TANBIH MINNI MINKUM
Apa ae nak buat? Lantas ku capai sebuah buku di hadapanku.Terpampang pada helaiannya rintihan-rintihan As-Syaheed Sheikh Ahmad Yasin, pengasas Kumpulan HAMAS.
“Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berrlaku sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah… tiada satu pun (dalam kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisyaratkan perang ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan yang mulia yang dianiaya dan dizalimi kepada pembunuh, penjenayah, dan pengganas… (tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh Allah) yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kita?”
“Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar keatas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh , bukan mati membelakang (dalam keadaan melarikan diri) dan akan mati bersama-sama kami anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua, dan pemuda-pemuda”
“dan kami berharap kapada kalian supaya JANGAN MENJADI MUSUH yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, JANGAN MENJADI MUSUH kepada kami, wahai pemimpin-pemimpin umat, wahai bangsa-bangsa umat ini”
“Ya Allah, kami mengadu kepada Mu.. kami mengadu kepadaMu.. kami mengadu kepadaMu..kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami? Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami? Atau kepada musuh-musuh yang berkuasa keatas kami?”
“Ya Allah, kami mengadu kapada Mu berpecahnya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya jalan kami, terbelakangnya kami”
“Ya Allah, kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tak bermayanya umat di sekeliling kami, dan betapa berjayanya musuh-musuh kami…”
…tap…
Jatuhnya titik jernih membasahi helaian buku ku. Lantas ku kesatnya dengan belakang tanganku.
Ehh, nape ae aku nagis? Adakah terharunya rintihan As-Syaheed? Atau rasa bersalah dalam diri atau sekadar menemplak diri ini kerana terlalu lena tidur sepanjang hidup ini?
Sekadar berdoa dan status ‘wanita’;kaum yang lemah sebagai alasan untuk tidak membantu mereka di sana? Bersungguhkah aku berdoa untuk saudara aku? Atau lebih layak sebagai orang yang berjuang untuk membenarkan aku terus bernafas di bumi sehingga hari ini?
Tubnaa ilallah…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan