Rabu, 26 Oktober 2011

entry terakhir....


Rasanya ini entry yang terakhir sebelum saya menduduki peperiksaan STPM yang akan datang Oh ya, mungkin ramai yang belum dimaklumkan lagi bahawa saya ini calon STPM 2011 kan?


Memang hasrat di hati ingin terus mendiamkan diri sahaja! Maklumlah, hanya calon STPM….(rendah diri kot)

Sahabat-sahabat lain sudah pun digelar mahasiswi, saya masih lagi pelajar sekolah. Memang pada hakikatnya saya tidak menyukai biah yang saya hirup di tempat baru ini- SMKA Naim Lilbanat (Sekolah Berprestasi Tinggi), namun, saya dengan bangga menyatakan bahawa tempat ini merupakan dunia tarbiah bagi saya. Banyak cabaran yang dirasai sepanjang di sini. Pengalaman menjadi pelajar yang pernah dicemuh, di hina, dan juga pernah di tampar oleh guru (ini pengalaman paling mahal…hoho!), pernah ada orang nak patahkan cermin mata saya (barang mahal ooo. Kalau nak, patahkan benda yang murah-murah aje ye ), pernah juga cikgu melempar marker pen kearah saya akibat teramat geram dengan keputusan saya (kejadian tu menjadi batu loncatan bagi saya untuk terus berusaha), malah banyak lagi yang saya tidak pernah merasainya sewaktu di bumi Maahad dahulu.


Pernah juga saya menangis pada hari sahabat-sahabat lain sedang menduduki STAM di Maahad. Ye lah, itu impian saya sebenarnya. Alahai~. Tapi bukan lah satu kesedihan bagi saya kerana Allah telah meletakkan saya di suatu tempat yang terbaik dan saya tidak akan merasai pengalaman yang saya lalui ini di tempat lain walhal di sekolah ku yang teramat ku cinta- Maahad Muhammadi Lilbanat.


Pengalaman manis??? Memang banyak….apa yang diatas itulah merupakan satu kenangan yang manis bagi saya. Dan… paling menakjubkan, sahabat-sahabat yang pernah bersama di Maahad dahulu adalah sahabat yang terbaik saya di sini. Siapa mereka? Merekalah sewaktu di Maahad dahulu yang menjadi ‘musuh’ utama dhabitah/pengawas sekolah termasuk saya. Mereka yang pernah saya kejar sehingga ke KFC dan KB Mall dahulu, mereka juga yang pernah membaling ais tepat di muka saya :)

Namun sekarang, merekalah orang yang paling kuat menyokong saya dari belakang, kekuatan bagi saya, dan kecintaan saya (eh, Dah saye ko pok mung.tahu dok??) *blushing

‘Haza min fadhli rabbuna’ ini dinamakan kurniaan Allah yang tak terfikir oleh manusia. Allahu Rabbi…


***


Majlis Apresiasi Asrama dan Penyerahan Tugas Exco Asrama 2011

Sesi sekolah hampir melabuh tirai… masa untuk melepaskan semua jawatan *tersenyum

Semoga pengganti yang bakal memakmurkan bumi Naim ini sentiasa diberi iman yang cekal, hati yang tabah… sila tabah ye Syeroh (ketua asrama 2012)

p/s: sekolah hampir tamat means STPM semakin hampir. Ohho!

***

Subjek yang diambil


Lima kesemuanya:

-Pengajian Am

-Sejarah (Sejarah Dunia, Islam, Asia, dan Malaysia)

-Bahasa Arab ( Qawaid dan Kesusasteraan Arab)

-Usuluddin (Tauhid, Mantiq, Ulum al-Quran, dan ulum al-Hadis)

-Syariah ( Fekah, Usul al-Fiqh, Mirath, Qawaidul Fiqh, Ayat Hukum dan Hadis Hukum)

Impian yang ingin dicapai, pastinya 5Prinsipal A (amiin ya Rabb!)

Sila doakan saya ye :) Doa kalian amat bermakna…

Trial yang lepas, Alhamdulillah saya mendapat 4A tapi…1 subjek gagal. Dapat D. subjek yang melayakkan calon STPM mendapat sijil STPM-nya iaitu subjek Pengajian Am… Allah… terfikir sendirian ada harapan lagi tak nak dapat A??? God wills!

Ya Allah, Rezekikanku dan sahabatku keputusan yang terbaik dalam STPM. Seandainya 5pA adalah yang terbaik bagi kami, Kau rezekikan kepada kami. Jika itu bukan yang terbaik Engkaulah sebaik-baik Penentu….


***

Seseorang pernah bertanya kepada saya, “Eh, bila kau nak mati*?” =.=’

Insya Allah 21 November-14 Disember 2011

*Eh, bila kau nak exam? (tashbih tamsil-lah katakaaan~haila…)


***


Planning selepas STPM??

Kawan-kawan yang lain dah mula isi borang kafa. Ttajah fardhu ain la pasni korang kann…insha Allah. Minggu lepas cikgu Che Na ada tawarkan saya sebagai ustazah pilihan. Eh silap, ustazah sambilan. Katanya nak suruh jadi gurunya. Macam tak percaya pulak >.< tapi, Dah tak layak untuk jadi cikgu untuk cikgu ataupun cikgu kepada anak cikgu. Cikgu adalah cikgu yang terbaik bagi anak cikgu. Cikgu yang tabah! Semoga Allah sentiasa bagi rahmat kat cikgu. Amin.

Jadi apa planning selepas STPM ni??

Mahu fokus kepada Maahad yang ku cintai. Insha Allah. Dua tahun saya merangka apa yang perlu di buat sebagai meng’qadha’ dua tahun ketidakpedulian saya terhadap Maahad. Moga saya istiqamah dengan niat ini. Dan saya dah minta izin dengan ma dan ayah mahu menghabiskan masa di Maahad. Permudahkanlahku ya Allah!

Allahu musta’an

p/s: Jangan lupa doakan kesihatan, kekuatan, kecekalan, dan kejayaan saya dalam STPM nanti!





Jumaat, 12 Ogos 2011

aku pendosa,adakah aku tidak layak?




byk buku atau atikel menulis tentang besnya bcinta slps kawin.sejenak terfikir,tulisan mereka itu hanya akan menyentuh segelintir pihak sahaja.berpijak dibumi yg nyata.berapa ramai yg tempoh remajanya tidak pernah bercinta. bagaimana perasaan mereka yg penah berkapel sblm kawin???

adakah mereka ini tiada peluang utk mengecapi rumahtangga yg disirami mahabbatullah serta rahmatNya?

pasti mereka akan berfikir,'aku tak layak membina sbuah bait muslim yg sakinah, lebih baik aku hanya menjadi seorang yg biasa2 sahaja'

bagiku yg terlalu faqir kpd allah ini, aku menyangkal sama sekali statement yg mengatakan bhw mereka yg pernah bercinta sblm kawin tidak ddapat mengecapi kebahagiaan yg luar biasa itu(slps kawin).


bagi aku mereka ini masih belum terlambat untuk mengubah sgala2nya.slagi mereka sedar apa yg mereka lakukan satu ketika dahulu adalah benar atau salah atau sejajar ataupun tidak dengan syarak...kesucian cinta masih boleh dipertahankan dengan penyesalan yang hakiki. INGAT! masih belum terlambat utk memulihkan kesucian itu! mungkin juga kesucian cinta mereka lebih tinggi nilainya kerana mereka telah bermujahadah mempertahankan cinta mereka.

tidak salah utk memiliki cinta.sedangkan fatimah r.ha memendam cintanya terhadap ali k.w.j...dan fatimah sedaya upaya mempertahankan cintanya agar tidak ternoda...

cintailah allah dahulu,kemudian rasul allah itu, dan jgn sekali menodai cinta yg sudah terbina...susahkah utk mempertahankan cinta terhadap sang Pencipta cinta? sukarkah memahatkan rasa rindu terhadap sang perindu umatnya? ajaklah diri sendiri dan orang sekeliling kearah kebaikan dan kawallah diri sendiri dan mereka daripadda melakukan perkara yg boleh mendatangkan dosa, itulah resepi taat kepada Allah. ikutilah langkah rasulullah, kerana naluri manusia ini akan gembira dan tidak puas untuk meniru seseorang itu,tak percaya?cuba dahulu.


pun begitu,
aku bknlah menggalakkan hubungan sebelum kahwin,namun aku cuba mengerti naluri dan kehendak manusia yg dahagakan cinta.kerana aku....juga manusia biasa.aku juga punya cinta, dan tdk sekali-kali akan ku nodainya




-rabiahvshassan-

Jumaat, 5 Ogos 2011

apekah??? *sanggul~




Khamis. Outing kejap dengan kawan-kawan dengan harapan dapat beli fabric headband. Maka jelajah-lah kami ke segenap pelosok mall tu semata-mata nak cari benda tuh. alahai~

Allah..jumpa jugak fabric headband yang murah, AKHIRNYA!
Sedang yang lain asyik memilih fabric headband masing-masing, sempat saya mengusha seluruh tapak jualan. Dan...




"apekah??? sanggul palsu! alahai..."



kalau dulu wanita tak bertudung je sanggup pakai rambut palsu, wig dsb, tapi sekarang yang bertudung pun nak jugak... =.='



adeihh...macam-macam!

Walaupun hanya memakai sanggul palsu dalam tudung, tetap perkara ini diqiyaskan kepada menyambung rambut yang hukum asalnya adalah haram. Maka samalah juga dengan memakai sanggul palsu di dalam tudung. Jika disemak kitab 'Fiqh as-Sunnah lin-Nisa' mengatakan bahawa,


"Sesungguhnya seorang perempuan itu ditegah daripada menyambung rambutnya dengan rambut yang lain seperti memakai wig samada untuk tujuan menyenangkan suami atau orang lain adalah haram hukumnya."



monolog hati::Rasanya patut saya mencari dengan dengan lebih mendalam tentang hukum pemakaian sanggul dalam tudung ni. Berguru dengan Pak Haji Google memang luas ilmunya, namun kesahihannya kurang boleh diambil kira. Lebih baik berguru dengan mereka yang betul faqih dalam hal ini :) Moga apa yang halal itu tidak dicemari dengan yang haram.

:::ohho! asyik menggogle tiba-tiba terjumpa komik ni.

betul jugak apa yang mereka fikir. Sanggul cantik-cantik pun nampak macam tak ubah seperti alien kot.HUHU!

dan banyak lagi komik-komik serius slamber camni :)


:::maaf ye kalau ada terasa.heee :)



wallahua'lam

Jumaat, 29 Julai 2011

"...kecuali lapar dan dahaga"






"Malang bagi orang yang tidak mendapat keampunan daripada Allah di bulan yang agung ini.Kenang dengan rasa lapar dan hausmu,kelaparan dan kehausan di hari kiamat.Bersedekahlah kepada fakir miskin.muliakan orang tuamu,sayangi yang muda,sambungkan tali persaudaraanmu,peliahara lidahmu,kawal pandanganmu dari apa yang tidak halal bagi kamu memandangnya dan kawal pendengaranmu dari apa yang tidak halal bagi kamu mendengarnya.Kasihi anak-anak yatim,nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu."




~Ahlan ya Ramadhan~

p/s: utk besarkan, tekan ( ctrl ) diikuti ( + ) , utk kecilkan, tekan ( ctrl ) diikuti ( - ), syukran jazilan!

Cintamu kemuliaan bagiku



tiap kali aku mengingati kisah ini, air mata kerinduan akan meluncur menzahirkan rasa…



Suatu hari Rasulullah sedang sakit, datang Bilal memanggil Rasulullah untuk memimpin solat subuh berjamaah, namun baginda menyuruh Bilal untuk kembali ke masjid dan menyuruh agar Abu Bakar bersedia untuk menggantikannya sebagai imam sholat, namun Abu Bakar menolak menggantikan Nabi untuk menjadi imam dan berkata


" wahai Bilal, tolong sampiakan kepada Baginda Rasulullah bahwa aku tak akan pernah berani untuk menggantikannya menjadi imam selama baginda masih hidup."


Pergilah Bilal menghadap Baginda Rasullulah SAW, tak lama kemudian datang lah Bilal beserta Nabi Muhammad SAW, lantas disuruh Bilal untuk mengumandangkan azan subuh.

Setelah mereka melaksanakan solat subuh berjamaah, Rasululluah SAW berdiri dan berkata,


" wahai para sahabat ku sekalian, aku (Rasulullah saw) merasa bahwa waktu ku tidak akan lama lagi untuk itu aku memohon maaf atas segala kesalahan-kesalahan yg telah aku perbuat entah di sengaja ataupun tidak di sengaja, apa bila ada di antara kalian yang pernah aku sakiti hatinya maka dalam kesempatan ini aku memohon agar kiranya kalian sudi untuk membalasnya, aku ikhlas karena Allah SWT."



para jamaah dan sahabat bersedih, suasana menjadi hening, yg terdengar hanyalah esakan tangisan para sahabat, tiba tiba seorang pemuda bernama 'Uqasyah berdiri dan berteriak dengan lantang,


"ya Rasulullah, aku pernah engkau sakiti,"


Rasulullah saw berkata


"bila dan bagaimana aku menyakitimu…??"


Si pemuda pun berkata waktu itu pada saat perang Badar baginda sedang menunggang kuda dan pemuda itu berada berhampiran baginda, baginda ingin mencambuk kudanya namun tanpa disedari 'Uqasyah juga terkena cambuk tersebut.


Kemudian Rasulullah menyuruh Bilal untuk mengambil cambuk miliknya, datang lah bilal dengan membawa cambuk tersebut dan menyerahkan kepada pemuda tersebut.
Berkata Rasulullah s.a.w.


"Wahai 'Ukasyah pukullah aku kalau kamu hendak memukul."


Kemudian 'Ukasyah berkata:


"Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul ku sewaktu ku tidak memakai baju."


Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju.


Si pemuda kemudian maju dan hendak memukul Rasulullah, namun pemda tersebut tidak memukul malah membuang cambuk tersebut dan memeluk Rasulullah SAW

"Aku menebusmu dengan jiwa ku ya Rasulullah s.a.w., siapakah yang sanggup memukul mu. Aku melakukan begini adalah sebab ku ingin menyentuh tubuhmu yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. dengan tubuhku. Dan Allah s.w.t. menjaga aku dari neraka dengan kehormatanmu"


Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata,

"Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."


***



"Kami melupakan semua yang berharga

Dalam naungan kasihmu

Hari ini dikaulah yang paling berharga

Yang kami miliki

Kami tidak berharga apa-apa

Dibandingkan dengan besarnya cintamu

Cukuplah hal ini menjadi kemuliaanku…"


Rabu, 27 Julai 2011

setiap luka pasti berparut






Luka di tangan...


...masih berparut. Biar pun vasseline, Bio Oil, dan macam-macam krim anti-parut yang disapu, tetap meninggalkan bekas.

***


"Hell is the best place for you!"


...قل موتوا بغيظكم....

"...Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu..."

-Ali Imran: 119


Aku dihentam, diprovok secara lantang demi memuaskan nafsu mereka. Sedaya upaya aku cuba mendiamkan diri dengan semua ini kerana bagi aku, semakin lantang mereka berbicara, hakikatnya itu merupakan penghormatan bagi ku. Cukup saja aku diam seribu bahasa dan cuba membaiki kelemahan yang ada. Aku tiada upaya untuk menahan lidah mereka. Aku hanya mampu memendamkan kritikannya sedalamnya supaya ia akan terkubur suatu hari nanti.


sedaya upaya aku menyembunyikan tangisan daripada awam. Namun tangisan itu kadangkala tumpah jua.


"Dah orang paling sabar,"


itulah ungkapan semangat sahabat yang setia memapahku kembali.

Memang sunnah dalam perjuangan jika kita ingin membaiki sesuatu, pasti akan berhadapan dengan kritikan yang pahit, malah cemuhan dan hinaan perlu jua ditelan.

Disebalik ujian ini pasti ada sesuatu yang tersirat. Ujian ini telah menambahkan pengaduanku kepada Yang Maha Berkuasa. Tangisan ketika di hadapanNya lebih laju daripada esakan didepan manusia. Terasa 'InayahNya lebih dekat daripada salur darah. Allah...Allah...Allah...



Pergilah kamu wahai kesedihan...Tuhanku sudah pun melarangku daripada bersikap lemah dan bersedih hati. Kesedihan itu tidak mendatangkan apa-apa faedah bagi hatiku. Malah makin mengundang bisikan syaitan untuk melarangku daripada melaksanakan perintahNya.




Hanya kerana diuji, kamu ingin bersedih, wahai hati?

Lihatlah para Sahabat akan bersedih jika mereka tidak dapat turut berjihad bersama Rasulullah saw. Dan itulah hakikatnya mereka yang berhak mendapat pujian daripada Allah dan peringatan bagi mereka yang bergembira kerana terlepas daripada ujian dan bebanan.


ولَا عَلَى الَّذِينَ إِذَا مَا أَتَوْكَ لِتَحْمِلَهُمْ قُلْتَ لَا أَجِدُ مَا أَحْمِلُكُمْ عَلَيْهِ تَوَلَّوْا وَأَعْيُنُهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ حَزَنًا أَلَّا يَجِدُوا مَا يُنْفِقُونَ

"Dan, tiada (dosa) atas orang-orang yang apabila mereka datnag kepada mu, supaya kemu memberikan mereka kenderaan, lalu kamu berkata, "Aku tiada kenderaan untuk membawamu," lalu mereka kembali sambil bercucuran air mata kerana kesedihan, lantaran mereka tidak memperolehi apa yang akan mereka nafkahnkan."

-at-Taubah:92

Itu lah kesedihan yang terpuji...



***


Baruku sedar bahawa manisnya sabar itu;

  • sabar untuk melakukan maksiat
  • sabar dalam mentaati Allah
  • sabar tatkala ditimpa ujian


***

Tengok Iman dah buat Cek Dah senyum :)


p/s: bbolok la Iman nih, Selamat ulang tahun Hari Lahir pertama!

Jumaat, 15 Julai 2011

so sial


bismillah wassolatu wassalam li rasulillah,

awat banyak sangat sesawang kat sini? Bella a.k.a Nur Chinta always with her words- "Dah, jangan lupa update blog!". Namun, kemalasan mengganggu-gugat hajat yang kian lama tersimpan di dalam hati ini.


petang tadi, sempat juga study pengajian am. Siap lah jugak satu karangan laras sastera tentang satu isu yang masih tiada penghujung-masalah eksploitasi wanita. Apa tu? Wanita dijadikan objek tempelan kepada mana-mana produk atau iklan utk meraih keuntungan, keghairahan, dan tidak terlampau saya katakan utk melonjakkan nafsu orang yang melihatnya.


Tengok sendiri iklan perfume axe, seorang lelaki yang memakai perfume tersebut menghampiri sebuah kaunter utk membeli makanan. Lantas si wanita yang berada di kaunter tersebut terhidu wangian yang menghairahkannya utk menggoda si lelaki tersebut dengan meninggalkan nombor telefonnya kepada lelaki tersebut. tak cukup dengan itu, siap memberi isyarat lagi kearah lelaki tersebut utk menghubunginya.

-gambar hiasan-

Itukah peranan wanita yang telah propagandakan oleh pihak berikut? Hina nya!


"hei...tak payah la
bimbang. Kita kan ada pembelanya,"

"Pewujudan sebuah Kementerian yang lengkap menggambarkan komitmen Kerajaan yang tinggi untuk meningkatkan martabat wanita di negara ini"- Dokumen Landasan Tindakan Kem. Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Jadi, rasa terbela kah? Kenapa wanita yang bertanggungjawab dalam kementerian tersebut tidak bangkit suarakan hak wanita yang telah dieksploitasi ini? Atau selendang di kepala itu terlalu berat sehinggakan mereka terduduk sepi? Jika pihak yang membangkang bangun, kata mereka ni suka membangkang. Allah...

Raja'na ilallah


Masih banyak kes eksploitasi yang melibatkan wanita spt model iklan, artis, promoter, umbrella girl, ringcard girl dan banyak lagi jika ingin menyebutnya.

Samakah kita dengan Jahiliah?


Dahulu: Laki-laki melihat kepada perempuan sebagai pembangkit syahwat dan perempuan itu syaitan dan kotor

Sekarang: wanita boleh jadi model kereta. Dengan syarat pakai seksi-seksi

Dahulu: Penguburan hidup-hidup bayi perempuan

Sekarang: pembuangan hidup-hidup bayi tak kira lelaki atau perempuan *pembuangan lebih dahsyat berbanding penguburan

Dahulu:perempuan dianggap hamba lelaki dan sebagai barang dagangan murah yang dapat dipergunakan sebagaimana dikehendaki

Sekarang: dari satu sudut- designer dan ahli kecantikan rata-rata terdiri daripada kaum lelaki. Mereka yg menentukan mode pakaian yang menarik dan jenis kosmetik yg sesuai diperagakan oleh wanita. Maka berusahalah wanita itu sekalian utk
memenuhi citarasa lelaki bukan mahramnya itu....
*tidak termasuk dalam konteks hak suami terhadap isteri


-German World Designer-

Dahulu:Wanita setaraf dengan pelayan

Sekarang: Siap ada kelab isteri taat lagi.hehe..


Apa yang Islam ajar?

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu. Hanya kepada-Ku lah kamu akan kembali.” (QS. Luqman: 14)


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kalian istri-istri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan menjadikan rasa kasih dan sayang di antara kalian.” (QS. Ar-Rum: 21)




Barat, mengatakan bahawa mereka yang mengangkat martabat wanita dan mengaku memberi hak kebebasan kepada wani
ta. Namun, tektik silent killer-nya itu menyebabkan kita tidak menyedari bahawa mereka sedang menjerumuskan wanita kedalam kehinaan. Buktinya, dikatakan bahawa seksi itu subjektif.


Subjektif?


Subjektif??


Subjektif???


Tak puas fikir di buatnya apa itu subjektif


"eh, seksi lah kau,"

"well hello, seksi itu subjektif ok. Pandai-pandai nak cakap kita ni seksi. Aku tutup ape..."



pelik....dah tutup masih lagi orang consider dia tu seksi. Apa seksi sebenarnya?


"dan dirikanlah solat kerana dengannya mampu mencegah perkara fahsya' dan munkar,"
-al ankabut:45


apa itu fahsya'?

Fahsya': apa-apa bentuk maksiat atau dosa yang berbentuk seksual. Natijahnya, seksi itu adalah fahsya'.


Melunakkan suara, melenggokkan badan, menarik perhatian, dan patah lagi membuka aurat, itu semua adalah dalam kategori seksi ataupun fahsya'. Asasnya ialah membelai nafsu tanpa dipadukan dengan iman yang cekal.

Jalan keluarnya ialah berusahalah menghadirkan seluruh jiwa dan anggota ke dalam solat, dan perbanyakkanlah puasa sunat =)



sabda nabi:

"Sesungguhnya puasa itu memotong syahwat, dan memotong kejahatan air mani, sebagaimana perisai berfungsi,"-al-Nawawi


"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan fahsya' dan munkar."


p/s: berehatlah dengan solat bukan berehat daripada solat, chill! :)

p/s: maaf, saya bukan pakar dalam menulis!

ya sattar, ustur 'uyubana...




Ahad, 5 Jun 2011

walk with me


bismillah wassolatu wassalam lirasulillah


-karnival walk with me 2011, 4 June-

walk-a-thon: walking marathon :)

marathon: larian secara istimrar/ istiqamah :D

Berjuanglah dalam keadaan marathon. Tak boleh pecut. Nanti kejap je dah end of the limit. Ber'marathon'lah dalam perjuangan :)

selari dengan hadis nabi,


Amalan yang paling disukai di sisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) biarpun sedikit (Hadis riwayat Bukhari)


salam perjuangan!



Jumaat, 3 Jun 2011

Sindrom ‘tak pedulisme’

Bismillah wassolatu wassalam lirasulillah,



Ya! MoOd muktamar! :)

Mengamati teks ucapan perasmian Muktamar Muslimat kali ke 51 cukup membuat diri ini tersuntik kembali semangat yang lama terkubur. (credit to kakngah membangkitkan Dah kembali.luv ya!)



Kenapa muslimat sentiasa di tasybihkan sebagai sayap kiri perjuangan?


"Mereka adalah sayap pengimbang di dalam perjuangan menegakkan agama Allah SWT. Sebagaimana seekor burung tidak mungkin terbang dengan sebelah sayapnya, demikian juga sebuah jemaah yang berentap di pentas demokrasi seperti di Malaysia, sudah tentu berfungsi dengan baik dengan adanya sayap yang bernama muslimah."-TG Nik Abd Aziz


-gambar hiasan-





Beberapa bulan yang lepas, kerap juga rasanya diri ini berulang alik ke library merujuk kitab-kitab tafsir merujuk beberapa ayat dalam mata pelajaran usuluddin-membahaskan methologi al-quran dalam menerapkan unsur aqidah. (masuk exam baru ni. Alhamdulillah.hoho)


Sempat diri ini membelek kitab 'Yas-aluunak fiddin wal hayah' antaranya menceritakan tentang peranan pemuda dalam peristiwa hijrah. Saya ingin mengenengahkan tentang peranan wanita dalam hijrah Baginda ke Madinah-Asma' binti Abu Bakar.



Kisah (1):

Sebelum Rasulullah ingin memulakan misinya bersama Abu Bakar, baginda telah mengatur strategi misinya di rumah Sayidina Abu Bakar r.a. semua hamba dan orang yang berada di dalam rumah tersebut diarahkan supaya keluar kerana ingin membicarakan perkara sulit tersebut.



Namun, baru sahaja Rasulullah ingin memulakan perbincangan bersama Abu Bakar, Baginda terdengar suara dari tabir dan bertanya kepada Abu Bakar siapakah itu.

Abu Bakar memberitahu baginda supaya baginda tidak perlu curiga kerana suara itu ialah suara Asma' dan Aisyah.


Maka, Rasulullah terus memulakan perbincangan tersebut bersama Abu Bakar-menunjukkan Asma' dan Aisyah r.huma diberi kepercayaan oleh Baginda untuk tidak menghebahkan perancangan tersebut.


Kisah (2):

Saat Rasulullah saw dan sahabat baginda, Abu Bakar r.a berada di Gua Thur, sekali lagi Asma' dan Aisyah menjalankan peranannya. Mereka telah menyediakan bekalan makanan kepada Rasulullah saw dan ayah mereka, bekalan yang cukup banyak untuk menampung mereka di sepanjang perjalanan.


Asma' telah menghantar makanan tersebut kepada Rasulullah dan Abu Bakar di gua Thur. sperti yang kita lihat dalam 'Jejak Rasul', Gua Thur merupakan tempat yang berbatu dan sukar untuk sampai ke gua kecil itu.

Maka, untuk mendaki batu-batu besar tersebut dengan membawa makanan, mungkin disebabkan keadaan cemas, beliau terlupa untuk mengikat makanan tersebut. Dengan menggunakan kebijaksanaannya dalam keadaan cemas itu, beliau telah membelah selendangya menjadi dua dan mengikat makanan tersebut untuk memudahkan menaiki bukit tersebut. Disebabkan peristiwa itu, Rasulullah saw telah menggelarkan Asma' sebagai 'Dzatun Nithaqaini', pemilik dua selendang di syurga.


Kisah (3):

Sekembalinya Asma' ke rumahnya, beliau di datangi oleh Abu Jahal dan beberapa orang Quraisy yang bertanyakan dimana ayahnya berada.


"Demi Allah aku tidak mengetahui kemana ayah pergi," Tenang.


Abu Jahal merasa tidak puas hati dengan jawapan itu lantas menampar pipinya sehingga anting-anting yang dipakainya tercabut. Kekentalan Asma' jelas terpancar dan keimanan yang kukuh dalam mempertahankan kelancaran misi hijrah tersebut.


………………………………..



"Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah:71)


-gambar hiasan-


Realitinya, para muslimah yang mengaku intima' dengan mana-mana harakah selalu sahaja diibaratkan mengalami sindrom 'tak pedulisme'. Kenapa?


Tengok sahaja diri ini, halangan dan ujian yang 'mencabar' datang, terus membongkokkan badan menyerah dan mengaku seorang yang lemah. Pokok utama sindrom ini berlaku kerana kurangnya thaqofah(pengetahuan) tentang 'mengajak kearah makruf dan menegah kemungkaran'.


Ya kan?


Kita telah lihat peranan wanita yang pernah mewarnai sejarah yang hebat. (itu saya hanya menutarakan contoh Asma' shj). Maka muslimah mursyidah sekalian perlu melakar sejarah bagi peneruskan peranan beralaskan iman dan taqwa kepada Allah swt.


"Hakikatnya taqwa itulah yang mencetuskan kesabaran dalam mengorbankan kepentingan diri demi kemaslahatan ummah. Taqwa itulah yang mencetus kesyukuran kemudian dizahirkan dengan kesetiaan menjalankan hukum-hukum Allah SWT."

"Keyakinan akan syariat Islam yang bersifat universal dan sikap optimis akan masa depan Islam yang dijanjikan kemenangan ini mesti dimiliki oleh tiap Muslimah. Seharusnya refleksi diri dilazimi dan usaha membersihkan hati daripada sikap mementingkan diri serta malas dijadikan keutamaan."


P/s: sistem khalifah itu tidak akan terjadi dengan sendiri tanpa usaha para muslimah yang bersama-sama muslimin untuk merealisasikannya.

"Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana."

p/s: semoga semangat ini takkan pernah luntur, amen.


"Muslimah sebagai nadi jemaah"

"Muslimat cakna!"

