Saya bukan seorang yang puitis. Jauh sekali menjadi seorang yang kreatif. Tapi memang itu minat saya, syi'ir, puisi, dan segala renda-renda huruf yang membentuk satu frasa yang unik.
Ahmad Shauqi, Ilya' Abi Madhi, Ibn Wardi, Mahmud Sami al-Baarudi, antara sasterawan Arab yang saya minat karyanya. Bukan lah saya kurang meminati sasterawan Nusantara, tapi mungkin disebabkan saya kurang pendedahan dengan puisi-puisi mereka. Mungkin yang saya kenal dan kagumi hanya dua; A. Samad Said dan Allahyarham WS Rendra.
oh, saya juga pelajar sastera Arab semasa di tingkatan 6. Mungkin sebab itu saya banyak terdedah dengan syi'ir2 Arab.
Tika ada rasa duka, syi'ir zaman Jahiliyyah lah yang banyak memecahkan perut saya. Gaya bahasa, perumpamaannya yang melampau cukup membuat saya tergelak sakan. Contoh nak kasi gelak sama
لها جسم برغوث وساقا نعامة # ووجه كوجه القرد أو أقبح
-baginya (si gadis) bertubuh kutu dan berkaki burung unta #dan raut wajahnya seperti wajah seekor kera malah lebih teruk daripada itu-
(p/s: sila ambil pen dan kertas dan cuba lakarkan rupa si perempuan itu)
itu contoh bait sayi'ir seorang lelaki yang memuji cela kekasihnya. Saya hafal, dan masih lekat di kepala sekali dengan gambarannya. Terukkan si lelaki tu memuji perempuan tu ?
Tika jiwa saya terasa kosong, syi'ir sodril Islam, Umaiyyah dan Abbasiyyah yang kembali membasahi jiwa
dan, Tika saya rasa semangat ini luntur, syi'ir moden yang meniup kembali semangat juang
إِذا مــا جــاءَه طُــلاَّبُ حَــقّ | # يقــول: عصابــةٌ خرجـوا وشَـقُّوا |
-kalau ia didatangi oleh pihak yang menuntut hak #
dikatanya (Perancis) puak yang menderhaka dan memberontak-
***
Pernah ketika di tingkatan 6 saya memasuki pertandingan Ilqa-u al-Syi'ri. Waktu itu, saya memilih syi'ir Ilya' Abi Madhi- Falsafatul Hayah untuk dilontarkan. Kenapa saya memilihnya? Kerana baitnya sangat terkesan kepada saya ketika itu. Tempoh itu lah yang sangat menguji kesabaran saya sepanjang berada di tingkatan 6.
Saya ingin mengekspresikan perasaan saya, keadaan saya, jiwa saya yang kacau itu kepada sahabat-sahabat saya, tapi saya tak mampu untuk menghasilkan bait sendiri. Maka saya olahkan perasaan saya menerusi puisi Ilya'. Dan saya sampaikannya sewaktu dalam pertandingan tersebut dihadapan sahabat-sahabat saya yang ada :)
...dan, Alhamdulillah, walaupun lontaran syi'ir saya kurang emosi *sebab malu*, saya tetap berada di tempat juara dalam pertandingan itu. Komen juri, Ust Halim, saya banyak salah baris.wakakaka. Appara lu.
وترى الشّوك في الورود ، وتعمى # أن ترى فوقها النّدى إكليلا
والذي نفسه بغير جمال # لا يرى في الوجود شيئا جميلا
-Kamu lihat onak duri sahaja pada bunga mawar, dan kamu langsung tidak melihat titisan embun bagaikan mahkota diatas kelopaknya-
-Tak hairan lah dengan sikap sedemikian, kerana orang yang jiwanya tiada rasa kecantikan, pasti tidak dapat melihat sesuatu yang indah di dunia ini-
lihatlah pada cantiknya embun bak permata di atas kelopaknya, hiraukan duri-duri yang menghias tubuhnya
***
Maaf, carikan renda ini tak mampu ku hiasi dengan kalam salju puitis.-al-faqir, al-haqir, al-'aasi ilallah; alghurobul abyadh-
Aku bukan cendekia yang mampu menarik abjad menjadi jeda.
Aku juga bukan wewira yang teguh berjati penyelamat manusia.
Aku hanya sang gagak mencari laku suci agar digelar si putih di syurga
Akur...
