baru sahaja selesai menonton filem 'Aku Masih Dara'... Honestly talk, agak malu tengok filem tu. Malu kat Allah terutamanya, malu kat diri sendiri, malu kat ummah, malu katAshraf Muslim yang dah hijrah ke arah lebih baik ^o^ (semoga Allah sentiasa hadiahkan hidayah kepada beliau dan kita semua!)http://allgreenislamic.blogspot.com/2011/01/ashraf-muslim-kini-pengamal-perubatan.html " , dan malu dengan ummat Islam sedunia.
walaubagaimanapun, penghujung cerita tersebut melakarkan perubahan Sofia (Raja Farah) kearah menuju cinta Allah. Tulisan ini bukan mahu mengulas tentang cerita tersebut, tapi diri ini agak tertarik dengan perubahan Sofia yang memakai tudung. Terfikir, 'Sekarang memang ramai artis pakai tudung,' Moga mereka terus diberikan hidayah ^___^
Tudung...
Hijab...
Modest...
Jilbab...
“…Dan hendaklah mereka wanita beriman menutup kain tudung mereka ke paras dada…”
-an-Nur:31
Dalam hadis riwayat Aisyah r.a, bahawasanya Asma binti Abu Bakar masuk menemui Rasulullah dengan pakaian yang agak nipis. Lantas Rasululullah SAW berpaling darinya (Asma) dan berkata, “Wahai Asma, sesungguhnya jika seseorang wanita sudah mencapai usia haidh, maka tidak ada yang layak terlihat kecuali ini,” sambil Baginda SAW menunjukkan muka dan telapak tangan.-HR Daud & Baihaqi
Apa yang dimaksudkan dalam hadis tersebut:
1. Kewajipan menutup seluruh tubuh wanita kecuali wajah dan tangan
2. Pakaian yang nipis adalah tidak memenuhi syarat menutup aurat. Kerana pakaian sebegitu boleh menampakkan susuk tubuh seorang wanita. Maka, samalah juga halnya dengan pakaian yang ketat ataupun sendat dan sewaktu dengannya…
cun habis, tapi ini dipanggil membungkus. Harap maklum.
"Dik, tak panas ke pakai tudung besar-besar?"
Aku pernah diajukan soalan tersebut oleh seorang casher 7Eleven, stesen bas KB.
Mula-mula memang teragak-agak mahu menjawab. Diam.
"Tak"
Dalam masa yang sama,dia mula memegang tudungku. "Kain tebal ni...selesa ke?"
'Hei...got aircond-laa,' mahu aje aku berkata begitu.
Senyum. "OK je. siap bangga lagi," sempat aku mengangkat dua belah kening kearahnya.
terlepas ketawa casher tersebut. "Sebenarnya kan, kenapa pakai yang labuh-labuh? yang ni pun kita tutup aurat jugak kan?" dia mengisyaratkan tudung bawalnya.
"kalau akak diberi pilihan dua buah handphone. satu handphon i-phone 3G apple, satu lagi i-phone 3G GSM punya. Masing-masing berharga katakan RM 400. Mana satu akak pilih? kalau saya, mesti ambil yang ori. Mesti nak yang terbaik kan? samalah dengan konsep tutup aurat. Alang-alang kita nak tutup aurat tu biarlah dengan cara yang sempurna, seiring dengan apa yang Allah wajibkan, ye tak?" dalam hati tidak putus istighfar takut-takut cara aku boleh memburukkan lagi keadaan.
"tanya je dik," jawabnya sedikit menjungkitkan bahunya. Aku sekadar senyum sambil meninggalkan ucapan salam dan bersiap sedia ingin melangkah keluar dari kedai itu. Memang terasa janggal.
Sayup-sayup di belakangku kedengaran "terima kasih,"
Aku hanya mengangguk dibalik pintu kaca kedainya.
Menuju ke perhentian bas, duduk sambil mengerling kearah bas-bas yang tiba.
'Ish, asap!! agak-agakla nak merokok pun. pergi jauh-jauh!' itu hanya monolog hatiku sahaja.
Segera ku membelakangi lelaki yang mulutnya dipenuhi asap..
Angin sempoi-sempoi bahasa. Dan angin itu memang berkeadaan sempoi yang penuh dengan debu-debu,asap bas dan asap rokok (huh).
-Bas 23(laluan ku) sudah menampakkan dirinya-
Letih. Seperti biasa, tiba masa untuk beradu diatas bas. Tudung terus dibetulkan, dan....
'kurang hensem punya orang!!!'
Apa yang tersirat dalam hati, tuhan yang tahu. Geram! Habis ekor tudungku tumbuh bunga-bunga bulat akibat dibakar dengan rokok. Rupa-rupanya, sambil lelaki tadi memakan asap rokoknya, sempat dia menyuakan batang rokoknya kearah tudungku. Bukan satu! banyak!
Istighfar banyak-banyak. Oh, tudung...
Memang hari tersebut adalah hari menguji diri ini dengan tudung...
What goes through your mind?
As you sit there looking at me
Well I can tell from your looks
That you think I'm so oppressed
But I don't need for you to liberate me
My head is not bare
And you can't see my covered hair
So you sit there and you stare
And you judge me with your glare
You're sure I'm in despair
But are you not aware
Under this scarf that I wear
I have feelings, and I do care
So don't you see?
That I'm truly free
This piece of scarf on me
I wear so proudly
To preserve my dignity...
My modesty
My integrity
So don't judge me
Open your eyes and see...
“Why can't you just accept me?” she says
“Why can't I just be me?” she says
Time and time again
You speak of democracy
Yet you rob me of my liberty
All I want is equality
Why can't you just let me be free?
For you I sing this song
My sister, may you always be strong
From you I've learnt so much
How you suffer so much
Yet you forgive those who laugh at you
You walk with no fear
Through the insults you hear
Your wish so sincere
That they'd understand you
But before you walk away
This time you turn and say:
But don't you see?
That I'm truly free
This piece of scarf on me
I wear so proudly
To preserve my dignity
My modesty
My integrity
So let me be
She says with a smile
I'm the one who's free
-Free, by Sami Yusuf
http://www.youtube.com/watch?v=rGnBUR4Er3M