Sabtu, 28 Julai 2012

label

Pelik, jika ada pihak yang mengutarakan sesuatu idea islah, terus dilabel sebagai wahabi. Tak setuju dengan pandangan mereka, bahas lah. Bidas dengan peluru hujah. Bukan melabel!


Kata Hamka,

"Bukankah menurut keyakinan kerajaan, kami ini adalah golongan yang sesat? Golongan Wahabi. Mu'tazilah, keluar dari mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah? Apa salahnya tuan golongkan sahaja kami sebagai pemeluk agama lain? Sebab berbeza pendirian dengan tuan-tuan."

"Akhirnya, semua orang hendak dikafirkannya."

                                                                                     -Hamka, Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor

Dulu-dulu, dan masih, sehingga sekarang. Berhentilah melabel. Bebaskan mereka berfikir dan melakukan perubahan.



Ahad, 15 Julai 2012

Aku, Buku, dan Hamka

Bismillah.

Satu perkara yang saya tertanya pada diri saya, kenapa aku lambat menyedari tulisan-tulisan Hamka?

Aku, dan Hamka...

Saya mula mengenali Hamka semestinya ketika saya menduduki Tingkatan 6 (2010-2011). Permulaan saya berkenalan dengan Hamka atau nama sebenarnya Haji Abd Malik bin Abd Karim Amrullah ialah apabila saya mengenali Tafsir al-Azhar iaitu sewaktu saya mencari makna dan tafsir bagi ayat-ayat yang berkaitan dengan matapelajaran saya ketika itu.

Saya lebih rasa dekat dengan tafsir Hamka adalah kerana huraiannya terasa lebih dekat dengan suasana Tanah Air saya. Hamka, yang terkenal dengan ulama' Nusantara yang mempunyai kata emas yang saya kira dekat dengan sosio-budaya masyarakat dan berdasarkan realiti masyarakat Indonesia ketika itu. Dan masih relevan untuk dirujuk sehingga sekarang.

Itu tafsir. Tertariknya saya dengan gaya bahasa beliau yang penuh kesenian dan cara beliau menginterpretasikan agama dalam kehidupan agar agama (Islam) itu benar-benar dirasakan sebagai rahmat bagi seluruh alam.


Lewat sekarang, saya mula membaca karya-karya emasnya seperti Islam: Revolusi Ideologi & Keadilan Sosial, dan novelnya, Merantau ke Deli. Untuk akan datang, saya terus akan mencari karya-karyanya di seluruh kedai buku di Kelantan. Agak sukar mencari karya beliau. Setakat ini, saya bercadang untuk mencari buku beliau iaitu Falsafah Hidup dan Di Bawah Lindungan Kaabah.

Tak terasa hebatkah, seorang ulama' Alam Melayu, yang asalnya di Tanah Air kita sendiri, menulis tafsir, malah menulis novel-novel cinta. Oh...

Namun, kekaguman saya ini terhadap beliau ada batasnya. Saya tak mahu dilabel sebagai seorang yang taksub dengan tulisan beliau. Dan semestinya ada juga tulisan beliau yang saya tidak setuju. Itu lumrah.

Melihat suasana Malaysia sekarang, suka untuk saya petik kata emasnya dalam salah satu karyanya, Islam : Revolusi Ideologi & Keadilan Sosial:-

Apa yang mendorong semangat Pangeran Diponegoro, Tuanku Imam Bonjol dan Tengku Tjhik di Tiro sehingga berani melawan penjajahan yang jaud dari lengkap?
Kalau tuan sudi menghargai kebenaran, tentu tuan harus mengaku bahawa yang mendorong itu ialah iman! Iman dalam Islam!

 Boleh jadi tuan berkata, yang mendorong itu ialah kekerasan tangan besi penjajahan sendiri. Antithese! Memang. Tapi apa isi antithese itu kalau bukan iman! 

Tuan berkata: 'Tekanan ekonomi! Tetapi, apa yang mendorong menentang tekanan ekonomi itu kalau bukan iman?

Mulai berjuang, sebagai kehendak dari perjuangan Islam, dengan sendirinya, dengan otomatisnya mu'allim besar di Bonjol langsung di lantik menjadi Imam.
Sudahkah tuan pelajari bagaimana erti Imam itu dalam Islam sebagai negara?

Nyata di sini bahawa tabiat Islam itu sendiri tidak dapat dipisahkan dengan kenegaraan.

                                                                   m/s: 127



****

Sebut sahaja Pengeran Diponegoro, teringat saya pada Ramlah, teman sekelas sejarah saya. Nama itu dijadikan gelaran baginya. Manakala Hani, dikenali sebagai Meiji, dan Fadila sebagai Shogun. Saya pula Cyrus. Itu nama-nama 'Kolony' kami. Tiada kena-mengena dengan diri kami pun. Rindu kelas sejarah ^^,