Gegendang telinga ini seperti diketuk dengan bunyi seakan-akan satu dengungan lebah. Aduh, Bingit!
Itulah dengungan suara wirid wanita yang sedang beriktikaf di dalam masjid. Wirid mereka amat berbeza! Ya, wirid selepas solat. Usai sahaja imam memberikan salam, terus kedengaran wirid yang dipenuhi dengan perkara dunia.
“assalamualaikum wbt… (salam dalam solat) eh, cantik labuchee telekungnya,” bisik seorang wanita kepada makmum di sebelahnya.
“Siapa ye imam tadi? Merdu sungguh!”
“Panas lah…”
“Bising aje budak-budak kat belakang tu kan?”
“telekung itu mahal harganya”
“Aduh, cepat sungguh imam tu rukuk. Tak sempat-sempat…”
“Ish, air-cond tak berfungsi ke ape ni?!”
Hey,hey,hey… perasan tak imam tengah wirid kat depan?!
“Tak pe, aku cakap slow je…”
Betul sangat la tu. Sini slow, sana slow, slow + slow = sellow! Sighah mubalaghah tu(ungkapan melampau). Tapi itu sighah yang berbentuk majaz yang memberi maksud berlawanan!. (selalunya diguna pakai oleh mesyarakat Kelantan)
Cth: berkata seorang ibu kepada 2 orabg anaknya yang sedang bergaduh:
“Gaduh lagi! Gaduh lagi! Biar lepas ni sama-sama nagis!”—provokasi untuk tujuan anak berhenti bergaduh.
Kalau semua orang berbual dengan nada yang perlahan, means… tak de maknanye… still bising.
Mana rasa hormat kita kat masjid?
Mengeraskan suara kerana berzikir, membaca al-Quran dan bercakap yang boleh MENGGANGGU ketenteraman orang yang sedang solat, hukumnya haram dalam pandangan Hanafiyah dan Hanabilah. Tapi, dibolehkan bercakap jika tidak mengganggu orang sedang solat seperti melakukan majlis ilmu.
Harus diberi perhatian, hukum yang digariskan oleh ulama’ itu menggunakan perkataan bercakap, bukan berbual. Its two different meanings. Kalian sendiri boleh bezakan bercakap dan berbual kan?
Biarlah sejahil mana pun kita, biarlah ada terpalit unsur taqwa dalam diri kita. Jika taqwa itu tercabut maka hilanglah perasaan takut untuk lakukan sesuatu. Walaupun berbuih mulut orang sekeliling menegur kesalahan kita, tapi still taknak berubah, itulah menandakan hati kita ni sudah keras. Tidak hairan jika kita mudah sakit hati dengan seseorang disebabkan hati kita terlalu keras dan perlu di‘hentam’ dahulu untuk melembutkannya kembali. ‘Hentaman’ itu menyakitkan!
La.. kenapa focus perempuan aje?
Sebab perempuan banyak mulut(haha). Kalau lelaki, jika dalam solatnya ternampak di hujung kain makmum di depannya cop kain berjenama mahal, tidak pula mereka usai sahaja solat terus berbisik dengan makmum di sebelahnya tentang hal dunia itu. Bukan nak bela lelaki, tapi, jika perempuan mula buka mulut, tak ingat dunia, haru….
“Oh, mungkin dunia akhir zaman,” cetus sahabatku
“Ataupun itu disebabkan kelemahan hawa?” pintasku.
“Erk..??”
Ringkas ku menjawab,”Wanita ni ada dua kelemahan, kelemahan dari sudut kurangnya akal, dan kurangnya agama,”
“means?!”
“Jangan salah faham, kurang akal bukan bermaksud bodoh atau terencat. Maksud di situ dari segi membuat keputusan tu kurang bernas, ataupun tidak berfikir secara matang. OK tak penggunaan istilah ni?”
“A’ah,” kedengaran ketawanya yang hampir pecah.
“Kalau kurang agama pulak, biasalah, perempuan memang lemah dalam bab tu…”
Bukan niat untuk merendahkan sang hawa, namun wanita ini mempunyai pelbagai masyaqqah samada dari segi keuzuran yang syar’ie, dari segi masa, dll. Tengok sahaja dari segi masa untuk taqarrub kepada Allah pun terbatas dek kerana masalah-masalah yang dihadapi wanita.
Wahai wanita, ingatlah kita kaum paling ramai menginap di Neraka Bay milik Allah… lengkap dengan pakej malaikat yang tolong bagi servis menghentam kita di sana, Nauzubillah.
Tinggalkan dosa besar dan jangan mengekali dosa kecil.
Suburkanlah perasaan malu dalam diri kita. Ingat, nabi pernah berpesan, Jika kamu tidak malu, maka lakukan apa yang kamu mahu.
Ingatlah, malu yang sebenarnya ialah malu yang didorong rasa iman kepada Allah. Malu untuk melakukan kebaikan itu adalah malu yang paling dilarang seperti malu menutup aurat, malu untuk melakukan ibadah kepada Allah(takut orang kata macam-macam), dan malu bertanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan