Hari pertama semester kedua, menggagahi juga dua jari telunjuk ini kembali menulis biarpun minda sudah separa sedar. Letih mungkin hari ini. Ini semester kedua, sengaja tidak mahu mencoretkan kisah-kisah sepanjang semesta awal yang lepas.
Ya, sem baru, sudah pasti ada azam baru, tambahan pula keputusan peperiksaan sem lepas baru saja ditatap. Pasti ada sekelumit semangat yang sedang menyala menanti bara. Apapun, lapangan blog ini, hamba mahu jadikannya sebagai satu disiplin kepada diri, biar jeda ayatnya ringkas, namun memberi satu disiplin kepada diri.
Mungkin dengan daya hamba menulis untuk malam ini, sebagai ganjaran dan galakan pada diri untuk teruskan menulis, hamba fikir hamba mahu makan sesuatu yang enak-lah esok. Aiskrim. Ya! :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan