Ahad, 21 November 2010

MITOS: Jangan Pandang Belakang!

Jika berbicara tentang Fir’aun, Qarun, Haman, dan Bal’am, pasti kita mengetahui kisah-kisah mereka. Ya lah, sedikit sebanyak kita mengetahui siapa mereka. Memang sudah maklum bahawa keempat-empat jenis manusia tersebut yang hidup pada zaman masing-masing muncul sebagai pendukung status quo dan penentang perubahan sosial.
Sebut sahaja Fir’aun, “oh, dia adalah raja yang korup, zalim dan merasakan dirinya terhebat dan mendakwa dirinya sebagai anak tuhan matahari –Amon-Re.
Siapa Qarun? Si pemilik sumber kekayaan. Pewarisnya ialah golongan Kapitalis.
Haman. Tamsilan kepada golongan teknorat atau ilmuan yang menunjang kezaliman dengan memperalatkan ilmu.
Siapa pula Bal’am? Cerminan kepada cendikiawan atau tokoh-tokoh agama yang menggunakan agama untuk mengesahkan kekuasaan yang dikumpul.
Dan apa faedahnya jika mengetahiu kisah-kisah mereka? Sudah beribu tahun mereka terkubur dan jasad merekapun entah dimana. Ini dunia realiti, tidak akan terjadi mumia bangkit kembali seperti dalam filem The Mummy .
………..
Bertanya salah seorang anak kepada tokoh besar Islam, HAMKA—Kenapa harus belajar sejarah? Adakah sesuatu sejarah akan berulang? Kata HAMKA bahawa sesuatu sejarah tidak akan kembali, namun orang yang berada di dalam sesebuah sejarah akan sentiasa berulang setiap zaman.
Mungkin atas dasar inilah Timbalan Perdana Menteri menyarankan supaya diwajibkan matapelajaran sejarah bagi peperiksaan SPM bermula tahun 2013. Dan tidak dinafikan tindakan itu adalah baik—jika fakta sejarah dalam sukatan matapelajaran tersebut adalah tepat..
Perlu dihighlightkan juga bahawa al-Quran juga mengandungi kisah-kisah umat nabi-nabi terdahulu tidak lain tidak bukan bertujuan untuk manusia belajar daripada sejarah tersebut.
Jika dahulu, sepanjang 5 tahun belajar sejarah pada peringkat sekolah menengah, secara jujurnya, saya secara membuta tuli menghafal fakta-fakta sejarah hanya bertujuan untuk skor dalam matapelajaran tersebut tanpa menyedari manfaat disebaliknya. Betullah, setiap amalan bergantung pada niat, jika niat untuk skor, maka dapatlah. Jika niat itu untuk menuntut ilmu, maka ilmu itu insha-Allah diperolehi.
Menyedari apa yang dibincangkan oleh HAMKA dan anaknya, saya memasang tekad untuk belajar kembali sejarah yang dulunya dipandang remeh. Pada mulanya, saya adalah satu-satunya calon STPM yang ingin mengambil sejarah. Ditambah pula seorang lagi sahabat yang turut berhajat kepadanya. Itu sangat mustahil untuk membuka kelas sejarah yang pelajarnya hanya 2 orang.
Seminggu kemudian semakin bertambah bilangan ‘pelajar sejarah’. Sehinggalah sekarang bilangannya seramai 10 orang. Syukur..
Pembelajaran dimulakan dengan semangat baru, mengejar ilmu. Fakta yang diberi agak terhad, inilah peranan kita sebagai ‘pelajar sejarah’ untuk mencari fakta-fakta yang terperinci demi mencari kebenaran. Barulah apa yang dikatakan ‘belajar daripada sejarah’ itu berlaku.
Tidak kiralah ia adalah sukatan pelajaran ataupun tidak, yang penting ilmu itu harus di cari. Belajar daripada sejarah itu seolah-olah kita melalui pelbagai pengalaman yang pada logiknya mustahil untuk kita orang kebiasaan ini akan melaluinya.
Secara peribadi, tidaklah sejarah itu penting jika dalam pembentukan aqidah sendiri adalah melalui sirah-sirah nabi dahulu. Tidaklah terpupuk dalam diri individu itu semangat perjuangan jika tidak mempelajari ‘Fiqhu as-Sirah dalam Harakah Islamiah’. Semuanya adalah berkaitan dengan sejarah.


-Ditulis pada 121110

Tiada ulasan:

Catat Ulasan