Wallahua'lam bissowab


Khamis, 2 Jun 2011

Let me be the other half of you


Aku iri hati dengan wanita itu yang terlalu hebat di 'mata' sekalian yang berada 'diatas'. Sayap kiri seorang asy-Syahid Ismail Abu Syanab- pemimpin kanan HAMAS, pembantu terdekat asy-Syahid Sheikh Ahmad Yasin. Katanya tatkala ditanya perihal cirri-ciri wanita yang perlu ada pada wanita yang ingin berkahwin dengan pejuang-pejuang jihad:

"Perasaan saya adalah perasaan orang yang kehilangan kekasih. Tetapi saya bangga dan merasa mulia kerana suami saya berhasil memperoleh apa yang dikehendakinya dan cita-citakan dalam hidupnya"


"saya sangat berbangga walaupun sedih kehilangannya. Saya berdoa agar saya diketemukan kembali dengannya di dalam rahmat-Nya yang berkekalan (syurga)"


"kami menerima berita syahidnya dengan bertakbir, ["Allahuakbar, baba telah mati syahid! Allahuakbar, baba sudah syahid di sisi Allah."]"

.............................


Allahurabbi...

Wahai kamu dan aku yang bergelar wanita, haruslah ingat, kita bukanlah sang khalifah yang bakal mentadbir daulah. Kita bukan Mahdi yang bakal memakmurkan fitnah. Tapi, kita adalah sayap
kiri kepada khalifah. Tidak mustahil darah yang mengalir halus dalam saraf ini adalah darah yang turut sama mengalir dalam diri al-Mahdi suatu hari nanti.






Termaktub dalam sabdanya,


" تخيروا لنطفكم "

-pilihlah isteri yang sesuai untuk benih kamu (anak-anak)-


Kisah (1):


Seorang datang kepada Sayidina Umar menceritakan keburukan perangai anaknya, lalu Sayidina Umar r.a memanggil anaknya dan mengingatkan tentang besarnya dosa menderhaka ibu bapa. Si anak tadi bertanya Sayidina Umar,


"Tidakkah anak juga mempunyai hak keatas ibu bapanya?"

"Ya!"

"Apakah hak-hak mereka?"


sayyidina umar menjawab,

"Hendaklah si bapa memilih ibu yang solehah(1), memberi nama yang baik untuk anaknya(2) dan mengajarnya al-Quran(3)."


jawab sang anak,

"Dia tidak membuat satupun daripada tiga perkara tersebut. Yang pertama dia tidak memilih isteri yang baik, ibuku seorang negro hamba kepada Majusi. Kedua dia menamakanku Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tidak mengajar satu pun huruf daripada al-Quran."

Lantas Sayidina Umar r.a berkata, "Adakah kamu (ibu bapa) datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan anakmu….kamu yang telah menderhakainya (anak) sebelum dia menderhakaimu"




.........................................


Aku terkenang pesanan seorang fasilitator ku dalam nadwah yang lepas,katanya,


"binalah Negara Islam dalam diri kamu bermula sekarang,"

Aku perempuan, masakan aku punyai hak dan libatan dalam perkara itu?

"Bahkan. Kamulah yang penting dalam pembinaan daulah itu. Peliharalah kualiti fardhu muslim dalam diri kamu, maka dengan izinn-NYA dianugerahkan baitul muslim dalam hidupmu, titik tolak kepada satu empayar kekhalifahan. Kamu pembentuk generasi mujtama'muslim (masyarakat muslim) yang bakal menerajui daulah dan khilafah,"




……………………………………………


P/s: -actually, entry ni khas utk kamu yg rasa dirinya wanita, maka jadilah kamu wahai wanita seorang yang mampu berakhlak sehingga dengan diri mu sendiri. (Itulah yang paling mencabar). kerana berwasilahkan kamulah terlaksananya kesemua maratib amal itu (peringkat amal)



-seorang yang berakhlak tanpa adab ibarat menyimpan batang pokok yang mati-tiada fungsi (bezakan kedua-dua perkara tersebut! Akhlak dan adab mesti bersama!)


p/s: apasal skema pelik ayat entry ni??hmm..


p/s: "perkahwinan itu bagi remaja ibarat melihat bukit dari jarak JAUH. Cantik. Jika menghampirinya, terlalu banyak semak di dalamnya. Hanya mereka yang bersedia mampu mengharungi semak itu…"


wallahu'alam bissowab


baitul muslim untuk semua! :)

oh, last but not least, dear my beloved zauj-will be, let me be the other half of you ^^