Jumaat, 11 Februari 2011

Falsafah Biri-biri

Assalamualaikum wbt,


'Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang biri-biri mengembek'

"Untuk mendakwah biri-biri, kita mestilah menjadi biri-biri dahulu. Kalau kita datang dalam bentuk serigala, pasti biri-biri akan lari"- Pendapat ini pernah diutarakan kepadaku suatu ketika dahulu.

"Tak perlu menjadi biri-biri, nanti sama-sama hanyut dengan dunianya. Jadilah pengembala biri-biri yang akan membimbing biri-biri supaya tidak terkeluar daripada ladangnya,"

Dan pengembala tetap juga berbau seperti biri-biri, walaupun dia bukan biri-biri.

Nabi pernah berpesan, "Berbicaralah dengan seseorang mengikut kadar pemikirannya" Nabi tidak pula berpesan supayamengikut cara mereka.

Seorang penceramah yang bijak, yang ingin menyampaikan kuliahnya di sebuah surau kecil di kampung, beliau tidak menggunakan bahasa falsafah yang tinggi, namun digunakan method berdasarkan norma penduduk di situ. Al-hasilnya, kuliah yang disampaikan, terkesan di hati penduduk kampung itu. Tidak pula beliau mengubah dirinya, namun sekadar mengubah cara penyampaiannya sahaja.

Begitu juga dengan al-Imam al-Ghazali yangmembencikan ilmu falsafah terutama ilmu mantik. Namun hakikatnya, beliau adalah seorang ahli falsafah! Sehingga beliau mengeluarkan pendapat bahawa mempelajari ilmu mantik adalah harus dan berkata, "Sesiapa yang tiada pengetahuan tentang ilmu mantik, ilmunya tidak boleh dipercayai,"

Jadi, mengapa seorang yang membenci ilmu falsafah, merupakan ahli falsafah?

Ya, memang ulama' berselisih pendapat mengenai hukum mempelajari ilmu mantik. Namun, majoriti ulama' berpendapat bahawa hukum mempelajari ilmu mantik ini adalah fardhu kifayah. Ini kerana ilmu mantik berperanan menolak syubhat golongan multahid, athies, ataupun anti-agama.

Maka tujuan al-Imam menguasai ilmu tersebut tidak lain kerana ingin mematahkan hujah golongan falsafah lain yang menggunakan akal sepenuhnya dalam perkara agama terutama aqidah. Beliau juga menggunakan ilmu mantik sebagai salah satu cara pembahasan ilmu yang boleh membawa manusia kepada keyakinan terhadap sesuatu perkara.

[Sebab itulah hubungan akal dan wahyu adalah saling melengkapi. Jika diperhatikan dalam kitab-kitab tauhid, selain mengutarakan hujjah daripada al-Quran dan al-Hadith, turut diketengahkan hujjah aqliah memandangkan fitrah manusia akan berfikir menggunakan akal pada asasnya.]

Maka bagaimana pula dengan kita da'ie pasca moden ini? Jangan lah pula da'ie ini dikatagorikan sebagai ortodoks. Islam itu fleksibel tapi Islam itu juga tetap dengan konsepnya.

Tidak salah untuk hangout bersama 'mereka', asalkan hangout itu memberi faedah kepada 'mereka' dan diri sendiri. Agen 'kekreatifan' amat diperlukan oleh da'ie!

si A: kenapa pakai inner dalam telekung?(telekung solat) Tak panas ke?
si B: Oh, telekung saya berwarna putih, takut nampak leher. Nanti tak sah pula solat kalau ternampak aurat.

-Hakikatnya, telekung untuk solat biasanya semua berwarna putih. Si B tidak menegur si A dengan mengatakan telekung si A menampakkan lehernya(auratnya). Malah Si B mengajak si A menggunakan akal untuk berfikir.-


Boleh saya rumuskan disini, dalam mengajak 'mereka ke arah mengamalkan cara hidup Islam, bukanlah sekadar mengaajaknya mengikuti ceramah dan kuliah semata-mata, namum pelbagaikanlah cara kita menyampaikan sesuatu kepada 'mereka'.






"Jangan salahkan cara Islam dakwah kita tidak membuahkan hasil, tapi salahkan method kita sendiri"



wallahua'alam.


1 ulasan:

  1. saya sangat setuju dan menyokong apa yg diutarakan, Janganlah menyalahkan makanan apabila kita sakit perut keracunan makanan tetapi salahkan diri sendiri yg TIDAK berhati2 untuk makan....tQ

    BalasPadam