungku sambil berharap beliau mendengarnya.

“Samalah dengan zaman nabi Musa. Saya taknak jelaskan lagi. Awak mesti lebih mengetahui daripada saya. Kalau zaman nabi Muhammad SAW pun, macam awak bagitahu saya tadi. Cubaan penyiir agung ketika itu untuk menandingi ayat-ayat al-Quran, memang tidak menjadi. Ingat lagi tak yang ustaz Sayyidi bagitahu kita tentang ayat yang cuba ditandingi—‘al-Fiil. Mal fil.wa ma adrokamal fil. Lahul hayawan al-khurtum…’—sebab time tu syiir tu sesuatu yang agung bagi bangsa Arab”. Dia mengangguk. Tersinggung sedikit senyuman dibibirnya.

“Jadi, Semua mukjizat-mukjizat tersebut didatangkan khusus untuk zaman seseorang nabi tersebut. Jadi, umat yang selepas itu tidak mendapat bukti yang kukuh tentang kemukjizatan tersebut.” Sambungku lagi.

Beliau merangkul bahuku sambil berkata, “hailoh-hailoh ustazah kita ni…panjang betul cerita pasal mukjizat. Kan macam saya cakap tadi lah. Kita yang umat yang tak sempat dengan nabi, tak dapat rasa macam mana ikjaznya al-Quran. Ni lah pointnya”. Tak biasa dengan keadaan ini. Mati kutu juga rasanya =,=’

Gerun juga ingin berkata lebih-lebih dan mencari bukti bahawa mukjizat Rasulullah SAW ini sebagai asas kepada iman. Takut-takut tersilap berkata. “Lah, kita kan umat Muhammad lagi kan.. kena ingat, al-Quran ni tak terikat pun dengan masa ataupun tempat. Al-Quran sesuai sepanjang masa. Sebab tu lah segala hukum syariat yang dibawa oleh baginda sesuai untuk semua, kan?” dia hanya sengih. Mungkin tidak terfikir tentang itu, fikirku.

“Oh, maksud awak, umat time nabi tu kagum dengan al-Quran sebab kebalaghahannya? Hum-hum! Dah nampak dah apa yang awak nak sampaikan tadi”. Badannya kembali tegak sambil kedua-dua belah tangannya digemggam kemas. “Eh ye ke? Tak sampai lagi ni.HEHE.. tadi kan cakap tak nampak mukjizat al-Quran zaman sekarang.” Usulku mengujinya. Dia hanya menampakkan giginya sahaja.

“OK-OK, teruskan-teruskan”

“Tak de lah, tadi kan cakap camtu. Nak jelas kan la, inshaAllah. Macam zaman al-Quran di turunkan, time keagungan syiir. Tapi sekarang, zaman revolusi ilmu. Jadi, banyak penemuan yang memang jelas sudah termaktub dalam al-Quran sendiri. Contohlah, penghasilan benih samada dihasilkan oleh lelaki atau perempuan, kejadian awan, tentang receptor-receptor bawah epidermis, tentang pasak bumi, kehebatan makan ikan...banyak lagi. Itu semua penemuan-penemuan sains yang mana selepas beratus-ratus tahun selepas kewafatan baginda. Tapi al-Quran dah pun mendahului revolusi pemikiran manusia!”

Beliau sekadar mengangguk.

“Tengok betapa hebat iman orang terdahulu kan? Mereka beriman tanpa melihat bukti. Tapi kita? Bukti dah ada, tapi masih ragu-ragu lagi. Lemahnya iman kita.” Jelasku lagi

Tangannya ligat memintal rambutnya. Seligat otaknya! “Hermm, tu lah, kalau dulu sahabat-sahabat mudah-mudah je beriman. Al-Quran cakap segala amalan akan dibentang kepada khalayak ramai. Kalau ikut logik zaman tersebut macam mana nak bentangkan. Tapi kita sekarang rasa benda tu tak mustahil sebab zaman kita dah ada webcam, pendrive, pendek kata teknologi pun membuktikan kebenaran al-Quran dan hadis”.

Jelasnya panjang. Aku mengaguminya yang bijak membuat kesimpulan.
Aku menyelati jariku dengan jarinya. Kemas. ‘manusia ini tidak akan ku biarkannya hanyut. Bantulah aku ya Allah’, doaku dalam hati.

“Betul-betul! Kalau dulu, Allah firman kitab yang mencatat segala amalan kita sebagai ‘kitaabun marqum’. Mybe kalau ikut logik akal, banyak lah yang malaikat kena tulis kan? Boleh ke nanti kat akhirat malaikat nak buka balik catatan yang banyak tu. Ya lah, sekadar ikut logik.. tapi benda tu dah tak mustahil dah zaman ni. ‘kitaabuun marqum’, kitab yang bertulis. ‘Roqmu’ maksudnya nombor. Boleh juga kita fikir sebagai digit. Mungkin juga kitab digital. Itu mengikut fikiran zaman ini. Tapi Allah Maha Bijaksana, Maha Luas PengetahuanNya. Dan lebih hebat daripada kitab digital kan?” hujahku untuk menguatkan lagi kepercayaannya terhadap kehebatan al-Quran.

Teringat saya artikel ustz Hasrizal dalam solusi(isu no.20) yang mengatakan bahawa Islam adalah agama yang paling menggalakkan berfikir dan bertanya. Namun ada batasnya. Jangan di biarkan akal berfikir sebebas-bebasnya.


“saya jahil..”


“saya pun, saya tak sebijak awak. Kita kena elakkan Islam ‘segera’”.


“Islam segera? haa.. ni mesti kuat baca Solusi ni…”


“HEHE.. Tu lah, Islam ni kena belajar peringkat-demi peringkat. Jangan cepat buat kesimpulan. Tak tahu tanya”. gumamku lagi.


Ya Allah, berilah kami taufik dan hidayah, thabatkan kami di jalan Mu. Hidup suburkan hati kami supaya lebih mencintai ilmuMu. Supaya kami lebih mengenaliMu lagi.


-Dakwah mesti mampu menangani cabaran semasa. Dakwah yang menggalakkan pertanyaan serta kompetan untuk mengemukakan jawapan sebagai satu penyelesaian. Saya mahu perjuangan kita sampai ke destinasinya. Saya mahu hujah kita relevan dan meyakinkan. Saya mahu seruan kita dipedulikan dan diberi perhatian. Teruskan menimbulkan pertanyaan. Pertanyaan yang jelas tujuannya.-Ustaz Hasrizal


DITULIS PADA 231110-11.29PM

3 ulasan:

  1. assalamualaikum w.b.t.

    Ku bangga denganmu sahabat!!
    tersengihku sendirian membaca coretanmu..
    jelas kefahamanmu tentang ISLAM..

    eissshh,
    kena g nuntut ilmu ngan syidah ni lagu ni..^^

    terUskan usahamu..
    isyaAllah,
    aku sentiasa di belakangmu..
    walaupun kadang kala aku menyandarkan belakangku di atas belakangmu..(hehehe)


    ;)

    BalasPadam
  2. dah,
    copy ea cite ni...
    ;)

    BalasPadam