Selasa, 19 Februari 2013

ponteng

Bagaikan mahu pecah kepala hari ini, sakit yang teramat sehinggakan mata terasa panas dan mahu terkeluar. Hanya sempat mengikuti kelas falsafah sahaja hari ini. Dua kelas lagi dah rasa tak larat. Usai segala urusan penting, dengan gegas hamba balik ke kolej untuk 'take-a-nap'.

Jam 2 petang, dengan penuh semangat bangkit dari qailullah, terus ke Fakulti Sastera dan Sains Sosial untuk mengikuti sebuah forum politik yang di anjur oleh UMCEDEL. Awalnya, panelis adalah dari kalangan wakil daripada pelbagai parti-YB KJ dari UMNO, YB Husam dari PAS, YB Nurul Izzah dari PKR, dan YB Kamalanathan dari MIC- namun ditukar keseluruhan panelnya kepada pensyarah UM sendiri. Ramai yang kecewa dengan tindakan pihak 'hegemonist' yang enggan membenarkan 'orang politik' masuk berforum disini, namun bagi hamba, dari satu sudut ianya satu peluang yang baik dimana pelajar boleh menilai fakta dan hujah dari golongan yang neutral dan inteligensia. Bayangkan jika YB-YB yang datang berforum dalam keadaan yang semakin hampir dengan PRU-13 ini, pasti masing-masing membuka pekung yang oposisi dengannya. Emosi. Walhal pada saat ini, hakikatnya rakyat mahukan pencerahan mana yang baik untuk masa depan negara, bukan kutukan dan emosi.

Menariknya, YB Nurul Izzah turut menjadi audien forum tersebut dan sempat mengajukan soalan kepada panelis.

Apapun, tahniah dan syabas buat penganjur terutama Dekan Fakulti Sastera yang berani meneruskan forum tersebut, bahkan sanggup berada di kasut moderator forum tersebut. (Y)!
Selepas daripada forum tadi, hamba tertarik dengan dengan yang dikatakan teori politik 'pendulum swings'. Nanti hamba kongsikan, inshaAllah.

YB Nurul Izzah sedang menjawab soalan audien atas permintaan audien sendiri. Dengan izin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan