Jumaat, 18 Mac 2011

aku penat dengan tamrin!

Assalamualaikum wbt,

ya, memang penat dengan tamrin.

penat habiskan duit.

penat habiskan tenaga.

penat kejar masa.

penat dengan kerenah peserta.

penat nak folow up budak-budak.
penat....

TAPI belum puas!!!
selagi terhidu bau darah muslim di bumi Allah ni.(kuatkan kami ya Allah)


Penghuni syurga bertanya kepada penghuni neraka yang bersalah,

"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam Neraka?"

penghuni Neraka menjawab,

"Semasa kami berada di dunia dahulu kami tidak menunaikan sembahyang yang diwajibkan,

kami tidak menyembah Allah bersama orang-orang mukmin yang sembahyang,

dan kami tidak membuat baik kepada makhluk ciptaan Allah sejenis dengan kami,

kami tidak memberi makan kepada fakir miskin yg sangat memerlukan bantuan, dimana menjadi kewajipan kami memberi

dan kami dahulu bercampur gaul dgn golongan yg batil di dalam kebatilan mereka,

setiap kali mereka jatuh ke lembah kesesatan maka kami turut jatuh sama,

atau kami bercakap apa yg kami tidak tahu,

atau kami memperkatakan perkara yg salah bersama-sama orang yang memperkatakannya mengenai Nabi Muhammad s.a.w iaitu perkara yg mengatakan bahawa Nabi Muhammad itu pembohong, tukang sihir, ahli syair,

dan kami dahulu orang yg tidak mempercayai hari akhirat sehinggalah kami menemui maut dan menemui permulaan -permulaan mati.

empat jenis sifat inilah telah menjadi kebiasaan kami sepanjang hidup di dunia dahulu:

  1. meninggalkan solat
  2. tidak mengeluarkan zakat
  3. memperkatakan perkara yg salah
  4. keingkaran terhadap hari kebangkitan, hari hisab dan hari pembalasan
-tafsir al-Munir surah al-Mudathir, 42-47: Dr. Wahbah al-Zuhaili



April, Kem solat.
huh, asyik buat aje. Tapi budak still cilok dalam solat. penat...


ape yang salah?
sebab buat tamrin semata-mata nak ajar budak solat.
ya baguss!


habis tu apa guna pendidikan Islam kat sekolah?

......
err...
no wonder-lah kita asyik dapat A++ dalam subjek pen. Islam. tapi solat asyik cilok. hailaa


cuba sekali kita buat program solat sebab kita nak biar manusia sekarang termasuk kita rasa pentingnya solat, besarnya ibadah solat tu, tingginya martabat solat, dan gerun nak tinggalkan solat.

"Pokok segala urusan Islam, tiang agama Islam ialah sembahyang dan puncak ketinggian Islam ialah berjihad di jalan Allah"



tapi macam mana?

hmmm....


p/s: mintak tolong kami ye!





1 ulasan:

  1. Kata Ustaz Syairozi Atiqullah, "Usah ditanya dan diminta peruntukan atau kelengkapan tambahan, tapi tanyakan pada diri sendiri, apakah diri ini mencukupi syarat2 layak untuk mendapat kemenangan."

    Kata Ustaz Saizol Ismail, "Pernahkah sebelum program, kita bangkit solat hajat dan taubat, mohon pada Allah supaya dibuka pintu hati adik2 untuk menerima apa yang cuba kita sampaikan."

    Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, "Air berkarat keluar daripada paip, bukan kerana air itu daripada sumber yang berkarat. Bahkan, kerana ia telah melalui paip yang panjang dan 'mengutip' karat2 sepanjang 'perjalanannya'.

    Begitulah jua, Solat, Islam, al-Quran dan Sunnah, semuanya suci dan mulia, namun apabila melalui diri kita yang penuh 'karat', ia turut terkena 'tempiasnya'.

    Bagus, jadilah Serikandi mulia, hadirnya membawa cahaya dalam kehidupan manusia di sampingnya. Bukan hanya kerana wajahnya yang mulus, bahkan hatinya yang tulus.

    Selamat berjuang sahabat!

    BalasPadam