Sabtu, 19 Mei 2012

vacuum

Otak serabut kebelakangan ni. Mahu vakum kan saja otak. Tapi jika divakum, bimbang benda lain seperti semak samun mengambil tempat pula.



Jiwa kacau! Solusinya,

"Ketahuilah, dengan ingat kepada Allah menenangkan hati" 

*
*
*


Izinkan saya menjadi seorang yang ignorant seketika? Cuma seketika.





***


Memang susah ye kat Kelantan ni nk dapatkan buku-buku sastera lama? SMO, POPULAR, Pustaka Darul Naim, Pustaka Johan, Kedai Buku Bonggol, Jaafar Rawas semua tiada rak buku karangan beliau*. Usahkan rak, kelibat bukunya pun tiada. Harapkan Pustaka Darul Naim okey-lah sikit (tapi harga di sana langsung tiada potongan walaupun buku tersebut sudah diratah oleh silver fish)

Penat, penat....


*Beliau, Buya Hamka, Di Bawah Lindungan Kaabah

Selasa, 15 Mei 2012

B S U R

Be As You Are, jadi sebagaimana diri anda!

itu yang selalu diperkatakan. saya tidak pasti sama ada sama memahami atau tidak frasa tersebut. Tapi apa yang saya fikir apabila orang berkata sedemikian kepada saya, saya akan terlintas, 'ok, aku give up'.

Jadi diri sendiri, merujuk kepada - jadi ikut aku suka. Itu yang saya faham.

Contoh paling ringan, saya jenis suka bertepuk tampar dgn mereka yang sebulu, memang tak manis bagi perempuan buat adegan sebegitu. Jadi saya cuba kawal diri saya untuk menjadi galak apabila bersama kawan. Suatu yang susah nk kawal sebenarnya. Apabila datang seseorang yang memberikan saya frasa tersebut, saya akan kata, 'ok, aku takkan cover dah perangai aku tu'. Ya lah, nak jadi diri sendiri kann.


Lagi contoh, saya sedang berusaha menelaah perkara yang berkaitan keadilan sosial masyarakat. Gigih (lah sangat) saya mencari bahan-bahan yang berkaitan perkara tersebut. Jika ke perpustakaan dan kedai buku pun, saya akan mencari buku-buku sedemikian dan berkaitan sahaja. Padahal semua sudah maklum saya suka layan komik manga dan anime dahulu. Malah rak komik-komik manga, saya sudah kurang singgah. Apabila geng manga saya bercerita tentang anime atau komik yang menarik, saya terkaku.  Dan, apabila berlaku situasi kaku-mungkaku ni, mereka sudah mula tidak syok untuk berbual tentang itu dengan saya :'(

Sekali lagi mereka kata, jadi sendiri lah. Saya pun, 'ok, aku pun dah letih pura-pura tak berminat dengan kartun-kartun nih'


Satu lagi, seorang kawan yang saya kagum itu hebat dalam berdebat. Pemidato yang hebat! Saya pun mahu menjadi sepertinya juga. Namun niat itu terbatal apabila kawan saya kata, jadi diri sendiri lah. Dan... saya pun kata, 'okkeyyy...'




Apa yang saya faham tentang 'jadi diri sendiri' ni, adalah berdasarkan situasi yang saya selalu hadapi. Mungkin orang lain mempunyai pemahaman tersendiri mengenai frasa tersebut. Saya tahu, pemahaman saya tentang frasa tersebut- jadi diri sendiri = jadi ikut aku suka- itu salah, tapi, itulah yang saya akan fikir apabila orang memberikan ayat itu kepada saya.


saya fikir, jika saya mahu jadi diri saya sendiri, bermakna saya perlu menjadi sopan dan tak semestinya saya tak boleh bertepuk tampar dan galak dengan kawan. Saya akan terus mencari input-input berkaitan keadilan sosial tapi saya tak perlu tinggalkan anime dan komik saya. Saya akan belajar menjadi seorang public speaker walaupun itu perkara yang sukar bagi saya.


Sebab bagi saya, frasa yang terbaik untuk diberikan kepada saya dan orang lain ialah, bersyukur dengan siapa kita dan jadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Malah benda ini habibunal mustofa Rasulullah s.a.w sendiri yang  mengajarkannya kepada kita. :)


***
Jadi lah diri anda! Untuk menjadi diri sendiri mestilah kena tahu siapa diri kita, fundamental kita sendiri. Baru lah boleh jadi diri sendiri. ye dok?


#How To Be Yourself

Jumaat, 11 Mei 2012

kita yang tertipu dan di tipu

sebenarnya, kita banyak tertipu dgn kehidupan kita. 

Harta menipu kita sehingga kita mencarinya sampai kita lupakan ibadat pada Allah


Kita tertipu dengan orang sekeliling kita sampai kita lupakan akhirat.


Ahli ilmu tertipu dgn ilmunya sehingga merasakan dia adalah orang yang alim lalu merasa ujub dgn ibadatnya


Ahli ibadat tertipu dgn ibadatnya lalu riak dalam ibadatnya


Orang kaya tertipu dgn sifat dermawannya yang akhirnya amalan itu semuanya binasa



Orang yang selamat dari tipu daya adalah mereka yang merasakan tiada memiliki apa-apa, yang ada, hanya Allah


Wahai diri yang jahil, cukuplah dgn kejahilanmu ditipu dgn kehidupanmu yg sia-sia


Tiada yang alim, kaya, hebat, kecuali Allah swt


-wama taufiiqi illa billah 



Selasa, 8 Mei 2012

inconsolable

berkata seorang penyair,

tanyakan kepada dirimu
apakah air mata
dapat mengembalikan hal yang telah hilang?


***


perasaan teruja pulang ke rumah sudah pun menjadi yang sebaliknya. hanya dengan menekan tikus berwayar ini pada opsyen 'log in' facebook. Newsfeed yang teratas dan semestinya yang pertama dilihat itu telah menjatuhkan air mata yang murah ini.

Baru beberapa bulan dia pergi merantau ke Kuala Lumpur utk jadi pekerja sambilan di sebuah hypermarket di sana. Baruuu sahaja. Sekarang, dia sudah berani memuat naik gambarnya yang tidak sempurna tapi teramat cantik. Memang cantik *sejujurnya*. Tambah pula dia memang cantik orangnya. Allah Allah...

Apapun yang terjadi,
Ku kan selalu ada utk mu
Jangan lah kau bersedih
'cuz everything gonna be ok

Bait lagu itu selalu dia bisikkan ke telinga saya. Terutama semasa tempoh peperiksaan STPM tahun lepas. Dan, sudah pastinya, beliau lah juga yang mengajak saya nyanyikan bait itu kuat-kuat dalam bilik air sambil menangis sebab kecewa dengan Sejarah kertas 2 dulu.

Beliau juga yang memaksa kami *saya dan rakan2 se-dorm* minum necafe pekat buatannya utk stay-up malam tu sebab kami perlu habiskan muzakarah usul fiqh segera.

Beliau juga....

hmm, biar lah.

Beliau sangat bercita-cita ingin sambung belajar di USIM, dan saya amat menginginkan ia ke sana.

Dear you, cepatlah balik sini. Saya mahu jumpa kamu. Satu perkara yang saya tak mahu ianya berubah, saya mahu sayangkan kamu walau siapapun kamu.


kata Shafida,

"Sahabat itu, boleh jadi dialah yang menjadi asbab kita ke syurga dan boleh jadi dia lah juga akan mengheret kita ke neraka,"


***

Iman dan Uwais, mereka sepupu. abam; Naufal, dah nak lari dah kat belakang tu =.=