Selasa, 15 Mei 2012

B S U R

Be As You Are, jadi sebagaimana diri anda!

itu yang selalu diperkatakan. saya tidak pasti sama ada sama memahami atau tidak frasa tersebut. Tapi apa yang saya fikir apabila orang berkata sedemikian kepada saya, saya akan terlintas, 'ok, aku give up'.

Jadi diri sendiri, merujuk kepada - jadi ikut aku suka. Itu yang saya faham.

Contoh paling ringan, saya jenis suka bertepuk tampar dgn mereka yang sebulu, memang tak manis bagi perempuan buat adegan sebegitu. Jadi saya cuba kawal diri saya untuk menjadi galak apabila bersama kawan. Suatu yang susah nk kawal sebenarnya. Apabila datang seseorang yang memberikan saya frasa tersebut, saya akan kata, 'ok, aku takkan cover dah perangai aku tu'. Ya lah, nak jadi diri sendiri kann.


Lagi contoh, saya sedang berusaha menelaah perkara yang berkaitan keadilan sosial masyarakat. Gigih (lah sangat) saya mencari bahan-bahan yang berkaitan perkara tersebut. Jika ke perpustakaan dan kedai buku pun, saya akan mencari buku-buku sedemikian dan berkaitan sahaja. Padahal semua sudah maklum saya suka layan komik manga dan anime dahulu. Malah rak komik-komik manga, saya sudah kurang singgah. Apabila geng manga saya bercerita tentang anime atau komik yang menarik, saya terkaku.  Dan, apabila berlaku situasi kaku-mungkaku ni, mereka sudah mula tidak syok untuk berbual tentang itu dengan saya :'(

Sekali lagi mereka kata, jadi sendiri lah. Saya pun, 'ok, aku pun dah letih pura-pura tak berminat dengan kartun-kartun nih'


Satu lagi, seorang kawan yang saya kagum itu hebat dalam berdebat. Pemidato yang hebat! Saya pun mahu menjadi sepertinya juga. Namun niat itu terbatal apabila kawan saya kata, jadi diri sendiri lah. Dan... saya pun kata, 'okkeyyy...'




Apa yang saya faham tentang 'jadi diri sendiri' ni, adalah berdasarkan situasi yang saya selalu hadapi. Mungkin orang lain mempunyai pemahaman tersendiri mengenai frasa tersebut. Saya tahu, pemahaman saya tentang frasa tersebut- jadi diri sendiri = jadi ikut aku suka- itu salah, tapi, itulah yang saya akan fikir apabila orang memberikan ayat itu kepada saya.


saya fikir, jika saya mahu jadi diri saya sendiri, bermakna saya perlu menjadi sopan dan tak semestinya saya tak boleh bertepuk tampar dan galak dengan kawan. Saya akan terus mencari input-input berkaitan keadilan sosial tapi saya tak perlu tinggalkan anime dan komik saya. Saya akan belajar menjadi seorang public speaker walaupun itu perkara yang sukar bagi saya.


Sebab bagi saya, frasa yang terbaik untuk diberikan kepada saya dan orang lain ialah, bersyukur dengan siapa kita dan jadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Malah benda ini habibunal mustofa Rasulullah s.a.w sendiri yang  mengajarkannya kepada kita. :)


***
Jadi lah diri anda! Untuk menjadi diri sendiri mestilah kena tahu siapa diri kita, fundamental kita sendiri. Baru lah boleh jadi diri sendiri. ye dok?


#How To Be Yourself

Tiada ulasan:

Catat Ulasan