assalamualaikum WBT
haah,alhamdulillah Allah masih membenarkan kita bernafas dalam udara 3 Ramadhan ini. Baru sahaja pagi tadi saya mengikuti kuliah tok guru di Medan Ilmu KB. Antara yang terpaut dalam hati ini apabila TGNA sentuh mengenai bulan Ramadhan. Katanya, lebih elok jika dipanggil "bulan Ramadhan", atau pun "selamat menyambut Ramadhan" berbanding menggunakan "bulan puasa" ataupun "selamat berpuasa". ye lah, Ramadhan bukan sahaja untuk puasa semata-mata, bahkan ibadat-ibadat lain pun perlu ditingkatkan dan diistiqamahkan. Malah ibadah sunat pada bulan Ramadhan seumpama mengerjakan ibadah wajib! mashaalah!
sama-samalah kita rebut peluang ini, terutama peluang beribadah pada 10 malam terakhir. Tapi jangan lah menyimpan ibadah-ibadah sunat pada 10 malam terakhir! peluang tarawih hanya sekali setahun, maka untuk istiqamah tarawih, qiamullail dan ibadah-ibadah lain adalah dengan puasa yang mana boleh memberikan kita kekuatan rohaniah. Saya ingin datangkan satu kisah yang berkait rapat dengan kekuatan rohani
kisah pada zaman selepas nabi Ishak, nabi kepada kaum bani Israel. Pada ketika itu muncul satu kaum yang menjajah dan mengesploitasi kehidupan dan harta kaum bani Israel yang bernama Balthatha yang diketuai oleh Jalut.
Selepas itu lahirlah seorang dari keturunan nabi-nabi terdahulu iaitu nabi Samwil. Nabi Samwil telah diisyaratkan oleh Allah supaya melantik Talut sebagai raja kepada bani Israel.
"bahawasanya Allah telah melantik Talut sebagai ketua kamu"
Maklumnya, bani Israel, dari dulu hingga sekarang, merupakan satu kaum yang merasakan dirinya layak mentadbir dunia, kaum yang angkuh!. Jadi mereka menjawab:
"Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?"
Adapun Talut, Diceritakan bahawa Talut itu nama gelaran dalam bahasa Ibrani kerana susuk tubuhnya yang besar dan tinggi. Dialah di antara orang yang paling tinggi pada zamannya menurut ukuran kepala dan bahunya.
Nama Talut yang sebenar ialah Sawal bin Qais dari rumpun Bunyamin bin Yaakub. Kerjanya menyamak kulit binatang dan ada riwayat lain mengatakan ia sebagai tukang air yang memberi minum keldai. Kaum Bani Israel memandang rendah kepada Talut yang miskin dan paling penting bukan dari keturunan mereka.
" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya."
Maka secara paksarela, mereka akur bahawa Talut sebagai ketua mereka. Dalam perjalanan ke Medan Perang, seramai 80 ribu tentera Talut berjalan di bawah panas terik, untuk memerangi 80 ribu tentera Jalut. Panas, lapar, dahaga...
Maka Allah menguji mereka dengan sebatang sungai, iaitu sungai Palestin. Talut memerintahkan tenteranya supaya tidak meminum air tersebut melainkan setapak tangan sahaja!
Tetapi, kaum Bani Israel yang angkuh itu mengendahkan kata-kata Talut. Daripada 80 ribu tenteranya, ada riwayat menyatakan hanya 300 sahaja yang patuh. Selebihnya, mereka meminum dan mandi sepuas-puasnya. Apabila Talut mengarahkan mereka menyambung perjalanan...
"Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya".
Tetapi, Dengan pertolongan Allah, tentera yang bilangannya sedikit mampu menewaskan bilangan yang besar. 300 tentera Talut menewaskan 80 ribu tentera Jalut. Bagaimana hal ini boleh berlaku melainkan dengan adanya kekuatan rohani. Jika dikaitkan dengan kehidupan kita pada Bulan Ramadhan, berbuka dengan bermacam-macam juadah. Kekenyangan sehinggakan mengabaikan tarawih, apatah lagi qiamullail. Inilah hikmat menahan nafsu yang akan membuahkan kekuatan rohani serta jasmani.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Akhir bagi kisah Talut dan Jalut, Jalut telah dikalahkan dan telah dibunuh oleh nabi Daud a.s (sebelum diangkat sebagai nabi) yang mengikuti peperangan tersebut sebagai tentera Talut.
Semoga kisah daripada al-Quran ini boleh menjadi iktibar untuk kita semua inshaa Allah!
p/s: mohon maaf atas segala kesilapan. ayat tak gramatis ^o^'