Baru sahaja tiba di rumah, usai menghadiri pertandingan seni khat yang dianjurkan oleh USM,KK. Memang hebat-hebat belaka saingan samada daripada peringkat sekolah mahupun IPTA/S! Masuk sahaja dewan Murni, first person yang di lihat kak Wahida ^o^v. Nampaknya bekas jaguh khat Maahad Muhammadi (P) pun turut serta!
…………………………
Kalau zaman Rasulullah dahulu, permulaan Era Islam, institusi syair-syair Arab mula jatuh dan masyarakat Mekah ketika itu lebih tertarik kepada mempelajari, menghafal dan menulis al-Quran itu sendiri. Kedatangan al-Quran ketika itu telah membawa satu revolusi ilmu kepada bangsa Quraish yang nyata-nyata buta huruf saat Jahiliahnya. Yang tercatat jumlah yang pandai menulis hanya lah 14 orang!
Ketika itulah pelbagai seni tulisan atau khat di cetuskan. Dan pengkomersialan tulisan khat meningkat ketika zaman Abbasiyyah yang mana syair-syair Arab mula mendapat tempat kembali. Saya pernah melihat tulisan asli bait-bait syair era Abbasiyyah. Memang tulisan mereka amat amat amat cantik! Subhanallah. (Lain pula dengan makhtutot pada helaian awal kitab-kitab ulama' terdahulu-itu tulisan nota ulama')
…………………………..
Sewaktu menuntut di Maahad Muhammadi (P) dahulu, saya sempat berguru dengan al-Fadhil Ust Rahim yang merupakan penulis khat kebangsaan. Tulisan beliau amat halus dan lembut. Memang diakui, tangan yang menulis ini memang keras. Kalau bahasa mudahnya, buta khat. Tapi betullah, “Ta’limul khatti makhfi bil ustaz”- mempelajari khat adalah tersembunyi di tangan ustaz. Asas mempelajari khat adalah mengetahui kaedah dan melihat cara guru menulisnya.
Wah! Berbunga rasanya bercakap tentang seni Islam yang stereotaip ni. Harap diri ini berpeluang mempelajarinya lagi.
p/s: sapa-sapa yang masih ada lagi buku panduan menulis khat yang YIK punya, mintak pinjam ye, saya punya yang masa form 2 dulu dah terkubur kat celah mana ntah. Rugi. Rugi. Rugi. Rugi… =.=’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan