Isnin, 14 Mac 2011

pemuda beraqidah teguh-the seven sleepers



Pintu bilik dikuak dan kelihatan kak ngah sedang membelek al-Quran di tangannya seraya berkata,

“Dah, nama kak ngah ada dalam quran(surah al-kahfi)”


Maka tercetuslah keinginanku menulis sedikit berkaitan surah al-Kahfi. Moga-moga sedikit sebanyak mampu memenuhi ruang hatiku yang kering ini ^o^v


Al-Kahfi dimulakan dengan ungkapan ‘alhamdulillah’. Berkatanya Wahbah az-Zuhaili, ada 5 surah yang di mulakan dengan ungkapan tersebut:

Al-Faatihah

Saba’

Al-An’am

Fatir

Al-Kahfi

Teringat kisah ashabul kahfi yang dirakamkan dalam surah tersebut bermula ayat 9-26

Memang dalam al-Quran banyak menyebut tentang ‘a

shab-ashab’ termasuklah ashabul fil, ashabul aikah, ashabus sabti, dan ashabul ukhdud. Allah mengenengahkan pelbagai cerita dalam al-Quran. Adakah al-Quran ni buku cerita?!

TAK…

Al-quran hual quran, yang mempunyai pelbagai perkara.


Imam Abu Hanifah pernah ditanya oleh seseorang tatkala beliau mengatakan bahawa al-Quran mempunyai segenap perkara. Maka datanglah seorang lelaki memprovokasinya dengan soalan cepu mas. Lelaki itu bertanya al-Imam cara membuat roti (ada ke patut =,=’).



Sengaja di ajukan untuk mem’prank’kan imam Abu Hanafi. Lalu al-Imam melintas jalan seraya bertanya kepada tukang pembuat roti tentang soalan yang diajukan oleh beliau sebentar tadi. Memdapat jawapan, al-Imam kembali kepada lelaki tersebut dan menjawab soalannya.


“ini tidak aci…kamu bukan mengambilnya daripada al_quran, tapi dari si pembuat roti”


“ya, memang saya mengambilnya dari al-Quran; ‘fas-al ahluz zikri in kuntum la ta’lamuun’(maka bertanya lah kepada orang yang pakar jika kamu tidak mengetahui sesuatu)”


Berbalik kepada kisah ashabul kahfi, kenapa al-Quran membawakan kisah ini?


Tidak lain adalah kerana untuk menghiburkan hati baginda, serta menjawab persoalan-persoalan yang diajukan kepada baginda. Ya lah, baginda tidak pernah menuntut di mana-mana university samada UIA,USIM ataupun Jami’ al-Azhar sekalipun, bahkan baginda hanya pernah keluar dari Makkah ketika usia baginda 12 tahun mengikuti rombongan berniaga bapa saudaranya. Walaupun rombongan tersebut pernah bertemu dengan seorang ahli kitab yang bernama Buhaira, namun, baginda tidak sempat bertemu dengannya. Hanya bapa saudaranya yang sempat berbual dengan Buhaira.


Walaupun begitu, nabi tidak juga menjawab persoalan yang diajukan baginda dengan segera. Ada juga baginda menjawabnya selepas penurunan wahyu yang menjawab persoalan yang diajukan, termasuklah tentang kisah ashaabul kahfi ini.


Mengapa surah ini diturunkan?


‘Utbah b Muit dan al-Nadr b Haris datang kepada masyarakat Quraish yang tekun mempelajari Islam dan mengikuti ajaran Nabi dengan berkata:


“wahai Quraish yang mendengar dan mengikuti Muhammad, sedangkan ia tidak tahu apa-apa. Aku yang mengetahui hal sebenar apa yang diperkatakan Muhammad”


Suatu hari, 2 orang telah dihantar oleh Quraish untuk berjumpa dengan seorang pendeta Yahudi (Rahbah) di Madinah untuk menanyakan apa yang patut ditanya kepada nabi Muhammad sebagai membuktikan baginda benar-benar utusan Allah.


Rahbah menyuruh 2 orang lelaki tersebut menanyakan baginda dengan 3 soalan iaitu tentang:

1. Fityah yang pernah lenyap dalam sejarah (ashabul kahfi)

2. Seorang lelaki yang mengelilingi dunia—ar-Rijalut Towwaf (Iskandar Zulkarnain)

3. Berkaitan Roh



Apabila mereka datang kepada baginda dan mengajukan soalan tersebut, baginda terus menjawab aku akan menjawabnya esok hari. Namun, Allah menegur tindakan baginda yang tidak menyebut inshaallah baginda akan menjawabnya esok hari, maka wahyu berkaitan persoalan tersebut tidak diturunkan keesokan harinya dan dikatakan sehingga malam ke 15, datanglah Jibril menyampaikan wahyu tersebut. [biasakanlah menyebut inshaaAllah, walaupun benda tersebut mungkin kita rasa dah konfem akan jadi]

Namun, niat mereka hanya untuk menguji nabi. Dan mereka tetap jua tidak beriman.

Bila kisah ashabul kahfi ini berlaku? Dan agama apakah yang dianuti mereka?

Dalam riwayat mengatakan, mereka adalah pengikut Nabi Isa a.s

Ulama’ berpendapat dalam tempoh98-117 M. mereka bangun dari tidur panjangnya antara 408-450 M (selama 309 tahun)

Bagi Ibn Kathir berpendapat, mereka menganut agama Yahudi. Namun mejoriti ulama; berpendapat bahawa mereka menganut agama Nasrani

Terdapat 2 pendapat tentang zaman yang pemuda-pemuda ini hidup samada pada zaman Malikul Jababirah yang bersifat zalim dan kasar, bernama Daqyunis

[ejaan Arabnya; dal-qaf-ya’-waw-nun-ya’-siin]

Manakala pendapat kedua mengatakan paada zaman Malikut Trojan yang menyembah berhala [ejaan Arabnya; ta’-ro’aliif-jiim-nun]

Bilangan pemuda yang tertidur dalam gua dikatan 5 orang, 7 orang, dan 9 orang. Saya pernah bertanyakan hal ini kepada ‘pak haji Google’ berkaitan bilangan pemuda tersebut, jawapannya seramai 7 orang. Wallaahu’alam.

Walaubagaimanapun, bilangan itu tidak penting, yang penting dan perlu dihighlight-kan ialah aqidah mereka, attitude mereka dalam mengharungi liku-liku sewaktu pemerintahan batil itu.

Kemana mereka melarikan diri?

Err.. saya kurang pasti tentang itu, dan mengambil keputusan untuk tidak menyatakannya. Mungkin di Amman, Jordan~ sila pastikan!

Yang pasti, mereka melarikan diri daripada di tangkap oleh tentera-tentera raja mereka kerana pemuda-pemuda tersebut enggan mengikut fahaman yang dipegang oleh raja mereka. Walaupun diancam dan ditekan dari segenap sudut, mereka tetap mempertahankan aqidah mereka. Dan lari daripada daerahnya demi menjaga iman mereka.


Dalam expedisi meelarikan diri, mereka diekori oleh seekor anjing yang bernama Qitmir.


Disebalik kisah ini , Allah ingin membuktikan kepada manusia bahawa Allah Maha Menghidupkan dan Mematikan. Lihat sahaja Allah menjaga mereka tatkala mereka sedang lena,

Dalam lena, mata mereka kadang terbuka, kadang rapat tertutup. Bayangkan jika mata mereka tertutup selama 309 tahun!! Pasti saraf-saraf mata dan segenap anggotanya lumpuh dan tidak berfungsi. Allah Maha Agung, Allah membalik-balikkan badan mereka supaya tidak dimakan tanah, untuk memberi oksigen pada kulit mereka. Seperkara lagi membuktikan kekuasaan Allah, secara logiknya, dalam masa 309 tahun, tidak adakah sesiapa yang menjumpai mereka?!

Namun, kekuasaan Allah menandingi batasan fikiran. Tiada siapa yang menjumpai mereka dalam tempoh tersebut. Bahkan mereka bangkit dari lena dengan keadaan yang sihat. Tanpa sengal-sengal badan dan sakit kepala akibat tidur terlampau panjang.

Maka bertanya salah seorang daripada mereka, berapa lamakah kita tertidur disini?


Jawab sahabatnya,


“ish, lebih kurang sehari atau satu setengah hari kot”


Ini semua karamah yang diberikan Allah kepada mereka , orang yang teguh beriman kepada Allah.

Apabiila perut masing-masing berkeroncong, maka salah seorang keluar mencari / membeli makanan sebagai asas kepada perut. Tiba sahaja di pekan, usai membeli makanan, beliau menghulurkan wang yang dimilikinya. Tertanyata ketika itu zaman sudah berubah dan pemerintah ketika itu ialah pemerinta yang mentauhidkan Allah.

Si penjual merasa hairan dengan nilai wang yang diserahkan pemuda tersebut yang mana merupakan syiling ketika ratusan tahun yang lampau! Maka pemuda tersebut disyaki telah menjumpai harta karun dan memilikinya. Oleh itu, pemuda-pemuda tersebut ditangkap menghadap raja dan menceritakan hal sebenarnya. Maha Suci Allah, akhirnya, usai menceritakan perkara yang pernah dilalui mereka, lalu, Allah mematikan mereka. Dan kisah mereka menjadi ibrah kepada mereka yang berada di zaman tersebut sehinggalah hari pembalasan kelak.


p/s: jika ada kelemahan tentang kisah ini yang ditulis ini, atau mungkin fakta yang dikumpul ini bercanggah dengan cerita sebenar, mohon tegur ya! Walaubagaimanapun, khilaf itu suatu rahmat kerana mendorong kita untuk mengkaji sesuatu fakta dengan lebih tekun ^o^/


Wallahualam.

1 ulasan: