Jumaat, 11 Mei 2012

kita yang tertipu dan di tipu

sebenarnya, kita banyak tertipu dgn kehidupan kita. 

Harta menipu kita sehingga kita mencarinya sampai kita lupakan ibadat pada Allah


Kita tertipu dengan orang sekeliling kita sampai kita lupakan akhirat.


Ahli ilmu tertipu dgn ilmunya sehingga merasakan dia adalah orang yang alim lalu merasa ujub dgn ibadatnya


Ahli ibadat tertipu dgn ibadatnya lalu riak dalam ibadatnya


Orang kaya tertipu dgn sifat dermawannya yang akhirnya amalan itu semuanya binasa



Orang yang selamat dari tipu daya adalah mereka yang merasakan tiada memiliki apa-apa, yang ada, hanya Allah


Wahai diri yang jahil, cukuplah dgn kejahilanmu ditipu dgn kehidupanmu yg sia-sia


Tiada yang alim, kaya, hebat, kecuali Allah swt


-wama taufiiqi illa billah 



Selasa, 8 Mei 2012

inconsolable

berkata seorang penyair,

tanyakan kepada dirimu
apakah air mata
dapat mengembalikan hal yang telah hilang?


***


perasaan teruja pulang ke rumah sudah pun menjadi yang sebaliknya. hanya dengan menekan tikus berwayar ini pada opsyen 'log in' facebook. Newsfeed yang teratas dan semestinya yang pertama dilihat itu telah menjatuhkan air mata yang murah ini.

Baru beberapa bulan dia pergi merantau ke Kuala Lumpur utk jadi pekerja sambilan di sebuah hypermarket di sana. Baruuu sahaja. Sekarang, dia sudah berani memuat naik gambarnya yang tidak sempurna tapi teramat cantik. Memang cantik *sejujurnya*. Tambah pula dia memang cantik orangnya. Allah Allah...

Apapun yang terjadi,
Ku kan selalu ada utk mu
Jangan lah kau bersedih
'cuz everything gonna be ok

Bait lagu itu selalu dia bisikkan ke telinga saya. Terutama semasa tempoh peperiksaan STPM tahun lepas. Dan, sudah pastinya, beliau lah juga yang mengajak saya nyanyikan bait itu kuat-kuat dalam bilik air sambil menangis sebab kecewa dengan Sejarah kertas 2 dulu.

Beliau juga yang memaksa kami *saya dan rakan2 se-dorm* minum necafe pekat buatannya utk stay-up malam tu sebab kami perlu habiskan muzakarah usul fiqh segera.

Beliau juga....

hmm, biar lah.

Beliau sangat bercita-cita ingin sambung belajar di USIM, dan saya amat menginginkan ia ke sana.

Dear you, cepatlah balik sini. Saya mahu jumpa kamu. Satu perkara yang saya tak mahu ianya berubah, saya mahu sayangkan kamu walau siapapun kamu.


kata Shafida,

"Sahabat itu, boleh jadi dialah yang menjadi asbab kita ke syurga dan boleh jadi dia lah juga akan mengheret kita ke neraka,"


***

Iman dan Uwais, mereka sepupu. abam; Naufal, dah nak lari dah kat belakang tu =.=

Selasa, 24 April 2012

Poli Tikus

Alkisah, telah dinaqalkan, seekor tikus penguasa negara, turun padang ke sebuah daerah yang dikatakan paling miskin antara daerah-daerah penguasaannya. Sebuah daerah dimana tikus-tikus yang asyik mengemis kerjanya. Mengemis royalti, meminta subsidi. Namun begitu, tikus-tikus ini tidak jemu menjalankan tuntut biarpun dikatakan tidak mengenang jasa dan ingkar titah sang penguasa. Apa yang tikus-tikus peleseran ini tahu mereka harus menegakkan hak mereka selaku jelata di negara itu.

Khabar bahawa sang penguasa berjiwa jelata itu bakal turun padang dipanjangkan kepada pegawai-pegawai di daerah miskin itu. Maka persiapan disusun rapi bagi menyambut sang penguasa itu. Bermula lah tugas pegawai tikus itu dengan hanya tujuan yang satu, iaitu semua yang dirangka mesti di tuju.

Di suatu sudut,

"Hidangan siapakah ini? Untuk tamu istimewa itu kah?" tanya seekor awak-awak tikus 
"Iya," jawab si pegawai
"Kenapa harus mewah sebegini rupa? Bukankah sang penguasa menyuruh jelata berjimat kerana keadaan ekonomi negara yang tidak sekata?"

Si pegawai tikus itu memberikan satu jawapan yang bijaksana dan logik difikir akal naif itu. Puas dengan jawapan pegawai itu, lalu si tikus yang bertanya itu tersenyum sambil beredar menyambung kerjanya

"KahKahKahKah!" gegak gempita ketawa si pegawai tikus dan sekutunya.


***

Tiba di acara bersama jelata, pegawai tikus seperti biasa menjalankan rutin tugasnya tanpa disuruh sang penguasa. Jelata diberi modal tanya untuk dilontarkan pada acara jawab balas antara penguasa dan jelata. Modalnya harus berkisarkan masalah jelata dan wajibnya yang tidak menjerat pihak penguasa.

Maka tibalah acara jawab balas itu, acara yang menjadi mercu keperihatinan sang penguasa terhadap jelatanya.

Setelah sekalian tanya, maka tampillah seekor tikus kampung ini yang dalam dadanya penuh dengan sebak.

"Tuan, kiranya bagaimana keadaan jejambat yang menghubungkan Kampung Pekan Pasiran dengan Kampung Lembah Kubang itu ya? Sudah separuh dekad belum juga kami rasa. Jalan sesak tuan, sukar saya mahu berulang alik ke seberang untuk bekerja."

Ternyata, itu bukan jenis soalan yang dikehendaki penguasa. Senggang beberapa detik, sang penguasa tenang berkata,

"Tahukah sekalian jelata, ekonomi negara bukan seperti yang disangka, bukan seperti yang diminta, bukan seperti yang dirasa. Ada baiknya kita semua cermat dalam belanja dan teruskan kerah tenaga agar hasil pendapatan negara seperti yang dicita. Adapun begitu, atas dasar keperihatinan barisan penguasa, kami sebulat kata akan memberikan $500 kepada sekalian jelata bagi mengurangkan beban semua."


Deruan sorakan dan tepukan deras kedengaran tanda keseronokan jelata.

Usai khabar berita daripada sang penguasa, tirai acara segera dilabuhkan. Jelata pulang dengan penuh gembira dalam dada. Manakala persoalan jejambat dibiar sepi tanpa kata.

Dipihak sang penguasa pula segera dijamu dengan santapan yang tidak pernah dirasa oleh jelata. Mungkin saja keju yang dihidangkan kepada sang penguasa bertaraf $24 juta. Ya lah, penguasa...


***

Itulah gaya tikus sang penguasa. Pembangunan demi pembangunan dirangka dan dibina, namun tetap si tikus jelata hanya menghisap debunya.


Poli Tikus = Banyak Tikus

Tabiat tikus suka menggigit. Walaupun barang yang digigit bukanlah keju bahkan kayu, buku, dan baju turut digigitnya. Bukanlah itu kegemarannya, namun tikus ini menggigit hanya untuk menajamkan giginya agar mudah menikmati keju-keju yang terhidang enak nanti.




Selasa, 17 April 2012

syi'ir

Saya bukan seorang yang puitis. Jauh sekali menjadi seorang yang kreatif. Tapi memang itu minat saya, syi'ir, puisi, dan segala renda-renda huruf yang membentuk satu frasa yang unik.

Ahmad Shauqi, Ilya' Abi Madhi, Ibn Wardi, Mahmud Sami al-Baarudi, antara sasterawan Arab yang saya minat karyanya. Bukan lah saya kurang meminati sasterawan Nusantara, tapi mungkin disebabkan saya kurang pendedahan dengan puisi-puisi mereka. Mungkin yang saya kenal dan kagumi hanya dua; A. Samad Said dan Allahyarham WS Rendra.

oh, saya juga pelajar sastera Arab semasa di tingkatan 6. Mungkin sebab itu saya banyak terdedah dengan syi'ir2 Arab.

Tika ada rasa duka, syi'ir zaman Jahiliyyah lah  yang banyak memecahkan perut saya. Gaya bahasa, perumpamaannya yang melampau cukup membuat saya tergelak sakan. Contoh nak kasi gelak sama

لها جسم برغوث وساقا نعامة    #       ووجه كوجه القرد أو أقبح   

-baginya (si gadis) bertubuh kutu dan berkaki burung unta # 
                              dan raut wajahnya seperti wajah seekor kera malah lebih teruk daripada itu-  
(p/s: sila ambil pen dan kertas dan cuba lakarkan rupa si perempuan itu)


itu contoh bait sayi'ir seorang lelaki yang memuji cela kekasihnya.  Saya hafal, dan masih lekat di kepala sekali dengan gambarannya. Terukkan si lelaki tu memuji perempuan tu ?

Tika jiwa saya terasa kosong, syi'ir sodril Islam, Umaiyyah dan Abbasiyyah yang kembali membasahi jiwa

dan, Tika saya  rasa semangat ini luntur, syi'ir moden yang meniup kembali semangat juang

                إِذا مــا جــاءَه طُــلاَّبُ حَــقّ
 #             يقــول: عصابــةٌ خرجـوا وشَـقُّوا

 -kalau ia didatangi oleh pihak yang menuntut hak # 
                                                                 dikatanya (Perancis) puak yang menderhaka dan memberontak-


***


Pernah ketika di tingkatan 6 saya memasuki pertandingan Ilqa-u al-Syi'ri. Waktu itu, saya memilih syi'ir Ilya' Abi Madhi- Falsafatul Hayah untuk dilontarkan. Kenapa saya memilihnya? Kerana baitnya sangat terkesan kepada saya ketika itu. Tempoh itu lah yang sangat menguji kesabaran saya sepanjang berada di tingkatan 6. 


Saya ingin mengekspresikan perasaan saya, keadaan saya, jiwa saya yang kacau itu kepada sahabat-sahabat saya, tapi saya tak mampu untuk menghasilkan bait sendiri. Maka saya olahkan perasaan saya menerusi puisi Ilya'. Dan saya sampaikannya sewaktu dalam pertandingan tersebut dihadapan sahabat-sahabat saya yang ada :) 


...dan, Alhamdulillah, walaupun lontaran syi'ir saya kurang emosi *sebab malu*, saya tetap berada di tempat juara dalam pertandingan itu.  Komen juri, Ust Halim, saya banyak salah baris.wakakaka. Appara lu.


 وترى الشّوك في الورود ، وتعمى   #     أن ترى فوقها النّدى إكليلا

والذي نفسه بغير جمال    #    لا يرى في الوجود شيئا جميلا


-Kamu lihat onak duri sahaja pada bunga mawar, dan kamu langsung tidak melihat titisan embun bagaikan mahkota diatas kelopaknya-
-Tak hairan lah dengan sikap sedemikian, kerana orang yang jiwanya tiada rasa kecantikan, pasti tidak dapat melihat sesuatu yang indah di dunia ini-

 lihatlah pada cantiknya embun bak permata di atas kelopaknya, hiraukan duri-duri yang menghias tubuhnya



***
Maaf, carikan renda ini tak mampu ku hiasi dengan kalam salju puitis.
Aku bukan cendekia yang mampu menarik abjad menjadi jeda.
Aku juga bukan wewira yang teguh berjati penyelamat manusia.
Aku hanya sang gagak mencari laku suci agar digelar si putih di syurga
Akur...
-al-faqir, al-haqir, al-'aasi ilallah;  alghurobul abyadh

Isnin, 16 April 2012

parachute

Tiba-tiba orang suruh buat buku skrap utk DUN Tawang sempena program Anak Muda Kelate Bermaruah. Kerja yang sepatutnya pemuda DUN yang kena buat, ditolak kepada kami (saya, Bella, Kak Yu). Kenapa? sebab kami perempuan yang disimbolik sbg orang yang kreatif. Haha.


Saya diberitahu semalam, dan due date-nya Sabtu nih. Bagus kan? Nak merungut pun tak guna, terima dan berkhidmat dengan penuh dedikasi inshaAllah. Kerja mudah je pun (cewah). Padahal gembira sebab boleh usha senarai pengundi baru DUN Tawang. *gatal* Apa pun, terima je lah apa-apa hasilnya, kami kan kreatif, pandailah kami buat. Kan?


*DUN Jelawat, nak tiru korang punya boleh? HEHE Moga kemenangan milik DUN Tawang :) Ameen2

Isnin, 19 Mac 2012

roja' dan khauf

bismillah wassolatu wassalam lirasulillah

berkali-kali mata ini meneliti bait-bait indah sajak yang tulus dari mu wahai mu'allim, muaddib, murabbi. Rindu benar rasanya pada ustazah Karimah. pesan ustazah,

"Pelajarku! anakku!
Dengan ilmu hatimu menjadi taqwa
tawakkal, takut kepadaNya
raja' kepadaNya
cinta dan kasih kepadaNya
untuk bertemu di Jannatul Ma'wa.."
 Dengan ilmu... roja'(harap) dan khauf(takut). tiada kedua-duanya, maka tiadalah taqwa dan yang lain. Itu yang saya faham.

"Sesungguhnya mereka telah berlumba-lumba dalam usaha-usaha kebaikkan, dan mereka berdoa kepada Kami dengan penuh harap dan takut, dan mereka itulah orang-orang yang tunduk hatinya kepada Kami." (al-Anbiya':90)

Khauf

Ertinya takut. Perasaan yang akan menimbulkan keresahan dalam hati. Perasaan takut lah yang menjadi benteng kepada seseorang itu untuk melakukan sesuatu kesalahan dan maksiat. Takut jika Allah menarik nikmat yang tersedia dikecap, dan takut jika bala' Allah menimpa keatas diri.

Roja'

Ertinya harap. Allah mempunyai sifat irodat (berkehendak). Dengan kata lain Allah tidak akan memberikan manusia sesuatu kebaikan, nikmat, kehinaan, dan apa saja melainkan dengan kehendakNya sendiri. Siapa kita selepas ini, kemana kita, di mana pengakhiran kita lepas ni sama ada di syurga atau neraka. Semua itu atas rahmat Allah. Dia yang menetapkan segalanya. Seorang faqir kepada Allah hanya mampu mengharap supaya Allah memilihnya untuk dirahmati dan diberikan pengakhiran yang baik. Maka untuk itu, roja' ini akan mendorong al-faqir melakukan ibadah sebaik mungkin supaya dipilih oleh Allah.

"Sesungguhnya mereka telah berlumba-lumba dalam usaha-usaha kebaikkan, dan mereka berdoa kepada Kami dengan penuh harap dan takut, dan mereka itulah orang-orang yang tunduk hatinya kepada Kami." (al-Anbiya':90) 

Betul lah dengan ilmu...

"Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama." -muttafaqun 'alaih
 Meaning to say, jika Allah memberi kita kefahaman dalam agama; mudah mengamalkan apa yang disuruh, tinggal apa yang ditegah, dan mudah utk buat kebajikan, maka itu satu petanda Allah menginginkan kebaikan kepada kita, kebaikan yang akan membawa kita ke syurga kelak.

maka mintalah segala yang hasanah samada di dunia dan akhirat dengan penuh kehambaan, roja' dan khauf. Moga kita dipilih. Amin3.. Wallahumusta'an

 al-faqir, al-haqir, al-'asii ilallah
rasyidahmz


Pucuk yang sedang menuju cahaya. Moga saya juga dalam keadaan itu






Selasa, 6 Mac 2012

al-Yaqeen

bismillah wassolatu wassalam lirasulillah

jangan pesimis dengan diri sendiri. saya boleh!

lega... itu yang mampu terungkap usai sesi temuduga biasiswa Dr. Hamzaid lepas. Lega bukan sebab nervous ke apa, tapi lega dapat keluar dari tempat tu cepat-cepat dan boleh balik cepat-cepat :)

penemuduga: Baik, kamu dari sekolah agama ye? (mungkin melihat kepada cara pemakaian gadis itu barangkali, mungkin...)
gadis: Ya, saya. Dari SMKA Naim Lilbanat
penemuduga : oh, tak sangaka budak agama pun english bagus ye?
gadis : *senyum saja
penemuduga : jadi, awak patut apply kos **** nanti
gadis : inshaAllah
*
*
*
gadis: ok, terima kasih


itu sahaja sesi temuduganya. simple. sia-sia saja sapa yang terlampau nervous tadi ;p

Eik, ni ada kaitan dengan al-yaqeen ke? ahha, kata kakngah apabila saya menegur tudung yang dipakainya tak sepadan dengan warna jubahnya, dia hanya jawab,

"asalkan confident sudah"

Maka untuk itu, saya cuba untuk confident dalam sesi temuduga tersebut. Bukanlah yakin dapat lulus temuduga itu, (jauh sekali.haha) tapi yakin saya takkan gemuruh dalam tempoh itu memandangkan saya seorang yang penakut sebelum ini.

kalau saya fikir saya yakin, maka Allah beri keyakinan itu kepada saya. inshaAllah

***

Esok 7/3/12, keputusan STPM 2011 inshaAllah akan diumumkan secara rasmi. Sila melangkah dengan yakin esok!



Yaqeen


Berkata Sayidina Ali,

"إذا لم يكن ما تريد فلا تبل ما كنت"

-jika hajat di hati tidak tercapai, terimalah sahaja apa yang ada-




***


Buku ini ada bertanda "Mesti Baca". Dan saya juga berkata, MESTI BACA! Saya tertarik untuk membelinya sewaktu singgah ke pesta buku antarabangsa di Balai Islam tempoh hari.

 Buku ini memuatkan himpunan kertas kerja simposium fiqh masyarakat bukan slam di Malaysia. Antara pembentangnya, Zuhari Mahad Musa, Dr. Mohd Nor Manuty, Ust. Mohammad Nidzam Abd Kadir, Prof Madya Dr. Ahmad Zaki b Ibrahim dan nama-nama besar yang lain. Melihat kepada situasi sekarang, amat patutlah isu ini dikupas secara meluas dan mendalam samada oleh ahli akademik yang berkaitan mahupun ahli politik. 


al- faqir, al-haqir, al-'asi ilallah, 
Rasyidahmz 

Jumaat, 16 Disember 2011

tempoh uzlah sudah tamat

13/12/11, STPM dah pun tamat, Alhamdulillah


oley!



15/12/11, sedia berkhidmat kembali untuk Maahad yg terchentha,in shaa Allah
Sedikit rasa gementar apabila menuju ke Masjid An-Nur Wakaf Bharu tempoh hari, ye lah, 2 tahun ketidakpedulian saya terhadap BADATI (Badan Dakwah sekolah) cukup membuat hati meronta ingin melepaskan kerinduan.


Melangkah masuk ke dalam masjid An-Nur yang tersergam indah itu, semua mata-mata yang sedang khusyu’ ber’brainstorming’ perancangan bagi setiap lajnah itu menala ke arah susuk tubuh yang kecik ni yang melangkah sipu-sipu malu. Eceh!


Ada yang masih cam saya, ada yang cam-cam tak cam.


“mana bos?”, Tanya ku kepada Waheeda yang santun menyalami ku.


“Nuh dokko (itu dia)… oloh, cari Nasywa laluh dio,”



Nasywa, semasa saya masih di tingkatan 5, beliau lah pembekal barang untuk di pinjam; jubah, selimut, tudung, bantal lebih-lebih lagi selipar Korea . Tak sangka 2 tahun berlalu, sekarang beliau telah pun diamanahkan sebagai pengerusi BADATI. Nasiwa…oh Nasiwa…



Sepanjang berada bersama mereka, satu ketenangan dapat dirasai (Alhamdulillah), lantas tangan ni galak menaip sms kepada Adnin


“Nin, aku bahagio loni,”

“Tahniah2!”


Tempoh uzlah ku telahpun tamat. Saya melangkah keluar dari Maahad pada hari pertama Tamrin Tingkatan 4 yang ketika itu saya sebagai pengarah bagi tamrin tersebut. Disebabkan sesuatu telah berlaku keatas saya pada waktu peserta-peserta tamrin sibuk mendaftarkan diri mereka, saya dalam keadaan blurr pulang tanpa bertemu dengan Sarah, timbalan pengarah tamrin ketika itu. Kejam sungguh! Allah…


Rasa bersalah itu menyebabkan satu virus kemurungan dalam diri. Semua benda jadi tak kena, yang tahu hanyalah mem’badmood’kan diri. Apabila menapakkan diri ke bumi Naim, saat itu lah saya telah pun berniat untuk melakukan uzlah. Dan, saya berhajat, tempoh uzlah saya akan tamat usai saya STPM, dan sekarang,……..



Menyingkap tabir perjalanan Rasulullah S.a.w, baginda juga pernah ber-uzlah iaitu mengasingkan diri daripada hingar-bingar masyarakat. Tempoh yang diambil oleh Rasulullah saw untuk ber-uzlah memakan masa hari, dan ada juga mencecah satu bulan untuk beribadah kepada Allah, sehinggalah Baginda di berikan wahyu Allah oleh Jibril as di sana.


Ber-uzlah adalah antara cara Rasululullah mencari ketenangan jiwa dan merasai ‘kehadiran’ penjagaan Allah di dalam hati Baginda. Cara ini lah merupakan jalan untuk menempatkan diri para pejuang untuk sentiasa tabah dan thabat dalam perjuangannya.



Di sinilah, kita akan mengasingkan diri, bermuhasabah dan kembali membina keyakinan diri yang baru serta mencari titik-titik kelemahan selaku hamba Allah di tempat yang sunyi dan di daerah asing dari perkara-perkara yang mengusutkan fikiran supaya terus menapakkan diri di jalan ini, jalan dakwah. Dengan kata lain, uzlah adalah merupakan pintu untuk bertaqarrub kepada Allah swt.


Pentingnya uzlah itu bagi setiap pemikir Islam itu membuktikan bahawa, manusia ini tidak akan mampu menangani sesuatu ujian atau perkara bersendirian tanpa bantuan daripada-Nya.





Dalam tempoh uzlah ringan saya, sedaya upaya saya memenuhi hati dengan perkara-perkara yang membolehkan saya sentiasa tetap di jalan ini. Dan Alhamdulillah, apa yang terjadi keatas diri saya semenjak saya di Naim apabila difikirkan balik, sungguh cantik perancangan Allah. Walaupun ombak rindu yang melanda, eh2 ombak ujian yang melanda, PASTI akan ada ‘buah tangan’ daripada Allah yang tidak disangka.


Subhanallah.



Dalam setiap titipan doa, pasti saya tidak pernah meninggalkan permintaan supaya saya tetap berada di dalam sibghah Allah (acuan Allah). *walaupun kadang-kadang berdoa dalam keadaan lalai.HEHE!
Mesyuarat perancangan tahunan BADATI kelmarin merupakan pembukaan semula nafas baru dalam hidup saya. Moga saya istiqamah!






***


Kata ustaz Hasrizal dalam bukunya yang baru saya beli-Secangkir Teh Pengubat Letih


“Carilah satu dunia asing… untuk kamu keluar dari diri kamu yang sudah rapuh dan kering itu. Basahkan kembali dengan bersunyi-sunyi dengan Allah; sama ada di tikar sejadah, atau hamparan bumi dan alam yang tekun dengan zikrullah,”



Tersenyum sendirian apabila bola mata saya bergerak seiring dengan bait-bait yang dibaca ini. Kena lah! HEHE~


Belum masuk separuh lagi saya baca, tapi ada dua yg saya rasa(setakat ni lah), saya mahu pergi ke Turki dan Jordan!!!


“…hanya kamu dan Dia… tiada yang ketiga.”


Sekurang-kurangnya, letih saya sudah terubat.HUHU. read and heed~





*sila bersemangat dan terus istiqamah ye Rasyidah yg baru!

Rabu, 26 Oktober 2011

entry terakhir....


Rasanya ini entry yang terakhir sebelum saya menduduki peperiksaan STPM yang akan datang Oh ya, mungkin ramai yang belum dimaklumkan lagi bahawa saya ini calon STPM 2011 kan?


Memang hasrat di hati ingin terus mendiamkan diri sahaja! Maklumlah, hanya calon STPM….(rendah diri kot)

Sahabat-sahabat lain sudah pun digelar mahasiswi, saya masih lagi pelajar sekolah. Memang pada hakikatnya saya tidak menyukai biah yang saya hirup di tempat baru ini- SMKA Naim Lilbanat (Sekolah Berprestasi Tinggi), namun, saya dengan bangga menyatakan bahawa tempat ini merupakan dunia tarbiah bagi saya. Banyak cabaran yang dirasai sepanjang di sini. Pengalaman menjadi pelajar yang pernah dicemuh, di hina, dan juga pernah di tampar oleh guru (ini pengalaman paling mahal…hoho!), pernah ada orang nak patahkan cermin mata saya (barang mahal ooo. Kalau nak, patahkan benda yang murah-murah aje ye ), pernah juga cikgu melempar marker pen kearah saya akibat teramat geram dengan keputusan saya (kejadian tu menjadi batu loncatan bagi saya untuk terus berusaha), malah banyak lagi yang saya tidak pernah merasainya sewaktu di bumi Maahad dahulu.


Pernah juga saya menangis pada hari sahabat-sahabat lain sedang menduduki STAM di Maahad. Ye lah, itu impian saya sebenarnya. Alahai~. Tapi bukan lah satu kesedihan bagi saya kerana Allah telah meletakkan saya di suatu tempat yang terbaik dan saya tidak akan merasai pengalaman yang saya lalui ini di tempat lain walhal di sekolah ku yang teramat ku cinta- Maahad Muhammadi Lilbanat.


Pengalaman manis??? Memang banyak….apa yang diatas itulah merupakan satu kenangan yang manis bagi saya. Dan… paling menakjubkan, sahabat-sahabat yang pernah bersama di Maahad dahulu adalah sahabat yang terbaik saya di sini. Siapa mereka? Merekalah sewaktu di Maahad dahulu yang menjadi ‘musuh’ utama dhabitah/pengawas sekolah termasuk saya. Mereka yang pernah saya kejar sehingga ke KFC dan KB Mall dahulu, mereka juga yang pernah membaling ais tepat di muka saya :)

Namun sekarang, merekalah orang yang paling kuat menyokong saya dari belakang, kekuatan bagi saya, dan kecintaan saya (eh, Dah saye ko pok mung.tahu dok??) *blushing

‘Haza min fadhli rabbuna’ ini dinamakan kurniaan Allah yang tak terfikir oleh manusia. Allahu Rabbi…


***


Majlis Apresiasi Asrama dan Penyerahan Tugas Exco Asrama 2011

Sesi sekolah hampir melabuh tirai… masa untuk melepaskan semua jawatan *tersenyum

Semoga pengganti yang bakal memakmurkan bumi Naim ini sentiasa diberi iman yang cekal, hati yang tabah… sila tabah ye Syeroh (ketua asrama 2012)

p/s: sekolah hampir tamat means STPM semakin hampir. Ohho!

***

Subjek yang diambil


Lima kesemuanya:

-Pengajian Am

-Sejarah (Sejarah Dunia, Islam, Asia, dan Malaysia)

-Bahasa Arab ( Qawaid dan Kesusasteraan Arab)

-Usuluddin (Tauhid, Mantiq, Ulum al-Quran, dan ulum al-Hadis)

-Syariah ( Fekah, Usul al-Fiqh, Mirath, Qawaidul Fiqh, Ayat Hukum dan Hadis Hukum)

Impian yang ingin dicapai, pastinya 5Prinsipal A (amiin ya Rabb!)

Sila doakan saya ye :) Doa kalian amat bermakna…

Trial yang lepas, Alhamdulillah saya mendapat 4A tapi…1 subjek gagal. Dapat D. subjek yang melayakkan calon STPM mendapat sijil STPM-nya iaitu subjek Pengajian Am… Allah… terfikir sendirian ada harapan lagi tak nak dapat A??? God wills!

Ya Allah, Rezekikanku dan sahabatku keputusan yang terbaik dalam STPM. Seandainya 5pA adalah yang terbaik bagi kami, Kau rezekikan kepada kami. Jika itu bukan yang terbaik Engkaulah sebaik-baik Penentu….


***

Seseorang pernah bertanya kepada saya, “Eh, bila kau nak mati*?” =.=’

Insya Allah 21 November-14 Disember 2011

*Eh, bila kau nak exam? (tashbih tamsil-lah katakaaan~haila…)


***


Planning selepas STPM??

Kawan-kawan yang lain dah mula isi borang kafa. Ttajah fardhu ain la pasni korang kann…insha Allah. Minggu lepas cikgu Che Na ada tawarkan saya sebagai ustazah pilihan. Eh silap, ustazah sambilan. Katanya nak suruh jadi gurunya. Macam tak percaya pulak >.< tapi, Dah tak layak untuk jadi cikgu untuk cikgu ataupun cikgu kepada anak cikgu. Cikgu adalah cikgu yang terbaik bagi anak cikgu. Cikgu yang tabah! Semoga Allah sentiasa bagi rahmat kat cikgu. Amin.

Jadi apa planning selepas STPM ni??

Mahu fokus kepada Maahad yang ku cintai. Insha Allah. Dua tahun saya merangka apa yang perlu di buat sebagai meng’qadha’ dua tahun ketidakpedulian saya terhadap Maahad. Moga saya istiqamah dengan niat ini. Dan saya dah minta izin dengan ma dan ayah mahu menghabiskan masa di Maahad. Permudahkanlahku ya Allah!

Allahu musta’an

p/s: Jangan lupa doakan kesihatan, kekuatan, kecekalan, dan kejayaan saya dalam STPM nanti!





Jumaat, 12 Ogos 2011

aku pendosa,adakah aku tidak layak?




byk buku atau atikel menulis tentang besnya bcinta slps kawin.sejenak terfikir,tulisan mereka itu hanya akan menyentuh segelintir pihak sahaja.berpijak dibumi yg nyata.berapa ramai yg tempoh remajanya tidak pernah bercinta. bagaimana perasaan mereka yg penah berkapel sblm kawin???

adakah mereka ini tiada peluang utk mengecapi rumahtangga yg disirami mahabbatullah serta rahmatNya?

pasti mereka akan berfikir,'aku tak layak membina sbuah bait muslim yg sakinah, lebih baik aku hanya menjadi seorang yg biasa2 sahaja'

bagiku yg terlalu faqir kpd allah ini, aku menyangkal sama sekali statement yg mengatakan bhw mereka yg pernah bercinta sblm kawin tidak ddapat mengecapi kebahagiaan yg luar biasa itu(slps kawin).


bagi aku mereka ini masih belum terlambat untuk mengubah sgala2nya.slagi mereka sedar apa yg mereka lakukan satu ketika dahulu adalah benar atau salah atau sejajar ataupun tidak dengan syarak...kesucian cinta masih boleh dipertahankan dengan penyesalan yang hakiki. INGAT! masih belum terlambat utk memulihkan kesucian itu! mungkin juga kesucian cinta mereka lebih tinggi nilainya kerana mereka telah bermujahadah mempertahankan cinta mereka.

tidak salah utk memiliki cinta.sedangkan fatimah r.ha memendam cintanya terhadap ali k.w.j...dan fatimah sedaya upaya mempertahankan cintanya agar tidak ternoda...

cintailah allah dahulu,kemudian rasul allah itu, dan jgn sekali menodai cinta yg sudah terbina...susahkah utk mempertahankan cinta terhadap sang Pencipta cinta? sukarkah memahatkan rasa rindu terhadap sang perindu umatnya? ajaklah diri sendiri dan orang sekeliling kearah kebaikan dan kawallah diri sendiri dan mereka daripadda melakukan perkara yg boleh mendatangkan dosa, itulah resepi taat kepada Allah. ikutilah langkah rasulullah, kerana naluri manusia ini akan gembira dan tidak puas untuk meniru seseorang itu,tak percaya?cuba dahulu.


pun begitu,
aku bknlah menggalakkan hubungan sebelum kahwin,namun aku cuba mengerti naluri dan kehendak manusia yg dahagakan cinta.kerana aku....juga manusia biasa.aku juga punya cinta, dan tdk sekali-kali akan ku nodainya




-rabiahvshassan-