Jumaat, 15 Julai 2011

so sial


bismillah wassolatu wassalam li rasulillah,

awat banyak sangat sesawang kat sini? Bella a.k.a Nur Chinta always with her words- "Dah, jangan lupa update blog!". Namun, kemalasan mengganggu-gugat hajat yang kian lama tersimpan di dalam hati ini.


petang tadi, sempat juga study pengajian am. Siap lah jugak satu karangan laras sastera tentang satu isu yang masih tiada penghujung-masalah eksploitasi wanita. Apa tu? Wanita dijadikan objek tempelan kepada mana-mana produk atau iklan utk meraih keuntungan, keghairahan, dan tidak terlampau saya katakan utk melonjakkan nafsu orang yang melihatnya.


Tengok sendiri iklan perfume axe, seorang lelaki yang memakai perfume tersebut menghampiri sebuah kaunter utk membeli makanan. Lantas si wanita yang berada di kaunter tersebut terhidu wangian yang menghairahkannya utk menggoda si lelaki tersebut dengan meninggalkan nombor telefonnya kepada lelaki tersebut. tak cukup dengan itu, siap memberi isyarat lagi kearah lelaki tersebut utk menghubunginya.

-gambar hiasan-

Itukah peranan wanita yang telah propagandakan oleh pihak berikut? Hina nya!


"hei...tak payah la
bimbang. Kita kan ada pembelanya,"

"Pewujudan sebuah Kementerian yang lengkap menggambarkan komitmen Kerajaan yang tinggi untuk meningkatkan martabat wanita di negara ini"- Dokumen Landasan Tindakan Kem. Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Jadi, rasa terbela kah? Kenapa wanita yang bertanggungjawab dalam kementerian tersebut tidak bangkit suarakan hak wanita yang telah dieksploitasi ini? Atau selendang di kepala itu terlalu berat sehinggakan mereka terduduk sepi? Jika pihak yang membangkang bangun, kata mereka ni suka membangkang. Allah...

Raja'na ilallah


Masih banyak kes eksploitasi yang melibatkan wanita spt model iklan, artis, promoter, umbrella girl, ringcard girl dan banyak lagi jika ingin menyebutnya.

Samakah kita dengan Jahiliah?


Dahulu: Laki-laki melihat kepada perempuan sebagai pembangkit syahwat dan perempuan itu syaitan dan kotor

Sekarang: wanita boleh jadi model kereta. Dengan syarat pakai seksi-seksi

Dahulu: Penguburan hidup-hidup bayi perempuan

Sekarang: pembuangan hidup-hidup bayi tak kira lelaki atau perempuan *pembuangan lebih dahsyat berbanding penguburan

Dahulu:perempuan dianggap hamba lelaki dan sebagai barang dagangan murah yang dapat dipergunakan sebagaimana dikehendaki

Sekarang: dari satu sudut- designer dan ahli kecantikan rata-rata terdiri daripada kaum lelaki. Mereka yg menentukan mode pakaian yang menarik dan jenis kosmetik yg sesuai diperagakan oleh wanita. Maka berusahalah wanita itu sekalian utk
memenuhi citarasa lelaki bukan mahramnya itu....
*tidak termasuk dalam konteks hak suami terhadap isteri


-German World Designer-

Dahulu:Wanita setaraf dengan pelayan

Sekarang: Siap ada kelab isteri taat lagi.hehe..


Apa yang Islam ajar?

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu. Hanya kepada-Ku lah kamu akan kembali.” (QS. Luqman: 14)


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kalian istri-istri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan menjadikan rasa kasih dan sayang di antara kalian.” (QS. Ar-Rum: 21)




Barat, mengatakan bahawa mereka yang mengangkat martabat wanita dan mengaku memberi hak kebebasan kepada wani
ta. Namun, tektik silent killer-nya itu menyebabkan kita tidak menyedari bahawa mereka sedang menjerumuskan wanita kedalam kehinaan. Buktinya, dikatakan bahawa seksi itu subjektif.


Subjektif?


Subjektif??


Subjektif???


Tak puas fikir di buatnya apa itu subjektif


"eh, seksi lah kau,"

"well hello, seksi itu subjektif ok. Pandai-pandai nak cakap kita ni seksi. Aku tutup ape..."



pelik....dah tutup masih lagi orang consider dia tu seksi. Apa seksi sebenarnya?


"dan dirikanlah solat kerana dengannya mampu mencegah perkara fahsya' dan munkar,"
-al ankabut:45


apa itu fahsya'?

Fahsya': apa-apa bentuk maksiat atau dosa yang berbentuk seksual. Natijahnya, seksi itu adalah fahsya'.


Melunakkan suara, melenggokkan badan, menarik perhatian, dan patah lagi membuka aurat, itu semua adalah dalam kategori seksi ataupun fahsya'. Asasnya ialah membelai nafsu tanpa dipadukan dengan iman yang cekal.

Jalan keluarnya ialah berusahalah menghadirkan seluruh jiwa dan anggota ke dalam solat, dan perbanyakkanlah puasa sunat =)



sabda nabi:

"Sesungguhnya puasa itu memotong syahwat, dan memotong kejahatan air mani, sebagaimana perisai berfungsi,"-al-Nawawi


"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan fahsya' dan munkar."


p/s: berehatlah dengan solat bukan berehat daripada solat, chill! :)

p/s: maaf, saya bukan pakar dalam menulis!

ya sattar, ustur 'uyubana...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan