Selasa, 24 April 2012

Poli Tikus

Alkisah, telah dinaqalkan, seekor tikus penguasa negara, turun padang ke sebuah daerah yang dikatakan paling miskin antara daerah-daerah penguasaannya. Sebuah daerah dimana tikus-tikus yang asyik mengemis kerjanya. Mengemis royalti, meminta subsidi. Namun begitu, tikus-tikus ini tidak jemu menjalankan tuntut biarpun dikatakan tidak mengenang jasa dan ingkar titah sang penguasa. Apa yang tikus-tikus peleseran ini tahu mereka harus menegakkan hak mereka selaku jelata di negara itu.

Khabar bahawa sang penguasa berjiwa jelata itu bakal turun padang dipanjangkan kepada pegawai-pegawai di daerah miskin itu. Maka persiapan disusun rapi bagi menyambut sang penguasa itu. Bermula lah tugas pegawai tikus itu dengan hanya tujuan yang satu, iaitu semua yang dirangka mesti di tuju.

Di suatu sudut,

"Hidangan siapakah ini? Untuk tamu istimewa itu kah?" tanya seekor awak-awak tikus 
"Iya," jawab si pegawai
"Kenapa harus mewah sebegini rupa? Bukankah sang penguasa menyuruh jelata berjimat kerana keadaan ekonomi negara yang tidak sekata?"

Si pegawai tikus itu memberikan satu jawapan yang bijaksana dan logik difikir akal naif itu. Puas dengan jawapan pegawai itu, lalu si tikus yang bertanya itu tersenyum sambil beredar menyambung kerjanya

"KahKahKahKah!" gegak gempita ketawa si pegawai tikus dan sekutunya.


***

Tiba di acara bersama jelata, pegawai tikus seperti biasa menjalankan rutin tugasnya tanpa disuruh sang penguasa. Jelata diberi modal tanya untuk dilontarkan pada acara jawab balas antara penguasa dan jelata. Modalnya harus berkisarkan masalah jelata dan wajibnya yang tidak menjerat pihak penguasa.

Maka tibalah acara jawab balas itu, acara yang menjadi mercu keperihatinan sang penguasa terhadap jelatanya.

Setelah sekalian tanya, maka tampillah seekor tikus kampung ini yang dalam dadanya penuh dengan sebak.

"Tuan, kiranya bagaimana keadaan jejambat yang menghubungkan Kampung Pekan Pasiran dengan Kampung Lembah Kubang itu ya? Sudah separuh dekad belum juga kami rasa. Jalan sesak tuan, sukar saya mahu berulang alik ke seberang untuk bekerja."

Ternyata, itu bukan jenis soalan yang dikehendaki penguasa. Senggang beberapa detik, sang penguasa tenang berkata,

"Tahukah sekalian jelata, ekonomi negara bukan seperti yang disangka, bukan seperti yang diminta, bukan seperti yang dirasa. Ada baiknya kita semua cermat dalam belanja dan teruskan kerah tenaga agar hasil pendapatan negara seperti yang dicita. Adapun begitu, atas dasar keperihatinan barisan penguasa, kami sebulat kata akan memberikan $500 kepada sekalian jelata bagi mengurangkan beban semua."


Deruan sorakan dan tepukan deras kedengaran tanda keseronokan jelata.

Usai khabar berita daripada sang penguasa, tirai acara segera dilabuhkan. Jelata pulang dengan penuh gembira dalam dada. Manakala persoalan jejambat dibiar sepi tanpa kata.

Dipihak sang penguasa pula segera dijamu dengan santapan yang tidak pernah dirasa oleh jelata. Mungkin saja keju yang dihidangkan kepada sang penguasa bertaraf $24 juta. Ya lah, penguasa...


***

Itulah gaya tikus sang penguasa. Pembangunan demi pembangunan dirangka dan dibina, namun tetap si tikus jelata hanya menghisap debunya.


Poli Tikus = Banyak Tikus

Tabiat tikus suka menggigit. Walaupun barang yang digigit bukanlah keju bahkan kayu, buku, dan baju turut digigitnya. Bukanlah itu kegemarannya, namun tikus ini menggigit hanya untuk menajamkan giginya agar mudah menikmati keju-keju yang terhidang enak nanti.




Selasa, 17 April 2012

syi'ir

Saya bukan seorang yang puitis. Jauh sekali menjadi seorang yang kreatif. Tapi memang itu minat saya, syi'ir, puisi, dan segala renda-renda huruf yang membentuk satu frasa yang unik.

Ahmad Shauqi, Ilya' Abi Madhi, Ibn Wardi, Mahmud Sami al-Baarudi, antara sasterawan Arab yang saya minat karyanya. Bukan lah saya kurang meminati sasterawan Nusantara, tapi mungkin disebabkan saya kurang pendedahan dengan puisi-puisi mereka. Mungkin yang saya kenal dan kagumi hanya dua; A. Samad Said dan Allahyarham WS Rendra.

oh, saya juga pelajar sastera Arab semasa di tingkatan 6. Mungkin sebab itu saya banyak terdedah dengan syi'ir2 Arab.

Tika ada rasa duka, syi'ir zaman Jahiliyyah lah  yang banyak memecahkan perut saya. Gaya bahasa, perumpamaannya yang melampau cukup membuat saya tergelak sakan. Contoh nak kasi gelak sama

لها جسم برغوث وساقا نعامة    #       ووجه كوجه القرد أو أقبح   

-baginya (si gadis) bertubuh kutu dan berkaki burung unta # 
                              dan raut wajahnya seperti wajah seekor kera malah lebih teruk daripada itu-  
(p/s: sila ambil pen dan kertas dan cuba lakarkan rupa si perempuan itu)


itu contoh bait sayi'ir seorang lelaki yang memuji cela kekasihnya.  Saya hafal, dan masih lekat di kepala sekali dengan gambarannya. Terukkan si lelaki tu memuji perempuan tu ?

Tika jiwa saya terasa kosong, syi'ir sodril Islam, Umaiyyah dan Abbasiyyah yang kembali membasahi jiwa

dan, Tika saya  rasa semangat ini luntur, syi'ir moden yang meniup kembali semangat juang

                إِذا مــا جــاءَه طُــلاَّبُ حَــقّ
 #             يقــول: عصابــةٌ خرجـوا وشَـقُّوا

 -kalau ia didatangi oleh pihak yang menuntut hak # 
                                                                 dikatanya (Perancis) puak yang menderhaka dan memberontak-


***


Pernah ketika di tingkatan 6 saya memasuki pertandingan Ilqa-u al-Syi'ri. Waktu itu, saya memilih syi'ir Ilya' Abi Madhi- Falsafatul Hayah untuk dilontarkan. Kenapa saya memilihnya? Kerana baitnya sangat terkesan kepada saya ketika itu. Tempoh itu lah yang sangat menguji kesabaran saya sepanjang berada di tingkatan 6. 


Saya ingin mengekspresikan perasaan saya, keadaan saya, jiwa saya yang kacau itu kepada sahabat-sahabat saya, tapi saya tak mampu untuk menghasilkan bait sendiri. Maka saya olahkan perasaan saya menerusi puisi Ilya'. Dan saya sampaikannya sewaktu dalam pertandingan tersebut dihadapan sahabat-sahabat saya yang ada :) 


...dan, Alhamdulillah, walaupun lontaran syi'ir saya kurang emosi *sebab malu*, saya tetap berada di tempat juara dalam pertandingan itu.  Komen juri, Ust Halim, saya banyak salah baris.wakakaka. Appara lu.


 وترى الشّوك في الورود ، وتعمى   #     أن ترى فوقها النّدى إكليلا

والذي نفسه بغير جمال    #    لا يرى في الوجود شيئا جميلا


-Kamu lihat onak duri sahaja pada bunga mawar, dan kamu langsung tidak melihat titisan embun bagaikan mahkota diatas kelopaknya-
-Tak hairan lah dengan sikap sedemikian, kerana orang yang jiwanya tiada rasa kecantikan, pasti tidak dapat melihat sesuatu yang indah di dunia ini-

 lihatlah pada cantiknya embun bak permata di atas kelopaknya, hiraukan duri-duri yang menghias tubuhnya



***
Maaf, carikan renda ini tak mampu ku hiasi dengan kalam salju puitis.
Aku bukan cendekia yang mampu menarik abjad menjadi jeda.
Aku juga bukan wewira yang teguh berjati penyelamat manusia.
Aku hanya sang gagak mencari laku suci agar digelar si putih di syurga
Akur...
-al-faqir, al-haqir, al-'aasi ilallah;  alghurobul abyadh

Isnin, 16 April 2012

parachute

Tiba-tiba orang suruh buat buku skrap utk DUN Tawang sempena program Anak Muda Kelate Bermaruah. Kerja yang sepatutnya pemuda DUN yang kena buat, ditolak kepada kami (saya, Bella, Kak Yu). Kenapa? sebab kami perempuan yang disimbolik sbg orang yang kreatif. Haha.


Saya diberitahu semalam, dan due date-nya Sabtu nih. Bagus kan? Nak merungut pun tak guna, terima dan berkhidmat dengan penuh dedikasi inshaAllah. Kerja mudah je pun (cewah). Padahal gembira sebab boleh usha senarai pengundi baru DUN Tawang. *gatal* Apa pun, terima je lah apa-apa hasilnya, kami kan kreatif, pandailah kami buat. Kan?


*DUN Jelawat, nak tiru korang punya boleh? HEHE Moga kemenangan milik DUN Tawang :) Ameen2