Bismillah wassolatu wassalam lirasulillah,
Ya! MoOd muktamar! :)
Mengamati teks ucapan perasmian Muktamar Muslimat kali ke 51 cukup membuat diri ini tersuntik kembali semangat yang lama terkubur. (credit to kakngah membangkitkan Dah kembali.luv ya!)
Kenapa muslimat sentiasa di tasybihkan sebagai sayap kiri perjuangan?
"Mereka adalah sayap pengimbang di dalam perjuangan menegakkan agama Allah SWT. Sebagaimana seekor burung tidak mungkin terbang dengan sebelah sayapnya, demikian juga sebuah jemaah yang berentap di pentas demokrasi seperti di Malaysia, sudah tentu berfungsi dengan baik dengan adanya sayap yang bernama muslimah."-TG Nik Abd Aziz
Beberapa bulan yang lepas, kerap juga rasanya diri ini berulang alik ke library merujuk kitab-kitab tafsir merujuk beberapa ayat dalam mata pelajaran usuluddin-membahaskan methologi al-quran dalam menerapkan unsur aqidah. (masuk exam baru ni. Alhamdulillah.hoho)
Sempat diri ini membelek kitab 'Yas-aluunak fiddin wal hayah' antaranya menceritakan tentang peranan pemuda dalam peristiwa hijrah. Saya ingin mengenengahkan tentang peranan wanita dalam hijrah Baginda ke Madinah-Asma' binti Abu Bakar.
Kisah (1):
Sebelum Rasulullah ingin memulakan misinya bersama Abu Bakar, baginda telah mengatur strategi misinya di rumah Sayidina Abu Bakar r.a. semua hamba dan orang yang berada di dalam rumah tersebut diarahkan supaya keluar kerana ingin membicarakan perkara sulit tersebut.
Namun, baru sahaja Rasulullah ingin memulakan perbincangan bersama Abu Bakar, Baginda terdengar suara dari tabir dan bertanya kepada Abu Bakar siapakah itu.
Abu Bakar memberitahu baginda supaya baginda tidak perlu curiga kerana suara itu ialah suara Asma' dan Aisyah.
Maka, Rasulullah terus memulakan perbincangan tersebut bersama Abu Bakar-menunjukkan Asma' dan Aisyah r.huma diberi kepercayaan oleh Baginda untuk tidak menghebahkan perancangan tersebut.
Kisah (2):
Saat Rasulullah saw dan sahabat baginda, Abu Bakar r.a berada di Gua Thur, sekali lagi Asma' dan Aisyah menjalankan peranannya. Mereka telah menyediakan bekalan makanan kepada Rasulullah saw dan ayah mereka, bekalan yang cukup banyak untuk menampung mereka di sepanjang perjalanan.
Asma' telah menghantar makanan tersebut kepada Rasulullah dan Abu Bakar di gua Thur. sperti yang kita lihat dalam 'Jejak Rasul', Gua Thur merupakan tempat yang berbatu dan sukar untuk sampai ke gua kecil itu.
Maka, untuk mendaki batu-batu besar tersebut dengan membawa makanan, mungkin disebabkan keadaan cemas, beliau terlupa untuk mengikat makanan tersebut. Dengan menggunakan kebijaksanaannya dalam keadaan cemas itu, beliau telah membelah selendangya menjadi dua dan mengikat makanan tersebut untuk memudahkan menaiki bukit tersebut. Disebabkan peristiwa itu, Rasulullah saw telah menggelarkan Asma' sebagai 'Dzatun Nithaqaini', pemilik dua selendang di syurga.
Kisah (3):
Sekembalinya Asma' ke rumahnya, beliau di datangi oleh Abu Jahal dan beberapa orang Quraisy yang bertanyakan dimana ayahnya berada.
"Demi Allah aku tidak mengetahui kemana ayah pergi," Tenang.
Abu Jahal merasa tidak puas hati dengan jawapan itu lantas menampar pipinya sehingga anting-anting yang dipakainya tercabut. Kekentalan Asma' jelas terpancar dan keimanan yang kukuh dalam mempertahankan kelancaran misi hijrah tersebut.
………………………………..
"Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah:71)
-gambar hiasan-
Realitinya, para muslimah yang mengaku intima' dengan mana-mana harakah selalu sahaja diibaratkan mengalami sindrom 'tak pedulisme'. Kenapa?
Tengok sahaja diri ini, halangan dan ujian yang 'mencabar' datang, terus membongkokkan badan menyerah dan mengaku seorang yang lemah. Pokok utama sindrom ini berlaku kerana kurangnya thaqofah(pengetahuan) tentang 'mengajak kearah makruf dan menegah kemungkaran'.
Ya kan?
Kita telah lihat peranan wanita yang pernah mewarnai sejarah yang hebat. (itu saya hanya menutarakan contoh Asma' shj). Maka muslimah mursyidah sekalian perlu melakar sejarah bagi peneruskan peranan beralaskan iman dan taqwa kepada Allah swt.
"Hakikatnya taqwa itulah yang mencetuskan kesabaran dalam mengorbankan kepentingan diri demi kemaslahatan ummah. Taqwa itulah yang mencetus kesyukuran kemudian dizahirkan dengan kesetiaan menjalankan hukum-hukum Allah SWT."
"Keyakinan akan syariat Islam yang bersifat universal dan sikap optimis akan masa depan Islam yang dijanjikan kemenangan ini mesti dimiliki oleh tiap Muslimah. Seharusnya refleksi diri dilazimi dan usaha membersihkan hati daripada sikap mementingkan diri serta malas dijadikan keutamaan."
P/s: sistem khalifah itu tidak akan terjadi dengan sendiri tanpa usaha para muslimah yang bersama-sama muslimin untuk merealisasikannya.
"Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana."
p/s: semoga semangat ini takkan pernah luntur, amen.
"Muslimah sebagai nadi jemaah"
"Muslimat cakna!"
Wallahua'lam bissowab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan