Jumaat, 16 Disember 2011

tempoh uzlah sudah tamat

13/12/11, STPM dah pun tamat, Alhamdulillah


oley!



15/12/11, sedia berkhidmat kembali untuk Maahad yg terchentha,in shaa Allah
Sedikit rasa gementar apabila menuju ke Masjid An-Nur Wakaf Bharu tempoh hari, ye lah, 2 tahun ketidakpedulian saya terhadap BADATI (Badan Dakwah sekolah) cukup membuat hati meronta ingin melepaskan kerinduan.


Melangkah masuk ke dalam masjid An-Nur yang tersergam indah itu, semua mata-mata yang sedang khusyu’ ber’brainstorming’ perancangan bagi setiap lajnah itu menala ke arah susuk tubuh yang kecik ni yang melangkah sipu-sipu malu. Eceh!


Ada yang masih cam saya, ada yang cam-cam tak cam.


“mana bos?”, Tanya ku kepada Waheeda yang santun menyalami ku.


“Nuh dokko (itu dia)… oloh, cari Nasywa laluh dio,”



Nasywa, semasa saya masih di tingkatan 5, beliau lah pembekal barang untuk di pinjam; jubah, selimut, tudung, bantal lebih-lebih lagi selipar Korea . Tak sangka 2 tahun berlalu, sekarang beliau telah pun diamanahkan sebagai pengerusi BADATI. Nasiwa…oh Nasiwa…



Sepanjang berada bersama mereka, satu ketenangan dapat dirasai (Alhamdulillah), lantas tangan ni galak menaip sms kepada Adnin


“Nin, aku bahagio loni,”

“Tahniah2!”


Tempoh uzlah ku telahpun tamat. Saya melangkah keluar dari Maahad pada hari pertama Tamrin Tingkatan 4 yang ketika itu saya sebagai pengarah bagi tamrin tersebut. Disebabkan sesuatu telah berlaku keatas saya pada waktu peserta-peserta tamrin sibuk mendaftarkan diri mereka, saya dalam keadaan blurr pulang tanpa bertemu dengan Sarah, timbalan pengarah tamrin ketika itu. Kejam sungguh! Allah…


Rasa bersalah itu menyebabkan satu virus kemurungan dalam diri. Semua benda jadi tak kena, yang tahu hanyalah mem’badmood’kan diri. Apabila menapakkan diri ke bumi Naim, saat itu lah saya telah pun berniat untuk melakukan uzlah. Dan, saya berhajat, tempoh uzlah saya akan tamat usai saya STPM, dan sekarang,……..



Menyingkap tabir perjalanan Rasulullah S.a.w, baginda juga pernah ber-uzlah iaitu mengasingkan diri daripada hingar-bingar masyarakat. Tempoh yang diambil oleh Rasulullah saw untuk ber-uzlah memakan masa hari, dan ada juga mencecah satu bulan untuk beribadah kepada Allah, sehinggalah Baginda di berikan wahyu Allah oleh Jibril as di sana.


Ber-uzlah adalah antara cara Rasululullah mencari ketenangan jiwa dan merasai ‘kehadiran’ penjagaan Allah di dalam hati Baginda. Cara ini lah merupakan jalan untuk menempatkan diri para pejuang untuk sentiasa tabah dan thabat dalam perjuangannya.



Di sinilah, kita akan mengasingkan diri, bermuhasabah dan kembali membina keyakinan diri yang baru serta mencari titik-titik kelemahan selaku hamba Allah di tempat yang sunyi dan di daerah asing dari perkara-perkara yang mengusutkan fikiran supaya terus menapakkan diri di jalan ini, jalan dakwah. Dengan kata lain, uzlah adalah merupakan pintu untuk bertaqarrub kepada Allah swt.


Pentingnya uzlah itu bagi setiap pemikir Islam itu membuktikan bahawa, manusia ini tidak akan mampu menangani sesuatu ujian atau perkara bersendirian tanpa bantuan daripada-Nya.





Dalam tempoh uzlah ringan saya, sedaya upaya saya memenuhi hati dengan perkara-perkara yang membolehkan saya sentiasa tetap di jalan ini. Dan Alhamdulillah, apa yang terjadi keatas diri saya semenjak saya di Naim apabila difikirkan balik, sungguh cantik perancangan Allah. Walaupun ombak rindu yang melanda, eh2 ombak ujian yang melanda, PASTI akan ada ‘buah tangan’ daripada Allah yang tidak disangka.


Subhanallah.



Dalam setiap titipan doa, pasti saya tidak pernah meninggalkan permintaan supaya saya tetap berada di dalam sibghah Allah (acuan Allah). *walaupun kadang-kadang berdoa dalam keadaan lalai.HEHE!
Mesyuarat perancangan tahunan BADATI kelmarin merupakan pembukaan semula nafas baru dalam hidup saya. Moga saya istiqamah!






***


Kata ustaz Hasrizal dalam bukunya yang baru saya beli-Secangkir Teh Pengubat Letih


“Carilah satu dunia asing… untuk kamu keluar dari diri kamu yang sudah rapuh dan kering itu. Basahkan kembali dengan bersunyi-sunyi dengan Allah; sama ada di tikar sejadah, atau hamparan bumi dan alam yang tekun dengan zikrullah,”



Tersenyum sendirian apabila bola mata saya bergerak seiring dengan bait-bait yang dibaca ini. Kena lah! HEHE~


Belum masuk separuh lagi saya baca, tapi ada dua yg saya rasa(setakat ni lah), saya mahu pergi ke Turki dan Jordan!!!


“…hanya kamu dan Dia… tiada yang ketiga.”


Sekurang-kurangnya, letih saya sudah terubat.HUHU. read and heed~





*sila bersemangat dan terus istiqamah ye Rasyidah yg baru!

4 ulasan: