Jumaat, 17 Ogos 2012

sahur terakhir kami

Bismillah.

Sahur terakhir kami- Agak lewat sedikit disebabkan tertidur menunggu nasi masak. Apapun saya gembira atas kelewatan ini kerana membolehkan saya menyediakan apa-apa yang belum beres sebelum mak mem-beres-kannya dahulu.

Sambil makan, seperti biasa, meja makan selalu menjadi meja sidang pelbagai isu. Ayah yang mula-mula membuka mulut untuk membuka topik. Adapun saya, yang mula-mula membuka mulut menyuakan nasi putih ke mulut.

Kata ayah, malam ini sudah tak boleh nak teraweeh. Rajin manapun kita, tunggu tahun depan lah baru boleh bertemu dengan teraweeh dalam Ramadhan pula. Pasti sheikh (dari) Mesir kat Qaryah menangis sayu semalam. Mungkin sebab dia faham apa yang dibaca, sebab tu mudah menangis.

"Kita pun, kalau baca dalam bahasa kita, faham pun, tetap tak menangis", pintas adik.

Balas abang,

"Bak kata Tok Guru, hati kita ni umpama tumit kaki yang keras. Berjalanlah atas apa pun, tetap tak terasa. Atas tar yang panas, terpijak duri sekalipun, tetap tak terasa akibat kerasnya kulit tumit. Maka hati juga begitu, terlalu banyak dosa sehinggakan dibacakan ayatNya, tetap tidak terkesan,"



Sahur terakhir kami- Kemungkinan sahur terakhir saya bersama famili. Esok, kemungkinan lebaran. Maka hari ini mungkin hari terakhir Ramadhan pada tahun ini.

Ramadhan terakhir kami- Kemungkinan Ramadhan terakhir saya bersama famili. Tidak ajal yang menghalang kami untuk bersama, masa juga boleh menjadi penghalang. Sedaya upaya saya cuba untuk memberi kemudahan kepada ibubapa saya sepanjang Ramadhan ini dengan mengambil alih kerja-kerja yang memang sepatutnya saya sebagai anak meraka yang buat, tetapi tetap dilunaskan oleh mereka juga. Bimbang juga, khidmat saya pada Ramadhan ini, merupakan khidmat Ramadhan terakhir saya  kepada mereka yang dikasihi.

Adapun hari ini, sudah pasti merupakan hari terakhir Ramadhan yang paling sibuk buat kami. Mak sibuk dengan ketupatnya (tapai dah selesai semalam ), ayah pula sibuk dengan memotong rumput di halaman. Saya? sibuk menyediakan list tarikh dan masa cereka dan filem yang menarik yang bakal ditayangkan di tv. Haha! Allahuakbar... ujian, ujian.

Oh ya, lebaran tahun ini, kami kurang seorang, KakNgah yang beraya di bumi Mesir. Hei, Selamat Hari Raya deh. Nikmati sepuasnya hari raya di sana :) Ni raya last kamu beraya di sana ^^,

Ramadhan terakhir kami,

Ilal liqa' ya Ramadhan...




2 ulasan:

  1. harapnya yg terakhir raya sini...thn depe nk kelik gok walaupun 2 mggu.huu..(kakngoh x jerit pun..yeay!)

    BalasPadam