Memaparkan catatan dengan label koreksi diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label koreksi diri. Papar semua catatan

Jumaat, 15 April 2011

ops...saya ter-ikhtilat

assalamualaikum wbt,

ini update ringkasku sebelum aku menghadiakan lambaian kepada ma, ayah dan rumah-berangkatlah ku ke ASPURINA.

p/s: rollcall malam ni lepas maghrib di medan tarbiah-KA

.......................

pernah dahulu saya mengalami satu saat yang mengelirukan dalam hidup. baiklah, saya mulakan hikayat saya ketika saya akhir form 3 di Maahad Muhammadi Lilbanat. pernah ku hadiri satu program untuk bakal pimpinan di sekolah. zero tentang tarbiah dan qiadah. ringkaskan cerita, saya menangis sebak memikirkan sikapku yang dahulu. mungkin agak jahil. aku menangis di bahu seorang seniorku dengan berkata,

"kak, tak sanggup nak tengok Islam jatuh kat tangan generasi saya,"

saat itu, dirasakan satu ruh baru yang disuntik dalam sanubari ini. senior itu menjawab,


"berjuanglah kerana Allah, hadirnya seorang lelaki soleh dalam hidup kita adalah sebagai tanda hadiah daripada Allah"


huh?
huh?
huh????!

tangisaan ku terhenti. terfikir dalam jiwa mentahku, apa kaitan perjuangan dan lelaki?!


disitu lah ku mengerti erti satu ikhtilat itu.


sudah beberapa kali entry ini di postpone untuk di post-kan. isu sensitif.


"asal ikhtilat(pergaulan) adalah haram"

"darurat membenarkan apa yang di larang"

namun, darurat ada batas-batasnya. rasanya cukup jika saya datangkan video ini untuk dihayati, inshaAllah.





situasi 1: seorang ikhwah menegur status ym seorang akhawat (atau sebaliknya) tanpa sebab sebagai tanda merapatkan ukhuwah fillah

dikira ikhtilat tak?


aish... cepumas punya soklan...

seseorang telah berkata kepada ku sebagai menjawab persoalan ini

"apa yang kita buat, asalkan kita boleh jawab depan Allah kalau ditanya nanti, teruskan"


andaikan, ditanya Allah kelak,

"wahai rasyid, apa halnya kamu menegur status YM milik rasyidah?"


"Err... dia dalam kesulitan. akhawat disekelilingnya tiada seorang pun mahu membantunya. as a good brotherhood, it is should be my job. tak salah untuk merapatkan ukhuwah,"


katanya seorang sahabat, itu bukan ukhuwah. itu kuah namanya.

situasi 2: seorang akhowat meng-sms seorang ikwah atau sebaliknya. nak tanya tajuk kelas tafakkuh hari ini.


dan banyak lah situasi ikhtilat yang kita tak perasan itu sebenarnya adalah ikhtilat. maka mulalah perasaan aneh yang timbul tanpa sedar.




"kau tak pe lah rasyidah, tak rasa lagi suasana bercampur. sekolah puun tak habis lagi,"

ok, maaf. saya mentah. saya senang cakap. easier said than done. maaf, maaf, maaf. ye lah, sebab saya hidup dalam kalangan dunia semuanya perempuan. tiada lelaki, kelas semua perempuan, dalam sekolah takde pun mustaqim al-yamani di kantin, tak pernah pun bekerja dengan basri, takpernah pun seangkatan dengan akh fadhlur, sheikh, akh atif, akh amir, akh aiman, dll, memang tak pernah seorganisasi dengan ikhwah...


jangan terasa, sebab semua contoh itu adalah saya. jadi, bantulah ku untuk berhati-hati dalam menjaga hati. sesungguhnya, hatiku adalah raja dan mesti mengatur tentera-tenteranya. wahai panglima mata, lidah, tangan dan kaki serta hulubalang-hulubalang indera yang lain lain, tuntunlahku pada hal yang boleh mendatangkan manfaat kepadaku, gerakkanku anggotaku dalam menggapai apa yang dikira baik untuk ku lakukan, fahamkanlah aku untuk dengan ilmu dan idrok...





~ya Sattar, ustur 'uyuubana


wallahua'lam


in love with...DUNIA

Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّى

Sungguh beruntung orang yang menyucikan dirinya.


وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّى

Dan ingat akan Nama Tuhannya, lalu solat.


بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

Tetapi tidak! Engkau lebih suka pada kehidupan dunia ini!

وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَى

Meskipun kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.

إِنَّ هَذَا لَفِي الصُّحُفِ الْأُولَى

Sesungguhnya ini sudah tersebut dalam kitab suci yang terdahulu.

صُحُفِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى

Kitab sucinya Ibrahim dan Musa.


sedetiik menyemak bloglist ku, ada yang tekun berbicara tentang cinta. tertarik hati ini untuk menulisnya juga!

jari ini laju menulis 'in love with... DUNIA' = hubbuddunya!


sebelum mahu menyentuh apa itu cintakan dunia, suka ingin mengkhabarkan, surah al-a'la dibaca oleh Rasulullah SAW pada malam Jumaat dalam Isya'nya. diiringi dengan surah al-Ghasyiah pada rakaat keduanya. Moga sunnah ini menjadi hobi buat kita.


...................................


percaya atau tidak, semua orang cintakan dunia. saya, dia, dan kamu yang membaca entry ini juga mencintainya bukan?

cintakan bumi

cintakan alam

cintakan dunia

namun, cinta sebegitu tidaklah menjadi barah dalam iman. cintakan dunia yang disebut samada dalam al-Quran mahupun hadis baginda memberi maksud cintakan cara hidup.


Islam menggariskan kepada panduan. dinyatakan bahawa kita mempunyai 2 kehidupan; kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.


jika dikumpul hadis-hadis nabi, banyak yang menceritakan tentang dunia.

"Dunia itu tempat tanaman untuk akhirat"

ini merupakan acuan untuk orang Islam. ya, kita.



teringat sewaktu menunutut di bumi Maahad, sewaktu usrahku bersama kak Ummu. kami di beri homework untuk suatu bab dalam Maza ya'ni. saat mengutarakan hadis ini, semua tercengang kehairanan. pelik dan pening memikirkan maksud hadis ini:

“Seandainya dunia ini bernilai di sisi Allah seberat sayap nyamuk, tentu Dia tidak akan sudi memberi minum pada orang kafir meskipun hanya seteguk air.”

lihatlah dunia yang kita banggakan ini, hanya semurah itu nilainya di sisi Allah. [percambahan pendapat dan ruh juang dikongsi bersama.usrah kami diakhiri dengan suatu perasaan iman yang bahagia dihiasi ukhuwwah dan thaqofah. (aku rindukan semua itu!)]


kenapa mencintai?





kerana ianya memberi. dunia memberi kita kesenangan, harta benda, pangkat, dan kesakitan sebagai perencah dalam hidup. namun, kita lupa siapa pemberinya. ini lah yang dikatakn cintakan dunia. Aneh...


lebih aneh lagi saat menyedari bahawa semua ini adalah pemberian Yang Maha Pemurah, ucapan syukur sebagai pelengkap bicara ketuhanan. namun, tidak digambarkan dan diuraikan perasaan syukur itu. Cinta dalam pembohongan? Layakkah untuk mendapat kasih sayang dan redhaNya?!


memang itu hakikat cintakan dunia iaitu melupakan akhirat!


mengambil sesuatu yang haram, menipu, merampas hak orang lain, tidak amanah, adakah tatkala memperlakukan semua ini terlintas dihati ini bahawa Allah itu Maha Melihat dan Mendengar?


maka itulah yang dikategorikan sebagai cintakan dunia. itu belum lagi berbicara tentang zina, tolak hukum tuhan, rasuah, riba, dsb.


~tubna ilallah...

nabi menyampaikan pesannya kepada kita,

"cintakan dunia punca segala kejahatan"


penyakit yang amat parah virusnya yang lahir dari perasaan cintakan dunia ialah DENGKI


satu-satunya penyakit yang diwarisi sejak berkurun lama. Zaman nabi berdakwah di Mekah, walaupun nabi bukanlah lahir dalam keluarga yang kaya, tiada kelebihan dari segi harta, ayahnya juga bukan dalam kalangan sheikh(ketua suku kaum)-walaupun datuk baginda pemimpin Quraisy, secara logiknya tiada alasan kepada orang Quraisy untuk memiliki perasaan dengki terhadap baginda.


ini kerana tidak lain Rasulullah SAW datang dengan membawa ajaran yang mempercayai adanya dunia lain selepas kematian. oleh kerana sifat cintakan dunia, maka, adalah peristiwa-peristiwa penentangan kaum Quraisy sendiri menentang orang dari kalangan mereka sendiri-Rasulullah SAW.


lihatlah Ummu Jamil (Arwa bintu Harb) isteri kepada Abu Lahab, pasangan ini telah diturunka satu surah khusus mengecam mereka dek kerana sifat dengkinya mereka kepada baginda. mereka dikhabarkan oleh Allah bahawa akhirat kelak mereka akan memikul kayu-kayu api dalam neraka.


[ulama' menafsirkan ayat ini sebagai pembawa kayu api keran di dunia, Ummu Jamil pernah memikul kayu-kayu yang berduri untuk diletak di perjalanan nabi. ada juga ulama' berpendapat bahawa perkataan "Hammaa latal-hatob" sebagai bahasa kiasan kepada si batu api yang menyebarkan cerita-cerita untuk menjatuhkan Rasulullah.]


apabila sampai ke pengetahuan Ummu Jamil bahawa turunnya ayat yang mengutuknya dan suaminya, terus dia pergi mendapatkan Abu Bakar dan mengadu kepada Abu Bakar,



"sesungguhnya turunnya ayat untuk aku yang mengutuk aku, aku akan berbuat sesuatu. aku mempunyai seutas kalung dan membelanjakannya untuk menjatuhkan nabi"



dikatakan Arwa telah membayar seseorang dengan kalung tersebut untuk mengkhianati nabi.

"maka dilehernya tali(kalung) daripada api neraka"


itulah salah satu pengakhiran mereka yang terlalu mencintai dunia.


adapun kita, ambillah dunia untuk keperluan akhirat. sama-sama kita manfaatkan dunia untuk menuai di daerah yang bakal dijejaki kelak.





cintakan dunia=bencikan akhirat

cintakan akhirat=tidak semestinya bencikan dunia


wallahua'lam





Jumaat, 11 Februari 2011

Falsafah Biri-biri

Assalamualaikum wbt,


'Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang biri-biri mengembek'

"Untuk mendakwah biri-biri, kita mestilah menjadi biri-biri dahulu. Kalau kita datang dalam bentuk serigala, pasti biri-biri akan lari"- Pendapat ini pernah diutarakan kepadaku suatu ketika dahulu.

"Tak perlu menjadi biri-biri, nanti sama-sama hanyut dengan dunianya. Jadilah pengembala biri-biri yang akan membimbing biri-biri supaya tidak terkeluar daripada ladangnya,"

Dan pengembala tetap juga berbau seperti biri-biri, walaupun dia bukan biri-biri.

Nabi pernah berpesan, "Berbicaralah dengan seseorang mengikut kadar pemikirannya" Nabi tidak pula berpesan supayamengikut cara mereka.

Seorang penceramah yang bijak, yang ingin menyampaikan kuliahnya di sebuah surau kecil di kampung, beliau tidak menggunakan bahasa falsafah yang tinggi, namun digunakan method berdasarkan norma penduduk di situ. Al-hasilnya, kuliah yang disampaikan, terkesan di hati penduduk kampung itu. Tidak pula beliau mengubah dirinya, namun sekadar mengubah cara penyampaiannya sahaja.

Begitu juga dengan al-Imam al-Ghazali yangmembencikan ilmu falsafah terutama ilmu mantik. Namun hakikatnya, beliau adalah seorang ahli falsafah! Sehingga beliau mengeluarkan pendapat bahawa mempelajari ilmu mantik adalah harus dan berkata, "Sesiapa yang tiada pengetahuan tentang ilmu mantik, ilmunya tidak boleh dipercayai,"

Jadi, mengapa seorang yang membenci ilmu falsafah, merupakan ahli falsafah?

Ya, memang ulama' berselisih pendapat mengenai hukum mempelajari ilmu mantik. Namun, majoriti ulama' berpendapat bahawa hukum mempelajari ilmu mantik ini adalah fardhu kifayah. Ini kerana ilmu mantik berperanan menolak syubhat golongan multahid, athies, ataupun anti-agama.

Maka tujuan al-Imam menguasai ilmu tersebut tidak lain kerana ingin mematahkan hujah golongan falsafah lain yang menggunakan akal sepenuhnya dalam perkara agama terutama aqidah. Beliau juga menggunakan ilmu mantik sebagai salah satu cara pembahasan ilmu yang boleh membawa manusia kepada keyakinan terhadap sesuatu perkara.

[Sebab itulah hubungan akal dan wahyu adalah saling melengkapi. Jika diperhatikan dalam kitab-kitab tauhid, selain mengutarakan hujjah daripada al-Quran dan al-Hadith, turut diketengahkan hujjah aqliah memandangkan fitrah manusia akan berfikir menggunakan akal pada asasnya.]

Maka bagaimana pula dengan kita da'ie pasca moden ini? Jangan lah pula da'ie ini dikatagorikan sebagai ortodoks. Islam itu fleksibel tapi Islam itu juga tetap dengan konsepnya.

Tidak salah untuk hangout bersama 'mereka', asalkan hangout itu memberi faedah kepada 'mereka' dan diri sendiri. Agen 'kekreatifan' amat diperlukan oleh da'ie!

si A: kenapa pakai inner dalam telekung?(telekung solat) Tak panas ke?
si B: Oh, telekung saya berwarna putih, takut nampak leher. Nanti tak sah pula solat kalau ternampak aurat.

-Hakikatnya, telekung untuk solat biasanya semua berwarna putih. Si B tidak menegur si A dengan mengatakan telekung si A menampakkan lehernya(auratnya). Malah Si B mengajak si A menggunakan akal untuk berfikir.-


Boleh saya rumuskan disini, dalam mengajak 'mereka ke arah mengamalkan cara hidup Islam, bukanlah sekadar mengaajaknya mengikuti ceramah dan kuliah semata-mata, namum pelbagaikanlah cara kita menyampaikan sesuatu kepada 'mereka'.






"Jangan salahkan cara Islam dakwah kita tidak membuahkan hasil, tapi salahkan method kita sendiri"



wallahua'alam.


Isnin, 20 Disember 2010

Ops… kopiahku tercabut

Angin… seorang wanita sedang memegang hujung tudungnya mengelakkan susuk tubuhnya kelihatan memandangkan angin terus menerus menerjah kearahnya.


‘Dah tiba musim tengkujuh. Patut angin kuat pun.’ Bisik sang lelaki. Dia bingkas bangun daripada bangku masjid tersebut. usai solat Asar tadi lagi beliau berada di situ. Keseorangan. Kelihatan memikirkan sesuatu.


‘bagaimanakah keadaan dia sekarang? Agak-agak dia tengah buat apa ya sekarang?’ monolognya itu disusuli dengan pandangannya kepada seorang gadis sedang membuka sandalnya menaiki serambi masjid.


***


-Flashed back-


Salam, fb: nikki balqyss. I love ue! Hahakx!



Sekeping nota telah menggugat dirinya. Kali pertama seorang gadis mengaku perasaannya dengan berani.


‘Gadis ini… memang cantik. Sayangnya akhlaknya sahaja. Perlu ke aku dekatinya sebagai mad’u ku?’ getus hati sang lelaki. Tangannya segera mencapai secebis kertas. Tangannya teragak-agak menulis sebaris perkataan tersebut.



I LOVE U TOO


Astaghfirullah, betul ke tindakan aku? Matanya masih terpaku dengan sebaris ayat itu. Diamatinya perkataan tersebut bermula huruf I hingga O. InshaAllah, kerja baik, Allah redha.



Haaah, nota kecil itu sudah bertukar tangan. Semoga Allah mempermudahkan urusanku.



***



First conversation(live):

“Tudung ni terlalu kecil. Cubalah pakai yang labuh sedikit, biar tutup ekor rambut kat belakang tu. Jagalah aurat tu sedikit” ngomel sang lelaki. Si gadis hanya mencebik.



Second conversation(letter):

nampak lebih macho letak kopiah kat belakang camtu. Style rambut pun nampak lebih cun.-si gadis



third conversation(live):

“Wanita kenalah jaga adab sikit. Biar kecantikan selari dengan akhlak kita. Kalau awak sopan sikit, pasti lebih cantik”-sang lelaki



Fourth conversation(live):

“nak nombor fon”


“Nah…”


Fifth conversation(letter):

Pakai purple jugak? OMG!! Sedondon. Kawan-kawan cakap cam ada jodoh je. HAHA.pape je la diorang-si gadis


Sixth conversation(live):

“nak bagi something ni…..”



“thanks, cantik.”



Maka berlakulah conversation demi conversation yang tak sepatutnya



…DATING…


On the way nak naik bilik-borak jap


Kelas dah habis-masa untuk bertegur sapa


Masa nak ambil makanan- being a ‘ramah-tamah’ person. “makan tu biar banyak-banyak la sikit…. Nah!”-sang lelaki


Pergi toilet- balas senyuman… (terserempak)


Malam: lepak kat parking lot-sang lelaki (usha dari jauh si gadis yang sengaja sentiasa lalu-lalang di situ) sama-sama mengusha =,=’



****



“Enta perasan tak mata-mata sekeliling sedang bercakap tentang hubungan enta dengan gadis tu?”


“Ana tak ada apa-apa pun dengan gadis tu. Enta sendirikan tahu macamana gadis tu. Takkanlah ana nak pilih yang macam tu. Ana tahu semua tu”


“Tak lah, tapi nampak ada yang tak kena antara enta dengan si gadis.”


“Ana buat, ana fikir semua tu. Ana buat bukan sekadar buat benda sia-sia. Orang sekarang, selalu je salahkan masyarakat kalau berlaku keruntuhan moral. Tapi tak pernah nak salahkan method dakwah masing-masing. Bagi ana, dengan cara ini lebih berkesan untuk membimbing si gadis, dengan cinta.” Hujah si lelaki.


“macam nil ah, mungkin keputusan enta untuk tarbiah si gadis dengan cinta itu tak kena sebenarnya. Ana bertanggapan penuh yang enta beraqidah bahawa couple tu haram. Malah sudah dijelaskan oleh imam yang enta sendiri kagumi. Tapi, melihat keadaan dah jadi macam ni, tanggapan ana meleset. Seronokkah perjuangan diiringi dengan maksiat? Sukakah kita jika terdapat hijab antara kita dengan Allah?”



***



This is my quote:-

Rasanya dah taknak sambung dah cerita tadi. Rasa macam mati kutu pulak. Lost. (Malas sebenarnya,ish) Memang rasa agak unlogical sikit kisah tu. Tapi benda ni possible terjadi dalam masyarakat kita kan?



Coupling is not a crime. Sokong? Yup, after get married. Seronok? Memang seronok… tiada siapa yang mengatakan couple tu tak seronok. Dalam lagu boys like girls ft. Taylor Swift pun berkata, well maybe two, is better than one. Diri ini turut mengakuinya. Tapi bukan dengan couple secara zina. Kasar? Couple tu salah satu daripada zina kan?



Ya, cinta boleh merubah segala-galanya. Hatta sewarak mana seseorang itu, jika terjerumus dengan cinta majazi, terpadam kewarakan itu. Bak kata orang ramai-“Jika si ustaz, tercabut kopiah-kopiahnya”.



C-I-N-T-A. Teori kuno ini yang digunakan oleh sang lelaki tadi yang berselindung disebalik agama. Mungkin sang lelaki tadi ingin menyintai si gadis dan membuat si gadis jatuh ke tangannya semata-mata untuk mentarbiah si gadis menjadi soerang gadis yang solehah.



Mungkin strategi seterusnya ialah berSMS dengan menghantar kata-kata ‘tarbiah’ yang kononnya menunjukkan cinta mereka berlandaskan cinta Allah. Statement ‘ukhuwwah fillah’ digunapakai untuk menutup maksiat yang dilakukan.



Percaya atau tidak, si gadis akan berkata, “saya jahil, saya mahu berubah, sila bantu saya untuk mengejar cinta Allah.”


Diri ini pernah remaja, dan masih remaja. Amat memahami kehendak nafsu seorang gadis.
Harus diingat! Nabi berpesan dalam hadisnya yang panjang:


“Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Namun diantara keduanya terdapat sesuatu yang samar/syubhah yang mana kebanyakan kita tidak mengetahuinya. Sesiapa yang berhati-hati dengan perkara syubhah bermakna dia berhati-hati dalam agamanya dan maruahnya. Sesiapa yang memasuki daerah syubhah bermakna dia sudah berada di dalam daerah haram…”


Satu quote yang saya ingin kongsikan, “there’s no friend between boys and girls”


Jika ada lelaki dan perempuan, pasti ada yang ketiganya. Bukan syaitan, tapi NAFSU.


Matlamat tidak menghalalkan cara! Yang halal tetap halal. Yang haram tetap haram. Menghalalkan apa yang haram itu bukankah kafir namanya? Kekafiran kita setiap hari walaupun diperbaharui dengan shahadah sekurang-kurangnya 9 kali sehari tidak menjamin keimanan kita kembali. Biarlah kita beraqidah kerana cintakan Allah, katanya waliah Allah Rabiah al-Adawiyah. Begitu juga dengan Sheikul Kabir al-Imam Hassan al-Basri yang berkata, taatilah Allah umpama kamu takut kepadanya.






Sewarak mana pun perhububgan tersebut, hukumnya tetap haram. Sekali lagi ingin menegaskan MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!


Janganlah disebabkan modal dakwah yang dicelup dalam cinta fana’ ini menyebabkan gugurnya rasa taqwa kepada Allah. Takutlah kita kepadaNya, pada azabNya. Tulisan ini bukan bertujuan menemplak mana-mana pihak, tapi sebagai koreksi diri yang sering alpa ini. Permintaan terakhir, bacanya dengan mata hati. Opps, dah tersilap baca dengan akal ke? Jadi, sila bacanya sekali lagi. Syukran lak!


tubna ya Allah, ya Sattar, ustur 'Uyubana~

..