Memaparkan catatan dengan label fikrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fikrah. Papar semua catatan

Ahad, 5 Jun 2011

walk with me


bismillah wassolatu wassalam lirasulillah


-karnival walk with me 2011, 4 June-

walk-a-thon: walking marathon :)

marathon: larian secara istimrar/ istiqamah :D

Berjuanglah dalam keadaan marathon. Tak boleh pecut. Nanti kejap je dah end of the limit. Ber'marathon'lah dalam perjuangan :)

selari dengan hadis nabi,


Amalan yang paling disukai di sisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) biarpun sedikit (Hadis riwayat Bukhari)


salam perjuangan!



Jumaat, 3 Jun 2011

Sindrom ‘tak pedulisme’

Bismillah wassolatu wassalam lirasulillah,



Ya! MoOd muktamar! :)

Mengamati teks ucapan perasmian Muktamar Muslimat kali ke 51 cukup membuat diri ini tersuntik kembali semangat yang lama terkubur. (credit to kakngah membangkitkan Dah kembali.luv ya!)



Kenapa muslimat sentiasa di tasybihkan sebagai sayap kiri perjuangan?


"Mereka adalah sayap pengimbang di dalam perjuangan menegakkan agama Allah SWT. Sebagaimana seekor burung tidak mungkin terbang dengan sebelah sayapnya, demikian juga sebuah jemaah yang berentap di pentas demokrasi seperti di Malaysia, sudah tentu berfungsi dengan baik dengan adanya sayap yang bernama muslimah."-TG Nik Abd Aziz


-gambar hiasan-





Beberapa bulan yang lepas, kerap juga rasanya diri ini berulang alik ke library merujuk kitab-kitab tafsir merujuk beberapa ayat dalam mata pelajaran usuluddin-membahaskan methologi al-quran dalam menerapkan unsur aqidah. (masuk exam baru ni. Alhamdulillah.hoho)


Sempat diri ini membelek kitab 'Yas-aluunak fiddin wal hayah' antaranya menceritakan tentang peranan pemuda dalam peristiwa hijrah. Saya ingin mengenengahkan tentang peranan wanita dalam hijrah Baginda ke Madinah-Asma' binti Abu Bakar.



Kisah (1):

Sebelum Rasulullah ingin memulakan misinya bersama Abu Bakar, baginda telah mengatur strategi misinya di rumah Sayidina Abu Bakar r.a. semua hamba dan orang yang berada di dalam rumah tersebut diarahkan supaya keluar kerana ingin membicarakan perkara sulit tersebut.



Namun, baru sahaja Rasulullah ingin memulakan perbincangan bersama Abu Bakar, Baginda terdengar suara dari tabir dan bertanya kepada Abu Bakar siapakah itu.

Abu Bakar memberitahu baginda supaya baginda tidak perlu curiga kerana suara itu ialah suara Asma' dan Aisyah.


Maka, Rasulullah terus memulakan perbincangan tersebut bersama Abu Bakar-menunjukkan Asma' dan Aisyah r.huma diberi kepercayaan oleh Baginda untuk tidak menghebahkan perancangan tersebut.


Kisah (2):

Saat Rasulullah saw dan sahabat baginda, Abu Bakar r.a berada di Gua Thur, sekali lagi Asma' dan Aisyah menjalankan peranannya. Mereka telah menyediakan bekalan makanan kepada Rasulullah saw dan ayah mereka, bekalan yang cukup banyak untuk menampung mereka di sepanjang perjalanan.


Asma' telah menghantar makanan tersebut kepada Rasulullah dan Abu Bakar di gua Thur. sperti yang kita lihat dalam 'Jejak Rasul', Gua Thur merupakan tempat yang berbatu dan sukar untuk sampai ke gua kecil itu.

Maka, untuk mendaki batu-batu besar tersebut dengan membawa makanan, mungkin disebabkan keadaan cemas, beliau terlupa untuk mengikat makanan tersebut. Dengan menggunakan kebijaksanaannya dalam keadaan cemas itu, beliau telah membelah selendangya menjadi dua dan mengikat makanan tersebut untuk memudahkan menaiki bukit tersebut. Disebabkan peristiwa itu, Rasulullah saw telah menggelarkan Asma' sebagai 'Dzatun Nithaqaini', pemilik dua selendang di syurga.


Kisah (3):

Sekembalinya Asma' ke rumahnya, beliau di datangi oleh Abu Jahal dan beberapa orang Quraisy yang bertanyakan dimana ayahnya berada.


"Demi Allah aku tidak mengetahui kemana ayah pergi," Tenang.


Abu Jahal merasa tidak puas hati dengan jawapan itu lantas menampar pipinya sehingga anting-anting yang dipakainya tercabut. Kekentalan Asma' jelas terpancar dan keimanan yang kukuh dalam mempertahankan kelancaran misi hijrah tersebut.


………………………………..



"Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah:71)


-gambar hiasan-


Realitinya, para muslimah yang mengaku intima' dengan mana-mana harakah selalu sahaja diibaratkan mengalami sindrom 'tak pedulisme'. Kenapa?


Tengok sahaja diri ini, halangan dan ujian yang 'mencabar' datang, terus membongkokkan badan menyerah dan mengaku seorang yang lemah. Pokok utama sindrom ini berlaku kerana kurangnya thaqofah(pengetahuan) tentang 'mengajak kearah makruf dan menegah kemungkaran'.


Ya kan?


Kita telah lihat peranan wanita yang pernah mewarnai sejarah yang hebat. (itu saya hanya menutarakan contoh Asma' shj). Maka muslimah mursyidah sekalian perlu melakar sejarah bagi peneruskan peranan beralaskan iman dan taqwa kepada Allah swt.


"Hakikatnya taqwa itulah yang mencetuskan kesabaran dalam mengorbankan kepentingan diri demi kemaslahatan ummah. Taqwa itulah yang mencetus kesyukuran kemudian dizahirkan dengan kesetiaan menjalankan hukum-hukum Allah SWT."

"Keyakinan akan syariat Islam yang bersifat universal dan sikap optimis akan masa depan Islam yang dijanjikan kemenangan ini mesti dimiliki oleh tiap Muslimah. Seharusnya refleksi diri dilazimi dan usaha membersihkan hati daripada sikap mementingkan diri serta malas dijadikan keutamaan."


P/s: sistem khalifah itu tidak akan terjadi dengan sendiri tanpa usaha para muslimah yang bersama-sama muslimin untuk merealisasikannya.

"Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana."

p/s: semoga semangat ini takkan pernah luntur, amen.


"Muslimah sebagai nadi jemaah"

"Muslimat cakna!"

Wallahua'lam bissowab


Jumaat, 29 April 2011

pabila anak itu bersuara...

bismillah wassolatu wassalam lirasulillah...


Seorang anak berusia dalam lingkungan 7-11 tahun bertanya kpd ayahnya,


“ayah, liwat tu apa?”


Apa seorang ayah akan menjawab?

“erm, liwat tu macam biskut la kot…”

Erk.. boleh ke jawab camtu?


Persoalan sebegini sering ditujah oleh mereka yang beru sahaja mengenal apa itu guru, apa itu kawan dan apa itu peperiksaan.

Adakah patut mereka ini dibesarkan menerusi zaman ‘krisis moral’ ini?
Lihat saja di dada akhbar mahupun tabloid antarabangsa, tidak salah jika dikatakan hampir setiap hari isu social dijadikan sajian utama akhbar.


Ya lah, sekalipun si kecil ini tidak pandai membelek akhbar namun perkara sebegitu terlalu menjadi buah mulut sehinggakan terdetik dibenak mereka;


“apalah yang mereka cakapkan. Tak faham la”



Kata Ibnu Khaldun dalam al-Muqaddimah-nya:

“Anak-anak mempelajari dengan cara mengikuti dan mencontohi LEBIH daripada yang diambil dengan cara nasihat dan tunjuk ajar”



Dalam Tarbiyatul aulad pula merangka peringkat-peringkat pembesaran anak. Jika dilihat, anak-anak seusia 2-5 tahun suka bergerak, meniru, dan mereka cipta melalui eksperimen disamping berusaha memerhati keadaan sekeliling dan mencari sebabnya.
Peringkat usia 5-12 tahun, adalah zaman pencorak. Pada peringkat inilah mereka belajar menjadi seorang yg menilai dan melihat realiti. Maka bermula peringkat inilah mereka perlu diasuh, diajar dan ditaanam dengan ilmu aqidah, ibadah dan akhlak.


Andai peringkat ini didedahkan dengan suasana yang tidak islami, apa akan terjadi kepada mereka akan datang?





Awal tarbiah adalah daripada ibubapa. Keduanya ialah sekolah dan media. Dua medium ini tidak mampu menempah tempat ketiga. Jika guru mengajar anak muridnya menghasilkan miming lagu atau sebagainya, maka sudah tentu anak murid akan mampu berbuat lebih daripada itu.


Media pula ibarat air. Tanpanya kita kehausan maklumat. Jika media membentangkan perkara yang kotor, maka kotorlah minda si pembaca.



Pepatah Arab berkata:

“Lisan melalui perbuatan adalah lebih efektif berbanding lisan melalui percakapan (nasihat)”



Jika hanya mengharapkkan ibubapa dan guru saahaja berperanan mendidik anak, itu SALAH!


Di mana institusi masjid?
Ke mana hikmah media massa?
Bagaimana tauladan sang pemimpin Negara?



…………………………..



Maghrib semalam, kedengaran sayup suara ibu men’tartil’kan surah Yusuf. Dari jauh diriku mentadabbur bacaan itu sendirian sambil dibacakan ayat tersebut oleh ibuku. Kisah Firaun dan Nabi Musa a.s.

keengganan Firaun tunduk kpd kekuasaan Allah dan ketakutan rakyatnya (pemuda) utk menyerah diri serta akur kepada Kesultanan Allah dek kerana takutnya terjejas periuk nasi mereka, bimbang di-posting ke daerah pedalaman, kesukaran utk mendapatkan pekerjaan, dan khuatir digantung pembelajaran mereka walaupun hakikatnya hati mereka tidak menidakkan kebenaran ajaran Musa.



Maka Nabi Musa bersuara, apabila diri sudah mengikat janji setia dengan Allah, maka patutlah member sepenuh pergantungan kepada-Nya.


[ Musa berkata: “Wahai kaumku! Jika kamu beriman kepada Allah, maka bertawakkal kepada-Nya jika kamu benar-benar orang yang menyerah diri”]


Pemuda-pemuda itu menjawab:

“kepada Allah-lah kami bertawakkal. Ya Tuhan kami! Jangan Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau daripada tipu daya orang yang kufur”



Maka begitulah juga rintihan pemuda dan seluruh ummat ini.


[Ya Allah, peliharalah kami daripada menjadi sasaran fitnah kezaliman]



Zaman ini zaman fitnah. Zaman pensyirikan ummah. Zaman yang mana kami dibesarkan dalam suasana bukan islami. Zaman kotor. Ya, kami diajar dan didedahkan dengan semua perkara yang tidak sepatutnya dijadikan perbualan umum. Hati kami keras. Terasa jauh daripada rahmat.


Kami kurang Zaid b Thabit dan Abdullah b Abu Bakar

Kami hilang Amir b Fahirah dan Asma’ binti Abu Bakar

Kami mahu semangaat Ayas b Mu’az dan As’ad b Zurarah

Mereka semua jiilul quran asuhan Rasulullah

Kami ingin seperti mereka

Namun tidak berdaya jika kami hanya disebelah pihak

Kami perlukan sokongan dan tunjuk ajar asy-syuyukh

Kami perlukan hikmah mu…



Rabu, 29 Disember 2010

mereka...mursyid

assalamu'alaikum wbt...

suka ingin kongsikan dan perkenalkan mereka ini kepada semua

mereka ialah tokoh gerakan Islam yang telah memperjuangkan agama Allah yang dipenuhi ranjau yang berduri.


Teringat kata-kata Sheikh Ali as-Sobuni:





"Perjuangan Rasulullah adalah perjuangan suci, tidak ada yang lebih suci melainkan kita memperjuangkan agama Allah"


1. Dr. Abdul Aziz Rantisi - Sang Doktor Pembawa Obor Jihad

2. Abdul Qader Awdah - Hakim Yang Digantung Mati Kerana Mempertahankan Kebenaran Islam

3. Dr. Abas Madani - Singa Islam Di Algeria

4. Syeikh Abdul Hamid Kisyk - Ulama' Buta Yang Banyak Hadapi Ujian Getir

5. Dr. Abdul Majid Az-Zandani - Mentor Gerakan Islam Yaman Hadapi Pelbagai Tribulasi

6. Dr. Abdullah Azzam - Mujahid Ikhwan Al-Muslimin Yang Rindukan Syahid

7. Dr. Abdullah Nasih Ulwan - Tokoh Ilmuwan Haraki Yang Bersifat Murabbi

8. Syeikh Ahmada Yassin - Tokoh Ikhwan Yang Menubuhkan HAMAS Di Palestin

9. Syeikh An-Nadwi - Tokoh Ulama' Yang Berjiwa Lembut Ketika Berdakwah

10. Badi'uzzaman Sa'id An-Nursi - Abadikan Hidup Untuk Islam

11. Dr. Burhanuddin Al-Helmi - Menyiram Obor Perjuangan Kemerdekaan Malaya

12. Najmuddin Erbakan - Menelusuri Khilafah Yang Hilang Di Turki

13. Syeikh Faisal Molawi - Tokoh Ulama' Lubnan Berpendirian Tegas

14. Dr. Fathi Yakan Alami Pelbagai Tribulasi Yang Mematangkan Perjuangannya

15. Imam Syahid Hasan Al-Banna - Pencetus Kebangkitan Umat Abad 20

16. Hakim Hasan Al-Hudaibi - Pengganti Imam Hasan Al-Banna Yang Terserlah
Ketokohannya

17. Dr. Hasan At-Turabi, Mentor Dakwah Di Balik Tirai Besi Di Sudan

18. Jamaluddin Al-Afghani - Perintis Kebangkitan Gerakan Islam Seantero Dunia

19. Al-Maududi - Memiliki Ciri Mujaddid Kurun Ke 20

20. Syeikh Muhammad Abduh - Penerus Manhaj Saiyid Jamaluddin Al-Afghani

21. Syeikh Muhammad Al-Ghazali - Ulama' Yang Tidak Kenal Jemu Ketika Berdakwah

22. Ustaz Mustafa Masyhur - Mursyidul 'Am Kelima Ikhwan Al-Muslimin

23. Syeikh Dr. Mustafa Siba'ie - Pengasas Gerakan Ikhwan Al-Muslimin Syria

24. Omar Mokhtar - Singa Padang Pasir Yang Digeruni Musuh

25. Qazi Hussain - Penerus Agenda Yang Ditinggalkan Oleh Maududi

26. Sayyid Qutb - Penjara Dan Kematian Dalam Mercu Tanda Dakwah

27. Syeikh Sa'id Hawwa - Tokoh Gerakan Islam Berjiwa Sufi

28. Syeikh Solah Abu Ismail - Pejuang Islam Hingga Dalam Parlimen

29. Zainab Al-Ghazali - Mujahidah Yang Cekal Walau Dipenjara, Disiksa

30. Dr. Zaghlul An-Najjar - Ahli Profesor Geologis Muslim Berjiwa Haraki

31. Dr. 'Aidh Al-Qarni - Ulama' Muda Berdakwah Melalui Penulisan

32. Solah Syadi - Pegawai Polis Yang Komited Dengan Islam

33. Syeikh Mahfuz Nahnah - Hadapi Tribulasi Dengan Penuh Ketenangan Jiwa

34. Dr. Wahbah Az-Zuhaily - Kejora Di Langit Malam

35. Syeikh Sayyid Sabiq - Tokoh Hadis Yang Diberi Kepercayaan Oleh Imam Hasan Al-Banna

36. Dr. Abdul Karim Zaidan - Saat Dakwah Menjengah Penjara Di Iraq

37. Sa'id Ramadan - Legasi Hasan Al-Banna

38. Syeikh Muhammad Mahmud As-Sowaf - Perintis Dan Pengasas Gerakan Islam Di Iraq

39. Syeikh Abdul Hamid Ben Badis - Tonggak Hadapan Islam Di Algeria

40. Ustaz Fadzil Noor (1937 - 2002) Dalam Kenangan - Dari Gudang Ilmu Ke Kancah
Siasah

41. Syeikh 'Izzuddin Al-Qassam - Inspirasi Perjuangan Hamas Di Palestin

42. Syeikh Ali Tantawi - Tokoh Ikhwan Syria Berdada Dengan Kezaliman

43. Ismail Haniyyeh - Berjuang Untuk Islam Sejak Remaja

44. Muhammad Mehdi Akef - Al-Mursyidul 'Am Ikhwan Yang Membadai Gelora

45. Hakim Hasan Al-Hudaibi - Pengganti Imam Hasan Al-Banna Yang Terserlah
Ketokohannya

46. Umar Tilmisani - Pejuang Gigih Membela Islam Dengan Segala Yang Apa Pada Diri

47. Muhammad Hamed Abu An-Nasr - Al-Mursyidul 'Am Keempat Ikhwan Muslimun

48. Khaled Masy'al - Perancang Politik Hamas Yang Berkesan

49. Maa'mun Al-Hudaibi - Al-Mursyidul 'Am Keenam Yang Tegas Dan Berwawasan

50. Syeikh Abdel Badi' Saqar - Berjuang Tegak Islam Bersama Imam Hasan Al-Banna

51. Syeikh Dr. As-Saiyid 'Askar - Manfaatkan Ilmu Untuk Tegak Islam Dalam Parlimen

52. Dr. Maryam Soleh - Tokoh Muslimah Dalam Kabinet Hamas

53. Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni - Tokoh Islam Yang Menyintai Ilmu

54. Hamzah Yusuf - Pendakwah Amerika Yang Menyonsang Arus Jahiliah Moden

55. Dr. Zakir Naik - Pembela Islam Dengan Hujah Injil, Al-Quran Lawan Kristian

56. Yvonne Ridley - Pendukung Kuat Ikhwan Muslimin Setelah Menerima Islam

57. Syeikh Nasiruddin Al-Albani - Tokoh Hadis Yang Komited Dengan Ilmunya

58. Syeikh Ahmad Deedat - Permata Islam Yang Hilang

59. Dr. Tariq Ramadan - Nyalakan Obor Islam Di Switzerland Dan Eropah

60. Ahmad Saiful Islam Hasan Al-Banna - "Anak Singa Dilahirkan Oleh Singa"

61. Dr. Muhamad Natsir - Sesepuh Dakwah Indonesia

62. Profesor Dr. Zulkifli Mohamad - Permata Ummah Di Alam Melayu




Ingin rasanya memetik satu amanat penting yang ditinggalkan oleh Syeikh Abduh di dalam buku karangannya ‘Risalah at-Tauhid ‘. Amanatnya cukup menarik untuk kita jadikan titik renungan bersama iaitu,


“Manusia yang hidup menurut aqidahnya, maka luruslah perjalanan hidupnya”.


Lantaran itu, kita perlu mengambil iktibar daripada perjalanan hidup Syeikh Abduh yang telah menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi untuk mengembalikan sinar kegemilangan yang kian sirna. Sifat-sifat yang dimiliki oleh beliau wajar kita asimilasikan dalam hati agar kita dapat terus mempertahankan Islam dalam alaf yang akan datang dan untuk selama-lamanya ........Insya-Allah.



rujukan-Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden - Siri 1 & 2
Penulis: Zainudin Hashim & Riduan Mohamad Nor
Penerbit: Jundi Resources


wallahu'alam...

Jumaat, 17 Disember 2010

jom merentas terowong masa!

“Eh, tengok…” ujar Nobita sambil membawa jarinya kepada gambar lama yang sedang ditatap oleh mereka berdua.

“Ini loceng kesayangan saya! Hadiah daripada nenek” sambungnya lagi. “Doraemon, tolong lah saya carikan balik loceng saya…”

“Nobita, kita kan bukan ada di rumah kita dahulu. Kan rumah tu sudah dijual.”

“Doraemooooon, tolong lah saya! Keluarkanlah alat-alat awak tu..”

“Baiklah-baiklah. Saya bantu. Awak ni terlampau mengada lah Nobita! Jomlah naik mesin masa”.





…….




Mesin masa ataupun taimu-mashin yang diistilahkan oleh Doraemon… hanya wujud dalam anime Doraemon dan Kiteretsu. Realitinya, mustahil untuk mencipta mesin masa. Paling-paling canggih manusia, hanya mampu ke ISS dan ke bulan(betul ke tidak, wallahu’alam).




Boleh aje! ‘Mesin masa’ zaman kita, SEJARAH! ^o^’



Kalau susah guna mesin, kita ikut terowong! Korek aje…. Bukan nak pergi jauh pun, terowong ni hanya mahu ke era 80-90-an sahaja.



..Terowong masa BERMULA!..



_Jika dahulu, bangun je pagi, terus tanya keluarga mereka—“nak makan apa ya hari ini?”. Bersiap sedia untuk mencari rezeki yang halal.

Sekarang, bangun sahaja dari tidur, perkara yang di tanya—“nak makan sape ya hari ini?”.

Sudah biasa… ‘Makan orang’ memang menjadi kegemaran manusia. Dulu agak sukar untuk mendengar berita tembak-menembak, kelar-mengelar, cincang-menyincang… dan banyak lagi. Kadang-kadang benda tersebut tidak terlintas difikiran untuk diperlakukan oleh seorang manusia.



Paling dahsyat, pembuangan bayi….tak… pembunuhan kejam bayi. Diri ini diterjah dengan perasaan ‘pelik’. Pelik kenapa manusia tidak ada rasa takut untuk melakukan sesuatu dosa? Mungkin amat susah untuk mendapatkan pakaian taqwa tersebut. Diri ini mengakuinya….



..Mari kita rentas lagi terowong masa kita, jauh lah sedikit….



_Jika dahulu Hijaz merupakan tempat yang memang maklum dengan statistik jenayah yang meningkat tinggi. Namun apabila kerajaan Arab Saudi menjalankan hukuman hudud kepada pesalah-pesalah samada mencuri, merompak dsb, kesannya, kerajaan Amerika telah memuji kerajaan tersebut apabila dalam masa 20 tahun, hanya 5 kes yang disabitkan kepada pesalah.



Ini bukan mahu pujian daripada mereka, point di sini adalah K-E-A-M-A-N-A-N.



Bandingkan dengan negara kita yang tercinta ini, bilangan anak luar nikah hanya pada tahun 2009 ialah sebanyak 17,303! Itu hanya yang berdaftar… dan ingin sangat menceritakan tentang seorang mad’u ku yang baru sahaja menggugurkan kandungannya di depan dua biji mata ini. Peristiwa yang takkan padam dalam kotak fikiran. Beliau baru sahaja mencecah umur belasan. Baru sahaja menjejak kaki ke dunia high school. Tapi……… baiklah, kita tinggalkan peristiwa ini. Diri ini masih trauma dengan peristiwa tersebut.




Berbalik tentang pelaksanaan hokum Allah di negeri Hijaz;


Terang dan jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan hukum Allah ini membawa kita kearah hidup yang lebih selamat, aman, dan bahagia. Ini yang lebih membuktikan bahawa tujuan undang-undang Islam sebenarnya adalah memelihara agama, jiwa, keturunan, akal, dan harta.




Baiklah, mari kita rentas sekali lagi terowong masa, buat kali terakhir bagi sesi ini. Kali ini kita pergi lebih jauh!! ^o^v




_Jika dahulu, sebut sahaja perkataan Ahad, Ahad, Ahad (Allah Maha Esa), batu besar menindas dadanya.




Tapi amat berbeza dengan kita, sebut sahaja Ahad, Ahad, Ahad, rupa-rupanya bantal empuk yang sedang menindas memujuk supaya menyambung tidur….




Hailah.. Aqidah rapuh, mudah untuk melakukan maksiat tanpa merasakan kehadiran dosa sedang melingkari kita. Ya kan? Saya kira inilah punca tercetusnya fenomena yang luar dari ruang lingkup fikiran kita.



Seorang lagi mad’u ku pernah berkata,


“Masjid kat sini (Kelantan) tiap-tiap waktu kan penuh jemaahnya.”
“Kenapa? “ Usul ku
“kat T********u jarang nak tengok masjid buat solat jemaah time Asar.”




Fikir ku sendirian, tak pelik jika masyarakat di sana runtuh moralnya memandangkan pihak atasan tidak berusaha memulihkan keadaan dengan cara yang disarankan oleh Islam. Di sini bukan mahu menyalahkan pihak atasan, walhal pihak individu ini juga mempunyai tanggungjawab dalam membendung hal-hal sebegini daripada berlaku.





………………….




Maaf lah. Merentas ni memerlukan tenaga yang cukup. Memandangkan diri ini masih terasa keletihan (Baru pulang dari program 21 hari) dan mata pun asyik mahu merapatkan kelopaknya. Rasanya setakat ini sahaja untuk kali ini.



Saya tidak mahu mengulas panjang. Tiada kata-kata untuk menulis panjang. Sekadar mahu mengajak merentas terowong masa bersama saya sahaja.



...Jadi, mana silap kita? Nobita dan Doraemon sudah menemui loceng peninggalan nenek kesayangannya. Kita?



Hanya sekadar ingin mengajak berjalan sambil berfikir. Sekadar mahu membuka mata ini terhadap revolusi manusia zaman ini.



Teruskan merentas!




“…Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri…” –ar-Ra’du:11

Rabu, 24 November 2010

duhai surat cinta; dulu, kini dan selamanya...



Usai membacanya, ku cium surat itu.. terdengar seseorang disebelahku berbicara sendirian, “Huh(gelak perlahan), perlu ke?” soalnya tanpa meminta jawapan dari ku.

“Perlu lah” jawabku tunduk tanpa melihat wajahnya. Dia segera berpaling, terkejut dengan tindakanku. Tidak menyangka aku mendengarnya. Lantas ku mengangkat wajahku dan memandangnya tepat pada matanya. Senyum.

“Ish, jangan terasa. Bukan apa, just terfikir, kita boleh rasa lagi tak kemukjizatan al-Quran pada zaman kita ni?” . aku terkedu mendengar kata-kata tersebut. ‘syidah! Betul ke kau tengah hadapi situasi macam ni? Masalah aqidah ni. ’ monolog hati.

Takut-takut aku menjawab. “kan al- Quran bawak perkara lepas dan akan datang. Dah jelas terbukti….”

“Ya, ya, ya, saya tahu tu. Kalau benda-benda yang lepas pasal kisah-kisah nabi terdahulu. Kalau benda-benda yang akan datang tu pasal hari kiamat, syurga neraka…” pintasnya. Aku hanya senyum sumbing kepadanya. Hati ku tidak lekang istighfar takut-takut termelenting, termenangis, dan ter-ter lagi.

“OK-OK, Kadang-kadang setiap yang kita terima kita kena ada bukti. Kita baca dan baca je. Tapi secara jujurnya kita tak rasa pun benda tu satu mukjizat. Yelah, mungkin time al-Quran tu diturunkan, mungkin terasa mukjizatnya sebab time tu zaman syiir-syiir meningkat. Mustahil mereka akan kata bahawa al-Quran tu rekaan kan? Kan nabi seorang yang ummi”. Kelihatan tangannya melayang-layang sewaktu menjelaskannya.

Aku memegang tangannya “Jangan lah buat saya takut…. Macam ni lah, jangan sempitkan dengan perkara tu je. Macam awak cakap tadi. Al-Quran ni satu mukjizat. Dan sesuatu mukjizat bagi seseorang nabi adalah mengikut waqi’(keadaan) umat dia ketika itu”. Handset di tangannya ditekan-tekan tanpa tujuan. Aku tahu dia mendengar.

“Kalau zaman nabi Isa contohnya, zaman tersebut hebat dalam bidang perubatan. Maka Allah memberikan baginda mukjizat menyembuhkan orang yang buta. Buta bukan maksud buta macam orang-orang yang kita jumpa ni. Tapi buta yang tiada mata. Buta sejak azali lah. Kalau difikirkan secara logik mana boleh seseorang mencelikkan seseorang yang buta azali melainkan ianya satu jenis mukjizat”. Sambungku sambil berharap beliau mendengarnya.

“Samalah dengan zaman nabi Musa. Saya taknak jelaskan lagi. Awak mesti lebih mengetahui daripada saya. Kalau zaman nabi Muhammad SAW pun, macam awak bagitahu saya tadi. Cubaan penyiir agung ketika itu untuk menandingi ayat-ayat al-Quran, memang tidak menjadi. Ingat lagi tak yang ustaz Sayyidi bagitahu kita tentang ayat yang cuba ditandingi—‘al-Fiil. Mal fil.wa ma adrokamal fil. Lahul hayawan al-khurtum…’—sebab time tu syiir tu sesuatu yang agung bagi bangsa Arab”. Dia mengangguk. Tersinggung sedikit senyuman dibibirnya.

“Jadi, Semua mukjizat-mukjizat tersebut didatangkan khusus untuk zaman seseorang nabi tersebut. Jadi, umat yang selepas itu tidak mendapat bukti yang kukuh tentang kemukjizatan tersebut.” Sambungku lagi.

Beliau merangkul bahuku sambil berkata, “hailoh-hailoh ustazah kita ni…panjang betul cerita pasal mukjizat. Kan macam saya cakap tadi lah. Kita yang umat yang tak sempat dengan nabi, tak dapat rasa macam mana ikjaznya al-Quran. Ni lah pointnya”. Tak biasa dengan keadaan ini. Mati kutu juga rasanya =,=’

Gerun juga ingin berkata lebih-lebih dan mencari bukti bahawa mukjizat Rasulullah SAW ini sebagai asas kepada iman. Takut-takut tersilap berkata. “Lah, kita kan umat Muhammad lagi kan.. kena ingat, al-Quran ni tak terikat pun dengan masa ataupun tempat. Al-Quran sesuai sepanjang masa. Sebab tu lah segala hukum syariat yang dibawa oleh baginda sesuai untuk semua, kan?” dia hanya sengih. Mungkin tidak terfikir tentang itu, fikirku.

“Oh, maksud awak, umat time nabi tu kagum dengan al-Quran sebab kebalaghahannya? Hum-hum! Dah nampak dah apa yang awak nak sampaikan tadi”. Badannya kembali tegak sambil kedua-dua belah tangannya digemggam kemas. “Eh ye ke? Tak sampai lagi ni.HEHE.. tadi kan cakap tak nampak mukjizat al-Quran zaman sekarang.” Usulku mengujinya. Dia hanya menampakkan giginya sahaja.

“OK-OK, teruskan-teruskan”

“Tak de lah, tadi kan cakap camtu. Nak jelas kan la, inshaAllah. Macam zaman al-Quran di turunkan, time keagungan syiir. Tapi sekarang, zaman revolusi ilmu. Jadi, banyak penemuan yang memang jelas sudah termaktub dalam al-Quran sendiri. Contohlah, penghasilan benih samada dihasilkan oleh lelaki atau perempuan, kejadian awan, tentang receptor-receptor bawah epidermis, tentang pasak bumi, kehebatan makan ikan...banyak lagi. Itu semua penemuan-penemuan sains yang mana selepas beratus-ratus tahun selepas kewafatan baginda. Tapi al-Quran dah pun mendahului revolusi pemikiran manusia!”

Beliau sekadar mengangguk.

“Tengok betapa hebat iman orang terdahulu kan? Mereka beriman tanpa melihat bukti. Tapi kita? Bukti dah ada, tapi masih ragu-ragu lagi. Lemahnya iman kita.” Jelasku lagi

Tangannya ligat memintal rambutnya. Seligat otaknya! “Hermm, tu lah, kalau dulu sahabat-sahabat mudah-mudah je beriman. Al-Quran cakap segala amalan akan dibentang kepada khalayak ramai. Kalau ikut logik zaman tersebut macam mana nak bentangkan. Tapi kita sekarang rasa benda tu tak mustahil sebab zaman kita dah ada webcam, pendrive, pendek kata teknologi pun membuktikan kebenaran al-Quran dan hadis”.

Jelasnya panjang. Aku mengaguminya yang bijak membuat kesimpulan.
Aku menyelati jariku dengan jarinya. Kemas. ‘manusia ini tidak akan ku biarkannya hanyut. Bantulah aku ya Allah’, doaku dalam hati.

“Betul-betul! Kalau dulu, Allah firman kitab yang mencatat segala amalan kita sebagai ‘kitaabun marqum’. Mybe kalau ikut logik akal, banyak lah yang malaikat kena tulis kan? Boleh ke nanti kat akhirat malaikat nak buka balik catatan yang banyak tu. Ya lah, sekadar ikut logik.. tapi benda tu dah tak mustahil dah zaman ni. ‘kitaabuun marqum’, kitab yang bertulis. ‘Roqmu’ maksudnya nombor. Boleh juga kita fikir sebagai digit. Mungkin juga kitab digital. Itu mengikut fikiran zaman ini. Tapi Allah Maha Bijaksana, Maha Luas PengetahuanNya. Dan lebih hebat daripada kitab digital kan?” hujahku untuk menguatkan lagi kepercayaannya terhadap kehebatan al-Quran.

Teringat saya artikel ustz Hasrizal dalam solusi(isu no.20) yang mengatakan bahawa Islam adalah agama yang paling menggalakkan berfikir dan bertanya. Namun ada batasnya. Jangan di biarkan akal berfikir sebebas-bebasnya.


“saya jahil..”


“saya pun, saya tak sebijak awak. Kita kena elakkan Islam ‘segera’”.


“Islam segera? haa.. ni mesti kuat baca Solusi ni…”


“HEHE.. Tu lah, Islam ni kena belajar peringkat-demi peringkat. Jangan cepat buat kesimpulan. Tak tahu tanya”. gumamku lagi.


Ya Allah, berilah kami taufik dan hidayah, thabatkan kami di jalan Mu. Hidup suburkan hati kami supaya lebih mencintai ilmuMu. Supaya kami lebih mengenaliMu lagi.


-Dakwah mesti mampu menangani cabaran semasa. Dakwah yang menggalakkan pertanyaan serta kompetan untuk mengemukakan jawapan sebagai satu penyelesaian. Saya mahu perjuangan kita sampai ke destinasinya. Saya mahu hujah kita relevan dan meyakinkan. Saya mahu seruan kita dipedulikan dan diberi perhatian. Teruskan menimbulkan pertanyaan. Pertanyaan yang jelas tujuannya.-Ustaz Hasrizal


DITULIS PADA 231110-11.29PM

Ahad, 21 November 2010

MITOS: Jangan Pandang Belakang!

Jika berbicara tentang Fir’aun, Qarun, Haman, dan Bal’am, pasti kita mengetahui kisah-kisah mereka. Ya lah, sedikit sebanyak kita mengetahui siapa mereka. Memang sudah maklum bahawa keempat-empat jenis manusia tersebut yang hidup pada zaman masing-masing muncul sebagai pendukung status quo dan penentang perubahan sosial.
Sebut sahaja Fir’aun, “oh, dia adalah raja yang korup, zalim dan merasakan dirinya terhebat dan mendakwa dirinya sebagai anak tuhan matahari –Amon-Re.
Siapa Qarun? Si pemilik sumber kekayaan. Pewarisnya ialah golongan Kapitalis.
Haman. Tamsilan kepada golongan teknorat atau ilmuan yang menunjang kezaliman dengan memperalatkan ilmu.
Siapa pula Bal’am? Cerminan kepada cendikiawan atau tokoh-tokoh agama yang menggunakan agama untuk mengesahkan kekuasaan yang dikumpul.
Dan apa faedahnya jika mengetahiu kisah-kisah mereka? Sudah beribu tahun mereka terkubur dan jasad merekapun entah dimana. Ini dunia realiti, tidak akan terjadi mumia bangkit kembali seperti dalam filem The Mummy .
………..
Bertanya salah seorang anak kepada tokoh besar Islam, HAMKA—Kenapa harus belajar sejarah? Adakah sesuatu sejarah akan berulang? Kata HAMKA bahawa sesuatu sejarah tidak akan kembali, namun orang yang berada di dalam sesebuah sejarah akan sentiasa berulang setiap zaman.
Mungkin atas dasar inilah Timbalan Perdana Menteri menyarankan supaya diwajibkan matapelajaran sejarah bagi peperiksaan SPM bermula tahun 2013. Dan tidak dinafikan tindakan itu adalah baik—jika fakta sejarah dalam sukatan matapelajaran tersebut adalah tepat..
Perlu dihighlightkan juga bahawa al-Quran juga mengandungi kisah-kisah umat nabi-nabi terdahulu tidak lain tidak bukan bertujuan untuk manusia belajar daripada sejarah tersebut.
Jika dahulu, sepanjang 5 tahun belajar sejarah pada peringkat sekolah menengah, secara jujurnya, saya secara membuta tuli menghafal fakta-fakta sejarah hanya bertujuan untuk skor dalam matapelajaran tersebut tanpa menyedari manfaat disebaliknya. Betullah, setiap amalan bergantung pada niat, jika niat untuk skor, maka dapatlah. Jika niat itu untuk menuntut ilmu, maka ilmu itu insha-Allah diperolehi.
Menyedari apa yang dibincangkan oleh HAMKA dan anaknya, saya memasang tekad untuk belajar kembali sejarah yang dulunya dipandang remeh. Pada mulanya, saya adalah satu-satunya calon STPM yang ingin mengambil sejarah. Ditambah pula seorang lagi sahabat yang turut berhajat kepadanya. Itu sangat mustahil untuk membuka kelas sejarah yang pelajarnya hanya 2 orang.
Seminggu kemudian semakin bertambah bilangan ‘pelajar sejarah’. Sehinggalah sekarang bilangannya seramai 10 orang. Syukur..
Pembelajaran dimulakan dengan semangat baru, mengejar ilmu. Fakta yang diberi agak terhad, inilah peranan kita sebagai ‘pelajar sejarah’ untuk mencari fakta-fakta yang terperinci demi mencari kebenaran. Barulah apa yang dikatakan ‘belajar daripada sejarah’ itu berlaku.
Tidak kiralah ia adalah sukatan pelajaran ataupun tidak, yang penting ilmu itu harus di cari. Belajar daripada sejarah itu seolah-olah kita melalui pelbagai pengalaman yang pada logiknya mustahil untuk kita orang kebiasaan ini akan melaluinya.
Secara peribadi, tidaklah sejarah itu penting jika dalam pembentukan aqidah sendiri adalah melalui sirah-sirah nabi dahulu. Tidaklah terpupuk dalam diri individu itu semangat perjuangan jika tidak mempelajari ‘Fiqhu as-Sirah dalam Harakah Islamiah’. Semuanya adalah berkaitan dengan sejarah.


-Ditulis pada 121110