Jumaat, 17 Disember 2010

jom merentas terowong masa!

“Eh, tengok…” ujar Nobita sambil membawa jarinya kepada gambar lama yang sedang ditatap oleh mereka berdua.

“Ini loceng kesayangan saya! Hadiah daripada nenek” sambungnya lagi. “Doraemon, tolong lah saya carikan balik loceng saya…”

“Nobita, kita kan bukan ada di rumah kita dahulu. Kan rumah tu sudah dijual.”

“Doraemooooon, tolong lah saya! Keluarkanlah alat-alat awak tu..”

“Baiklah-baiklah. Saya bantu. Awak ni terlampau mengada lah Nobita! Jomlah naik mesin masa”.





…….




Mesin masa ataupun taimu-mashin yang diistilahkan oleh Doraemon… hanya wujud dalam anime Doraemon dan Kiteretsu. Realitinya, mustahil untuk mencipta mesin masa. Paling-paling canggih manusia, hanya mampu ke ISS dan ke bulan(betul ke tidak, wallahu’alam).




Boleh aje! ‘Mesin masa’ zaman kita, SEJARAH! ^o^’



Kalau susah guna mesin, kita ikut terowong! Korek aje…. Bukan nak pergi jauh pun, terowong ni hanya mahu ke era 80-90-an sahaja.



..Terowong masa BERMULA!..



_Jika dahulu, bangun je pagi, terus tanya keluarga mereka—“nak makan apa ya hari ini?”. Bersiap sedia untuk mencari rezeki yang halal.

Sekarang, bangun sahaja dari tidur, perkara yang di tanya—“nak makan sape ya hari ini?”.

Sudah biasa… ‘Makan orang’ memang menjadi kegemaran manusia. Dulu agak sukar untuk mendengar berita tembak-menembak, kelar-mengelar, cincang-menyincang… dan banyak lagi. Kadang-kadang benda tersebut tidak terlintas difikiran untuk diperlakukan oleh seorang manusia.



Paling dahsyat, pembuangan bayi….tak… pembunuhan kejam bayi. Diri ini diterjah dengan perasaan ‘pelik’. Pelik kenapa manusia tidak ada rasa takut untuk melakukan sesuatu dosa? Mungkin amat susah untuk mendapatkan pakaian taqwa tersebut. Diri ini mengakuinya….



..Mari kita rentas lagi terowong masa kita, jauh lah sedikit….



_Jika dahulu Hijaz merupakan tempat yang memang maklum dengan statistik jenayah yang meningkat tinggi. Namun apabila kerajaan Arab Saudi menjalankan hukuman hudud kepada pesalah-pesalah samada mencuri, merompak dsb, kesannya, kerajaan Amerika telah memuji kerajaan tersebut apabila dalam masa 20 tahun, hanya 5 kes yang disabitkan kepada pesalah.



Ini bukan mahu pujian daripada mereka, point di sini adalah K-E-A-M-A-N-A-N.



Bandingkan dengan negara kita yang tercinta ini, bilangan anak luar nikah hanya pada tahun 2009 ialah sebanyak 17,303! Itu hanya yang berdaftar… dan ingin sangat menceritakan tentang seorang mad’u ku yang baru sahaja menggugurkan kandungannya di depan dua biji mata ini. Peristiwa yang takkan padam dalam kotak fikiran. Beliau baru sahaja mencecah umur belasan. Baru sahaja menjejak kaki ke dunia high school. Tapi……… baiklah, kita tinggalkan peristiwa ini. Diri ini masih trauma dengan peristiwa tersebut.




Berbalik tentang pelaksanaan hokum Allah di negeri Hijaz;


Terang dan jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan hukum Allah ini membawa kita kearah hidup yang lebih selamat, aman, dan bahagia. Ini yang lebih membuktikan bahawa tujuan undang-undang Islam sebenarnya adalah memelihara agama, jiwa, keturunan, akal, dan harta.




Baiklah, mari kita rentas sekali lagi terowong masa, buat kali terakhir bagi sesi ini. Kali ini kita pergi lebih jauh!! ^o^v




_Jika dahulu, sebut sahaja perkataan Ahad, Ahad, Ahad (Allah Maha Esa), batu besar menindas dadanya.




Tapi amat berbeza dengan kita, sebut sahaja Ahad, Ahad, Ahad, rupa-rupanya bantal empuk yang sedang menindas memujuk supaya menyambung tidur….




Hailah.. Aqidah rapuh, mudah untuk melakukan maksiat tanpa merasakan kehadiran dosa sedang melingkari kita. Ya kan? Saya kira inilah punca tercetusnya fenomena yang luar dari ruang lingkup fikiran kita.



Seorang lagi mad’u ku pernah berkata,


“Masjid kat sini (Kelantan) tiap-tiap waktu kan penuh jemaahnya.”
“Kenapa? “ Usul ku
“kat T********u jarang nak tengok masjid buat solat jemaah time Asar.”




Fikir ku sendirian, tak pelik jika masyarakat di sana runtuh moralnya memandangkan pihak atasan tidak berusaha memulihkan keadaan dengan cara yang disarankan oleh Islam. Di sini bukan mahu menyalahkan pihak atasan, walhal pihak individu ini juga mempunyai tanggungjawab dalam membendung hal-hal sebegini daripada berlaku.





………………….




Maaf lah. Merentas ni memerlukan tenaga yang cukup. Memandangkan diri ini masih terasa keletihan (Baru pulang dari program 21 hari) dan mata pun asyik mahu merapatkan kelopaknya. Rasanya setakat ini sahaja untuk kali ini.



Saya tidak mahu mengulas panjang. Tiada kata-kata untuk menulis panjang. Sekadar mahu mengajak merentas terowong masa bersama saya sahaja.



...Jadi, mana silap kita? Nobita dan Doraemon sudah menemui loceng peninggalan nenek kesayangannya. Kita?



Hanya sekadar ingin mengajak berjalan sambil berfikir. Sekadar mahu membuka mata ini terhadap revolusi manusia zaman ini.



Teruskan merentas!




“…Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri…” –ar-Ra’du:11

Tiada ulasan:

Catat Ulasan